Tuesday, November 15, 2016

Hadirku sebagai Dhuyufurahman ...seterusnya...

Set No 70H dalam pesawat MH8103. Kami duduk sebaris 3 orang.  Saya dan suami terpisah suami dikerusi hadapan dan saya di kerusi belakang.  Saya duduk  dibahagian tepi tingkap dibahagian kepak ( Tengah perut pesawat. Tidak mengapalah bersabar untuk 8 jam perjalanan.  Sepanjang perjalanan saya menahan bisa tangan disebelah kanan.  Sejak dua hari sebelum berangkat saya perolehi dugaan yang sedemikian.  Terlalu aktif berkemas membersihkan rumah barangkali punca segalanya.  Untuk mengurangkan tekanan dan memulakan akhtiar saya kerumah sepupu Kak Maimunah untuk berurut.....Tak kurang juga..
Emm akhirnya saya dapatkan rawatan doktor.  Menurut doktor saya hanya mendapat kejang otot dan baiklah nanti setelah tiba di Mekah.  Bagaimana pun di fikiran saya ....tiada lain selain dari stroke.

Mujurlah Kak Azimah yang berada disebelah saya sentiasa bertanyakan keadaan saya setelah dia tahu akan kesulitan saya. Kata orang dalam keadaan tertentu kena juga membawa diri, suami yang kita sayangi tidak dapat membantu.








Terima Kasih Kak Azimah.










Sejuk didalam pesawat tentulah luar biasa bagi pesakit seperti saya< tetapi bukan halangan untuk saya untuk aktif melupakan sedikit tentang penderitaan.  Saya sempat juga klik-klik masa didalam perut pesawat. Klik-klik kali ini telah di set untuk saya mengambil gambar dalam perjalanan dimana jua termasuk didalam pesawat yang sedang terbang.

Sampai di Mekah saya diberikan bilik di hotel Qasar Janariah.  Teman sebilik saya dua orang dari Pontian dan seorang lagi dari Tangkak.





Terima Kasih Ros dan Jehan selalu tolong akak, selalu belanja makan kat akak.

Sekarang ni sibuk ya?
Cikgulah katakan...







Seorang lagi teman ni sama bekas Jururawat seperti  saya....Salmah..


























malam ni saya ceritakan tentang teman sebilik je ya...

Monday, October 17, 2016

Hadirku sebagai Dhuyufurahman........



Berjanji dengan anak-anak buah untuk mengabadikan gambar-gambar kenangan sewaktu di Tanah Suci sepanjang berada  selama 47 hari menjalani ibadah Haji...19hb Ogos 2016 hingga 4hb Oct 2016.

 









Malam ini  saya paparkan sedikit ya...
Maaf sangat-sangat disebabkan handphone murah...dan sebiji handphone rosak pula...kamera kami susah nak urus dan kami tinggalkan di Tanah Air...lagi pun tugas kami beribadah itu yang utama...kami ambil sikit-sikit sahaja gambar kenangan.


 2 keping ni gambar kami waktu kami di Jedah...









Sementara ini pula gambar kami di Masjidil Haram Mekah...gambar bahagian atas itu dibahagian bumbung masjid yang sentiasa ada sahaja Jemaah haji menunaikan sembahyang watu di situ...sementara gambar dibahagian bawah itu kami bergambar didalam masjid baru yang disambungkan ke Masjidil yang lama.
Emmm...teramat cantik dan mempesonakan.  Sejuk hati berada didalamnya.....alhamdullilah.


Selesai sembahyang subuh saya bersantai-santai laluan dibagunan masjid yang baru...masa turun balik ke hotel Qasar Janariah memanglah laju je...masa nak mendaki sewaktu mmencari tempat bersujud diwaktu-waktu sembahyang tu...emm semput mendaki bukit..


Ni didalam majid yang baru...baru je musim Haji kali ini dibuka...subuh  sebelum berangkat ke Madina kami saja lah klik-klik untuk kenangan.  menjadi kawasan larangan petang itu, terlalu bersyukur sebab kami sempat bergambar dikawasan masjid ini.


