Monday, April 11, 2016

Gerimis Di hati....






Mungkinkah Ulangtahun Perkahwinan yang ke 33 ini yang terakhir bagi saya. 

Adakah tarikh 11.4. 2017 ada untuk saya?







33 tahun dipimpin oleh seorang suami dan melangkau bilangan tahun saya dibawah jagaan ibu bapa.  

Ibubapa hanya menjaga saya lebih kurang 25 tahun....
Emm..... 7 tahun .....  Saya sudah pandai menyesuaikan diri.  Dari perawan bertukar menjadi isteri orang,menjadi ibu dan kini bakal menjadi ibu mertua...tak lama lagi jadi nenek.


Selalu menghayati kedatangan tarikh ini bersendiri.  Yang bernama lelaki tidak langsung ingat, kenalah sendiri gedik-gedik mengingatkan...tu pun acuh tak acuh je dia.  Hehehe.....semuanya pinjaman.  Saya pun akan tinggalkan semua ini tak lama lagi.  Sementara saya ada ni biarlah saya gedik-gedik sendiri melayan kenangan di pelamin yang ketika itu bercucuran airmata kerana banyak kesedihan membenak di jiwa.  Di saat diri bertukar tangan dari tangan ibu bapa kepada seorang lelaki yang asing dari keluarga orang lain.


Memiliki ibubapa yang memberi kemanjaan, saya cuba melupakan nikmat yang saya rasa dari ibubapa dan menerima apa sahaja yang harus dikongsikan dengan seorang suami.  Saya mula berjimat kerana suami bukan orang berada.  Hanya seorang guru biasa.Saya tidak lagi memilih pakaian yang mahal-mahal seperti sebelumnya.  Saya mula menutup aurah kerana merasakan tanggungjawab dan beratnya tanggung jawab seorang suami. Patuh dan bersetia.


Allhamdullilah saya dapat hadiahkan zuriat untuk suami. Lambat menjelang tahun ke 4 baru saya dikurniakan putera....  Jadilah, kalau saya pergi nanti mereka ada untuk menjaga ayahnya.


Saya hanya menumpang kasih untuk beberapa ketika untuk memberikan kebahagian kepada insan yang tersayang.  Banyak kesilapan dan kekurangan tentang diri.  Minat yang tak sama, cara hidup dan didikan yang berbeza kadangkala menuntut kesabaran dan bertolak ansur.  Tak kira suami atau pun saya saling beralah mencari kesamaan.  Dah tentu dalam pertikaian itu perlu salah seorang beralah, selalunya yang beralah itu seorang suami...berpindah randah hidup demi saya yang asyik ditukarkan tempat bertugas. 
Akur dan patuh hidup bersendiri berasingan ditempat lain demi kerjaya saya sebagai seorang jururawat.  Sebaik sahaja terkumpul, suami pula mula rencam keluar bertugas diluar kawasan dan saya bersendiri mendidik anak dengan begitu ketat undang-undang sendiri.


Ma minta maaf  mengongkong anak-anak kerana terpaksa membesarkan anak bersendiri dan ayah selalu berpergian meninggalkan kita...
Ma juga minta maaf kerana kerap tinggal anak-anak semua bersendiri dan mengunci ke empat-empat kamu yang sedang tidur kerana mengendali kes di malam-malam hari.Ma hanya berserah pada takdir dan meminta Allah menjaga kamu anak-anak.  Sepanjang waktu bertugas hilang semua ingatan kepada kamu dan ma fokus pada kerja dengan harapan mudah-mudahan membantu menyelamatkan satu nyawa, Allah akan menjaga keselamatan anak- anak mayang ma tinggalkan.


Ma juga minta maaf sebab sering menukar pembantu rumah dan anak ma pernah kena dera dengan salah seorang dari mereka...Ma juga minta maaf kerana ada anak ma yang terminum minyak tanah di hari pertama ma tumpangkan dirumah orang kerana pembantu berhenti kerja tiba-tiba. 

Kering airmata ma kerana terasa betapa berdosanya terhadap anak-anak ma.Di saat berjauhan dari suami ma rasa ketika itu betapa tersiksa dan sukarnya untuk terus menguruskan anak-anak dan berkerja.Ma rasa nak berhenti kerja.


Anak-anak ma mungkin troma, apakan daya begitulah sayang untuk terus hidup dan banyak lagi dugaan getir yang bakal kita tempuh...semakin tambah usia, semakin hidup dicengkam keresahan dan permasaalahan.Kita harus bijak untuk keluar dari belenggu permasaalah....selalu berfikir secara bijak.

Kalau ini adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan yang terakhir bagi ma, minta anak-anak dan ayah halalkan segala-galanya. 

Dunia perkahwinan ma hanya redup dan tidak indah seperti impian anak-anak kerana ayah dan ma bukan berharta dan kaya raya.  Yang ada peninggalan atuk dan harus di kongsikan dengan sepupu-sepupu yang lain.  Ma hanya tinggalkan sedikit ilmu, ilmu yang anak-anak tuntut di Kolej dan Universiti itu  dimunafaatkan. Gunakan ilmu yang dituntut dan bantu diri sendiri untuk menjadi pemimpin dan khalifah dimuka bumi ini.  Tercampak dimana pun harus tumbuh dan gagah berdiri.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan tuk suami tersayang....Mungkin kali ini kita bersama...esuk tak sempat bersama lagi. Mohon maaf atas segala kesilapan dan halalkan semua yang termakan dan terminum. 



 

Warkah buat Ummi