Tuesday, December 12, 2017

Cerita Rumput yang basah 1

Ibarat rumput yang basah
Bertahan dengan iklim yang menyapa
pagi ini nampak penuh keberanian dan bersedia...
mungkinkah panas terik menjerat
ataupun
nanti-nanti hujan lebat membasah.

Dari tabir batu dan kayu
duduk bertengik sepasang  tiong Batu.

Lari dia datang!
nenek bermata kuyu menghampiri mu!...
Nafasnya cepat!

" kekasih ku sedang menunggu!"

Bunga rumput yang sedang berkembang
terpijak oleh nenek tanpa imbangan

" Aku nak cepat!".
"Kekasih ku sedang menunggu! ".

rumput yang basah!
patah tumbuh lagi....
dengar!.
Patah,tumbuh lagi!.
Biarkan romatika dan rindu
Orang tua itu manis bermadu.

Rumput yang basah
cerita kita tidak habis disini...
Moh diam disitu dengan kisah yang bersambung nanti......
Cip...Cip..Cip aku terbang!.

Monday, December 11, 2017

Kalau Kau mahu, ambil lah masa lalunya....

Masa ini dan yang akan datang
adalah milik ku!.

Kalau kau mahu, ambil lah masa lalunya.
* perdu hatinya 
sudah ku ikat dengan tali pengikat
cinta kasih ku yang pernah hilang..

* Sejujurnya 
Dialah yang mengirimkan kapal terbang kertas,
yang merentas setiap sudut darah dan daging ku yang tiba-tiba hilang itu.

Kalau kau mahu, ambil lah masa lalunya...
* ...yang pernah membungkus kenangan ku
Tentang masa depan tika itu...

Kalau kau mahu, ambillah masa lalunya...

* Sewaktu aku terfikir untuk meninggalkan tanah air
dan terbang dibalik awan..

Kalau kau mahu, ambillah masa lalunya...
Ketika dia tidak pernah memujuk untuk aku 
mengira jarinya seperti sebelumnya.

Kalau kau mahu, ambillah masa lalunya..
*Yang derap kasutnya angkuh memecah alam
Di saat itu,aku pergi dan tidak berhajat lagi.

Kalau kau mahu, ambillah masa lalunya...

*Bukan hari ini...ataupun nanti!...
kerana dia sudah menjadi milik ku.




Wednesday, August 30, 2017

Kawan-kawan di sana apa khabar?



Kan Saya kata saya singgah kerumah Kak Nab dulu. 
Tu lar...ada no talipon dia je.  No talipon kawan-kawan  lain hilang masa saya berada di Mekah lagi...bila suami formet talipon dia ke talipon saya.....hilanglah belaka.
Tu lah yang baju merah dan bertudung merah tu Kak Nab, masa tu dia attendent perempuan kat Klinik kesihatan Besar Jerangau.
Dia juga guru saya buat rojak Betik style Terengganu. 

Kemudian saya singgah ke rumah Kak Mariah Yusoh.  Kak Mariah masuk ke Klinik lambat sikit dari saya.  Masa tu dia PHN..ketualah.Lama juga saya inchared klinik seorang diri. Dekat 7-8 bulan baru dapat ketua baru.  Dua minggu kerja, dah dapat kes bunuh.  Emm, buruh Indonesia berkelahi.  Alhamdullilah saya cukup tabah berhadapan dengan mayat yang sebegitu...tu lah kata orang tak sangka lembik-lembik saya berguna juga sebab berani bila dah menyarung uniform.





Dalam gambar atas Kak Mariah bertudung hitam..sebelah kanan tu suami dia.




 
Kecuhlah kami bercerita...dari satu cerita ke satu cerita yang lain.Saya teringatkan Kak Jah JD di Jerangau Sungai.  Rupanya masih ada...waktu saya kerja di situ dia dah hampir masa untuk pencen 5-6 tahun lagi, gitulah....
Didalam gambar diatas Kak Jah bertudung biru...masih steady!. 