Ok setakat ini ya.  Dah malam....InsyaAllah, nanti kita sambung lagi...Assalam

Dari sudut Hati yang Keliru...



HIDUP DI KELONGSONG

Tiga pagi aku terbang
dan tercari-cari.
Susahnya untuk  hanya tiga batang sepagi
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan  ku runtun dibawa pulang.

Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
Kalau ku sulam mungkin jadi peredup
barangkali menjadi tempat intai mengintai.

Bunga lalang sibuk memanggil
panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan  aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul  ku ikut terbang.

Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu  dari pinggir sungai
Kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.

Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda  usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.

Kamalati Aida

Gugusan Rindu



Ianya sebuah nukilan lama....
Pernah saya janjikan untuk dikembalikan
ke Blog tulisan saya...


Gugusan rindu terkumpul
mengalir liar di bukit dan gunung ganang.
Angin cemar menutup riuh di alur air
Teriakkan semakin kabur dan menakutkan
segugusan rindu yang terkumpul itu
menjadi milik sang unggas diranting
jambulnya seinci menyimpan benci
seinci lagi menyimpan kasih dan sayang.

Terlena dibuai nyanyian
Unggas diranting yang terbang bebas
Gugusan rindu milek ku sudah pun terbeku
menjadi padat lebam dan berkilat
kini nilainya sebutir intan berlian
tajam dan melukakan.

Malam semakin pandai berbisik
cengkrik dan kelkatu mendengar
Gugusan rindu mu itu terpadam
oleh goyang dan alir embun
makin sejuk di ambang subuh
larilah jangan biarkan menjadi tipis
dan menghilang .

Gugusan rindu yang sahdu
Barangkali bukan lagi bicara kita
Lemparkan jauh-jauh
Kita terbang dan melayang
bebas dan berpusing-pusing
demi gugusan rindu yang agung
yang tiada perhentian.

17hb Oct 2016....di tempatkan semula  untuk tatapan semua.

Tuesday, August 9, 2016

Terima Kasih Dato' Razali...

Alahai panas berdenting tengah hari ni...Si kacak kesayangan Dato' tu singgah.  Hulur dua keping warkah tuk kami sepasang insan ni....Ya Allah, dalam terkial-kial membuka steplar di hujung warkah  ...emm terkejutlah Che pah bila melihat duit arab atas lantai......termenung kejab..." eh mana datang duit arab ni? ".  Surat tak buka lagi tah apa isi kandungnya...

Ya Allah tangan yang memberi....
dari YB Dato Razali  Ibrahim rupanya!. Hadiah peribadi.... Terima kasih Dato...dah banyak kali Dato tolong Che Pah sejak Che pah ni bertugas di Klinik Kesihatan Seri Menanti lagi. Layan  kemanjaan kami masa tu... dapat komputer beberapa biji...alahai dari situlah mulanya kami bertenggik mengadap komputer hari-hari dan celek komputer...(Teringatlah kat Arwah Sis Jamaliah Daud -  Al Fatihah ).Aaminn...
Ingatkan dah pencen-pencen ni siapalah Che Pah ni kan....Terima kasih sebab Dato' memberi  dan mendoakan.  Sama besar artinya di sudut hati kecil Che Pah semua ni.....

Maaf Dato tercicir tadi.....Huaaa sayu!...TQ.

Che Pah klik2 tadi  ...sambil-sambil buat persiapan...

10 hari lagi nak berangkat, ..emh,kalau panjang umurlah kan rasalah naik  kapal mambur lagi....
InsyaAllah doakan ya kerabat & kekawan  sekelian....sayang semua!. 
Mudah-mudahan sihat kami berdua dan diberikan kemudahan dan mendapat haji yang mabrul.

Aaminn!.
Hanya ni dulu k. 
Ada lagi nak di titip...gambar2 majlis resepsi Aie tempuh hari lum dapat layangkan ke sini.
Lum sempat lagi...insyaAllah...kot tak sehari dua ni, panjang umur balik haji je lah nanti ya.

Wednesday, June 1, 2016

Cerita dari Dairi harian Che pah...


Semalam 31hb. May 2016.........
Gi Lenga, jumpa Wak Karmani dan Bibek Mar.
Alhamdullilah kedua-duanya sihat.  Walau pun sekejab terasa segar perasaan saya ...hilang rasa rindu.  Bibek baru je balik dari benlanja dapur, sempena Ramadhan ni kan....nak bersahur dan berbuka puasa.  Tinggal dipendalaman kena selalu bersedia.



Lepas tu kami hala ke Gersik Kg. Ujong Tambak.
Ni kakak Kesayangan Saya...Normah.
Jadilah dapat jumpa sekejab-sekejab.






Anak buah saya untuk pengetahuan anda...suami Kak Normah yang bernama Bakar tu sepupu saya. kalau sampai ke dearah Gersik Ledang ni silalah berkunjung kerumahnya.





Sedikit cerita dari saya kali ini.  Selamat Malam.



Tuesday, May 31, 2016

Terbang Lalat...terbang Lalat..hinggap di.....

Yes...terasa free bila melupakan sementara itu FB......
Ada yang tak boleh ku pandang disitu....heheh, nakal...

Alah...sebenarnya dah jemu....like, komen...like, komen. 
Sibuk like kat orang, yak kita orang tak like.  Malu je heheh...  Tiba-tiba kecik hati lak bila orang tak like dan tak komen. Tiba-tiba saya rasa tak suka nak Share cerita dah.....rajuk pun ada, rasa tak enjoy pun ada..... 298 member, yang aktif tak seberapa, saya pulak kena gedik-gedik sibuk bercerita. Emmmm......

Hahaha...lupakan sahaja FB tambah-tambah bulan puasa tak lama lagi, nak beramal lah, semua nak fikir BP saya gak yang  tak setabil, sesekali fikir bodoh gak saya ni sibuk kan hal orang. adui!. dulu-dulu tak gitu, sekarang hal kawan-kawan  pergi mana, makan apa,buat apa tiba-tiba  je sibuk-sibuk saya nak tahu......




Jangan marah ya FB. saya macam dah berubah hati...Sementara je...bye dulu ya FB. Buat sementara ni saya kembali kepada kekasih lama saya Si Blogger.
Tenguklah mood kalau  baik cepatlah kembali kat awak...kalau rasa geram tu masih ada...biarlah dulu...Saya memang tak boleh tenguk yak tu.....dari berdosa biarlah saya diam-diam je dan pergi membawa diri.


Hihi saya ni macam Lalat lak...
Huaaaa...beralih kealam lain barangkali lebih indah.  Bukan salah saya tau...salah awak!.
Saya gi cari bunga, awak tak pandai jaga hati saya....


Teringat lak dekat lagu ni...

Janganlah aku disalah
Jika ku tinggalkan kamu

Salahkan diri mu sendiri
apa yang telah kau lakukan?

Tak sudi ku memandang wajah mu

Biarlah aku pergi... aku Lalat manis!





Sunday, May 22, 2016

Buku Baru....

Hari ni saya berehat menulis di FB.
Barangkali sesekali meninggalkan halaman tu lebih baik.
ada yang saya suka...tak kurang juga ada benda yang saya tak suka disitu. 


Dan.......ada juga yang membimbangkan hati saya di situ.
Banyak pengajaran yang saya dah hadapi termasuk kehilangan yang di sayang, saya merasakan untuk berpada-pada je menyumbang kepada FB. Keputusan yang terbaik, insyaAllah.

Latifah.... 
Kembali kepada janji mu pada tuhan......
Kembali kepada janji mu pada tuhan......
Kembali kepada janji mu pada tuhan......

Kalau mereka mencari saya.....Syukur.

Kalau mereka sayang saya syukur...mereka tahu mana hendak mencari saya.......Jangan tamak, hidup ini sementara sahaja. Lebih baik menjadikan diri....sejuk macam ice.