Saya terlalu rindu.
Teringat betapa dia begitu patuh dan amanah pada tugas, hujan panas direndah dengan semangat yang kental walaupun masa itu kehidupan disitu amat sukar dalam pandangan saya yang dah biasa bersenang-senang.

Saya juga rindukan juga tempat ini.... kerana dari situ biasanya kami ke Kg Raja dan Tepuh dengan Jalor  (perahu Panjang) merentasi Sungai Jerangau.  Masa tiada lagi jembatan, semua urusan orang kampung melalui sungai.



Tuesday, August 29, 2017

Di Ganu jantung ku berdenyut...


Habis berdebor dibuatnya, masuk je Tol lebuhraya  yang baru tu, kain rentang nah besar bilang,nak pakai kad sentuh sahaja...tak de dah bayar tunai. Maka kad dah dekat nak kontang....
Pagi tu keluar dari rumah Hafiz anak buah buat tu lambat sikit, ingat dekat ikut Lebuhraya dari Kuantan ke Bukit Besi, maklumlah dah lama tak naik ke Pantai timur!.....

Gara-gara kad sentuh terpaksalah cari lah R&R alahai sunyinya!. Dari satu R&R kami singgah,Laaaaa..apa bendalah mak oiii.... Keciwa!.   Nak isi minyak kat R& R Kijai...tak de pulak penjaga station minyak...Station minyak pun  kelakor je rupanya ....

Ya Allah, saya macam terkejut budayalah....kenapa jadi gitu, sedih sungguhlah saya, negara kita dah merdeka 60 tahun Lebuhraya Timur tak serupa Lebuhraya barat.  Ketinggalan dan tak bermaya!. Nak hidupkan kad sentuh ada mesin tak boleh guna pulak...belum beroperasi, walhal kain rentang dah istihar dah 14hb. Ogos mula pakai sistem kad sentuh sepenuhnya. 
Tak pe lah, Allah nak duga agaknya....
Tak tiba-tiba R&R Bukit Besi, memang terasa jemu perjalanan.  Dicelah-celah tu saya nampak Kerbau, kambing ditepi Lebuhraya...takutnya berada di Lebuhraya ini dah tak berapa ela je dari muka jalan sedang meragut rumput. Bukannya berada diluar pagar!.  Kena berhati-hati sangatlah bila berhajat meredah lebuhraya ini ya! anak-cucu.

Akhirnya kami sampailah di Jerangau dan pukul 11 lebih.  Kami terus je kerumah Kak Nab sebab no telipon je yang ada pada saya. Yah...Zainab bt Abdullah. Pulakmak...orang Muor tak ada durian, di Jerangau buah Durian dah mula gugur.  Lama tak makan Durian...terima Kasihlah Kak Nab sedap Durian akak!.





Jejalan Ke Bumi Tganu eatikkk...

14hb Ogos 2017.
Mu tau dok dekat  dua tahun gak mari balik...mari balik Johor Ganu masa tu...1983-1985. 

Dahh kawe pong ore Kelate Ganu belaka.  Dua tahung hambo dok gecek Kelante ...rojak-rojak manis dengae bahsa orang Ganu...mudoh je ruponya....hehe.  Susah lagi bergoyak bahaso Jowo.

Yang benor lupo dah banyak bendanya,kat Muor ni ada lagu laien kalau demo bercakap.  Cayalah, orang Ganu Kelante mudah je pahae.
 

Mujur dok hilang lagi member lama, rupanya ada di situ, di Felda Jerangau tu.... Dok tahuu, tak doh arah nak cari demo.  Le ni le ha baru dapat tahuu...Alahai Pak long pukul canang kat demo Che Pah ada mariiiiiii....
Emmm....seronok dehhh!. Habis pukul talipong belaka kat Che Pah.Terima kasih Pok long Sharif.