Latifah...
Emm..jadilah diri sendiri.

Alhamdullilah.  Redha setiap anugerah Allah.  Saya sudah meletakkan titik perjalanan hidup saya. Kini berserah, apa-apa pun tentang diri saya.......saya milik Allah.


InsyaAllah, Allah jadikan saya senang...selalu senang.
Orang senang dalam hidup selalu tenang dan senang juga untuk menghadap Allah dengan penuh kerelaan. Saya mahu diri jadi begitu...Aamin...

Monday, April 11, 2016

Gerimis Di hati....






Mungkinkah Ulangtahun Perkahwinan yang ke 33 ini yang terakhir bagi saya. 

Adakah tarikh 11.4. 2017 ada untuk saya?







33 tahun dipimpin oleh seorang suami dan melangkau bilangan tahun saya dibawah jagaan ibu bapa.  

Ibubapa hanya menjaga saya lebih kurang 25 tahun....
Emm..... 7 tahun .....  Saya sudah pandai menyesuaikan diri.  Dari perawan bertukar menjadi isteri orang,menjadi ibu dan kini bakal menjadi ibu mertua...tak lama lagi jadi nenek.


Selalu menghayati kedatangan tarikh ini bersendiri.  Yang bernama lelaki tidak langsung ingat, kenalah sendiri gedik-gedik mengingatkan...tu pun acuh tak acuh je dia.  Hehehe.....semuanya pinjaman.  Saya pun akan tinggalkan semua ini tak lama lagi.  Sementara saya ada ni biarlah saya gedik-gedik sendiri melayan kenangan di pelamin yang ketika itu bercucuran airmata kerana banyak kesedihan membenak di jiwa.  Di saat diri bertukar tangan dari tangan ibu bapa kepada seorang lelaki yang asing dari keluarga orang lain.


Memiliki ibubapa yang memberi kemanjaan, saya cuba melupakan nikmat yang saya rasa dari ibubapa dan menerima apa sahaja yang harus dikongsikan dengan seorang suami.  Saya mula berjimat kerana suami bukan orang berada.  Hanya seorang guru biasa.Saya tidak lagi memilih pakaian yang mahal-mahal seperti sebelumnya.  Saya mula menutup aurah kerana merasakan tanggungjawab dan beratnya tanggung jawab seorang suami. Patuh dan bersetia.


Allhamdullilah saya dapat hadiahkan zuriat untuk suami. Lambat menjelang tahun ke 4 baru saya dikurniakan putera....  Jadilah, kalau saya pergi nanti mereka ada untuk menjaga ayahnya.


Saya hanya menumpang kasih untuk beberapa ketika untuk memberikan kebahagian kepada insan yang tersayang.  Banyak kesilapan dan kekurangan tentang diri.  Minat yang tak sama, cara hidup dan didikan yang berbeza kadangkala menuntut kesabaran dan bertolak ansur.  Tak kira suami atau pun saya saling beralah mencari kesamaan.  Dah tentu dalam pertikaian itu perlu salah seorang beralah, selalunya yang beralah itu seorang suami...berpindah randah hidup demi saya yang asyik ditukarkan tempat bertugas. 
Akur dan patuh hidup bersendiri berasingan ditempat lain demi kerjaya saya sebagai seorang jururawat.  Sebaik sahaja terkumpul, suami pula mula rencam keluar bertugas diluar kawasan dan saya bersendiri mendidik anak dengan begitu ketat undang-undang sendiri.


Ma minta maaf  mengongkong anak-anak kerana terpaksa membesarkan anak bersendiri dan ayah selalu berpergian meninggalkan kita...
Ma juga minta maaf kerana kerap tinggal anak-anak semua bersendiri dan mengunci ke empat-empat kamu yang sedang tidur kerana mengendali kes di malam-malam hari.Ma hanya berserah pada takdir dan meminta Allah menjaga kamu anak-anak.  Sepanjang waktu bertugas hilang semua ingatan kepada kamu dan ma fokus pada kerja dengan harapan mudah-mudahan membantu menyelamatkan satu nyawa, Allah akan menjaga keselamatan anak- anak mayang ma tinggalkan.