Cakap Johor je lah ya...kekok benor lah saya sekarang.
Ni lah mula tempat saya tinggal dulu.  Rumah penoreka yang diubah suai.  Bahagian depan disewakan kepada dua orang nurse, saya dan Kak Aminah (Orang Kelantan).  ( saya lum dapat trace kat mana dia tinggal sekarang).  Rumah ni masih berkeadaan yang sama waktu saya sampai hari tu 14hb Ogos 2017.




Alhamdullilah saya bersyukur, memang tak menyangka dapat menjenguk teman-teman saya yang berkerja satu bumbung di Klinik Kesihatan Jerangau.  Masing-masing dah pencen dan dah nampak tua seperti saya...Suami tak beritau awal nak kesana...tak sempatlah nak mencari buah tangan untuk mereka.  Keputusan yang tak dirancang itu saya layan sahaja asal saja dapat menjenguk mereka.
Demand...demand sangat karang semuanya tak jadi!...









Saturday, August 12, 2017

Dia dah diambil Pergi



8hb. Ogos 2017.....
Dia di ambil pergi....adik-adiknya tak singgah memberitau, suami mendapat berita tidak pula memberitau kerana dia ingatkan entah siapa lah dia tak kenal.  Sepanjang perjalan saya ke Pt. Sulung hati saya sebu...kerana hanya tahu dalam perjalanan itu.  Sedih sangat kerana dia adalah teman rapat saya masa remaja.  Dialah peneman saya bila saya berhajat untuk keluar dari rumah.

Anak seorang ustaz dan ustazah, gerak geri saya terkawal.  Jika tiada sahabat-sahabat saya seperti Saadiah Hayun,Zainab Ngah atau Ramiah Samsuri saya tidak dibenarkan keluar kemana-mana.  Mereka akan menjadi teman pengiring termasuklah kakak Jamilah Bahran ini.  Kami akan berlama-lama berada di kedai buku memilih buku kerana saya gemar membaca.  Jika ada kawan lelaki nak jumpa dia lah menjadi bodygurd...emm, saya tak kan terlepas seperti burung dalam banyak hal.

Terima Kasih dan terhutang budi padanya akak.  Saya tahu dia pun sayangkan saya. Kami ada bertemu sesekali dalam majlis-majlis perkahwinan keluarga. 

Saya tunggu sewaktu saya mengadakan majlis resepsi anak sulung...tidak nampak bayang.
Saya terkejut bila saat-saat akhir majlis, suami Allahyarhamah datang dan memberitau...
" Akak kirim salam".  Saya angguk.
" Terima Kasih abang, akak tak sihat ke?.  Ada persoalan kerana pasangan ini sentiasa bersama setiap kali saya jumpa.
"  Akak dah potong kaki " Jawabnya.

Tersentap luluh perasaan saya.  Padanlah dia datang disaat akhir majlis...Almarhum abang Amir bin Ahmad.

Senyaplah rumah di lorong Rahmat.  Kali akhir saya jelang sebelum berangkat ke Mekah pada  11hb Ogos 2016...rupanya belum pun sempat mencapai setahun pertemuan kami, kedua-duanya dah di ambil pergi.

Inilah gambar saat terakhir pertemuan kami.  Teragak di hari raya baru-baru ni pada 23hb July nak menjengah beliau tetapi aral sebab saya berhajat mencari daun Mengkudu untuk merawat bayi (cucu) yang baru lahir. Sibuk dengan cucu yang baru beberapa hari lahir itu membuatsaya kesuntukan masa. Sudah ketentuan kami tak dapat berjumpa.

Semoga Roh kakak dan abang  tenang di sana.

                                                  
                                    Aamin Ya Rabil Alamin.


Saturday, April 22, 2017

Jejak kasih di Bukit Felda Bukit Ester.

25hb Mac ....

Tarikh yang meninggal kenangan dan sejarah yang tak mungkin terlupakan. 

Biarlah gambar yang bercerita!.

Sebenarnya saya tertanya-tanya mana orangnya.
Canggung berada ditempat yang tidak biasa.
Bukit Estar.

Memberi salam...tetapi melihat sekeliling begitu asing.
Tiba-tiba apabila saya menoleh kebelakang, seorang insan kamil meraung sedu  tanpa memperduli tetamu sekeliling.
ABANG SAIRAN!....

lalu kembalilah ingatan saya akan sepupu saya Almarhummah Kak Raminah Adnan yang selalu menyebut-yebut nama ini.  Rupanya sudah lama tak kedengaran nama anak buah saya ini...dan saya sudah pun melupakan nya...









Saya turut tak dapat membendung airmata.  Kami lupa, lalu kami berpelukkan.  Dia lebih tua dari saya 5 tahun...dia yang sering menjaga saya bermain kektika saya berada dirumah ibu saudara (Kakak abah ) di Pt. Bulat Muar semasa saya kecil.  Menyusup menyasap di bawah rimbunan  pohon kopi adalah kegemaran saya.  Menangkap ikan di Parit juga menjadi kegemaran saya.....sambil-sambil tu ambil peluang mandi di parit.  Hakikatnya  yang saya panggil ABANG SAIRANnilah yang menjaga saya. (Sebenarnya dia anak sedara)...stutus kami dah menjadi keluarga 69.






Maaf abang (Suami saya juga ikut  terharu ketika ini).
Terima Kasih anakanda Budin kerana mempelawa mak long kerumah abang Sairan tempuh hari. 

Syukur, tidak ada perkara yang lebih berharga dari menyambung sulatulrahim keluarga








Alhamdullilah....
Saya juga dipertemukan dengan anak-anak buah yang lain seperti Leman, Budin,Baie,Idah dan Ita.

Sedih....huhuhu.

Cukup dulu cerita saya malam ni ya!.
InsyaAllah kita bertemu lagi...Assalam!.

Saturday, February 18, 2017

Suria menyensing....Ya beda bedu!


Assalam!
Pagi ni saya disini ya.


Tinggallah FB
sementara sahaja hehe..
biarlah disini menghibur hati yang lara.

Terima kasih
untuk insan yang menjenguk Blog Kamalati Aida malam tadi.
Hanya andalah insan yang betul-betul setia pada blog saya, kalau lah saya kenal dan dapat trace siapa anda....alangkah bahagia.
Andalah peminat tegar Kamalati Aida. TQVM.

Apa yang anda lihat itulah sekali saya muatkan dengan tulisan tangan saya sendiri.....haaa, hari ini pagi tadi saya padam dan hanya saya simpan untuk tuntunan sendiri, sorry!.

Alhamdullilah anda sangat bertuah.
Sajak yang paling saya sayang, runtunan jiwa dikala terkenang.

OK...kebun, petik lada.Tinggal dulu.

Wednesday, January 11, 2017

Yah....Selamat Datang ke blog Saya!.

Hai.....lama tak jejak ke blog ni...apa khabar semua?.

Sombong pulak tu...ni SAYA LAH!.  En Blogger!..Bukan orang lain.....En. Blogger you apa Khabar?.  jangan...jangan buat hal!.  Emm....karang malas saya melayan awak!.





Hai Comel!

Kalau tanda awak terima saya...ce saya try
up lod gambar....



Uuuuuu....Thanks macam tu lar.Hemm 😍..
Bagaimana cantik tak?

Ni baru betul wajah saya dulu-dulu, kata orang saling tak tumpah gambar masa anak dara. Cerdik pencipta karton ni.  Kagum dengan teknoloji talipon pintar sekarang ni.



Okey...tenunglah lama-lama ya!.
Malam ni testing je pertemuan kita ni.  Saja-sajalah buat sentap.
Hati awak saya curi....saya bawa jauh-jauh!. 
Jangan cari...Jangan cari!.

😊 Bye!.