Ma juga minta maaf sebab sering menukar pembantu rumah dan anak ma pernah kena dera dengan salah seorang dari mereka...Ma juga minta maaf kerana ada anak ma yang terminum minyak tanah di hari pertama ma tumpangkan dirumah orang kerana pembantu berhenti kerja tiba-tiba. 

Kering airmata ma kerana terasa betapa berdosanya terhadap anak-anak ma.Di saat berjauhan dari suami ma rasa ketika itu betapa tersiksa dan sukarnya untuk terus menguruskan anak-anak dan berkerja.Ma rasa nak berhenti kerja.


Anak-anak ma mungkin troma, apakan daya begitulah sayang untuk terus hidup dan banyak lagi dugaan getir yang bakal kita tempuh...semakin tambah usia, semakin hidup dicengkam keresahan dan permasaalahan.Kita harus bijak untuk keluar dari belenggu permasaalah....selalu berfikir secara bijak.

Kalau ini adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan yang terakhir bagi ma, minta anak-anak dan ayah halalkan segala-galanya. 

Dunia perkahwinan ma hanya redup dan tidak indah seperti impian anak-anak kerana ayah dan ma bukan berharta dan kaya raya.  Yang ada peninggalan atuk dan harus di kongsikan dengan sepupu-sepupu yang lain.  Ma hanya tinggalkan sedikit ilmu, ilmu yang anak-anak tuntut di Kolej dan Universiti itu  dimunafaatkan. Gunakan ilmu yang dituntut dan bantu diri sendiri untuk menjadi pemimpin dan khalifah dimuka bumi ini.  Tercampak dimana pun harus tumbuh dan gagah berdiri.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan tuk suami tersayang....Mungkin kali ini kita bersama...esuk tak sempat bersama lagi. Mohon maaf atas segala kesilapan dan halalkan semua yang termakan dan terminum. 



 

Warkah buat Ummi

Friday, March 4, 2016

Nenek dari Bumi Mersing yang hilang....





Akhirnya saya tinggalkan juga rumah ini.
Bersarang ingatan disetiap ruang bilik.  Saya menoleh dan merenung pintu bilik sembahyang nenek yang comel.  Nenek punya bilik sembahyang sendiri untuk memastikan dia khusuk dalam mengerjakan sembahyang fardunya.

Sayu untuk saya tinggalkan.
Nampak kembali sunyi.
di situ hanya ada anak-anak serta cucu perempuan nenek.

Nenek Fatimah Bte Abdullah 
anak Cina keturunan Siam menjadi nenek ku sekian lama.
Lahir-lahir aku melihat dia nenek paling comel kecil sahaja orangnya tetapi sangat aktif.
Bila aku ke bandar Mersing, aku akan mencuri-curi singgah seketika ke Teratak nenek.

Berbual-bual diatas tangga itu kebiasaan kami.




Saya menyusur asal usul famili dari sebelah nenek kandung ku Hjh. Zainab Muhamad@ Ahmad pada 19hb Disembar 2012 sempena cuti sekolah saya memperkenalkan anak-anak akan neneknya yang masih tinggal.
Gambar berikut adalah  gambar keluarga nenek bersama arwah suaminya 
Mohd. Yusof Md. Dom ( adik lelaki berlainan bapa kepda nenek kandung saya Hjh. Zainab) dari seorang ibu yang bernama DARA yang dikenali sebagai penyanyi bangsawan di istana di zaman Sultan Sir Ibrahim. Begitulah cerita ini saya perolehi dari nenek dan pernah juga diceritakan oleh ibu saya tentang ini, dan sedikit pun tidak bercanggah antara dua mulut insan yang bercerita....

Nenek Fatimah memiliki 10 orang anakbetermu jodoh dengan Atuk Mohd Yusuf di Kuala Ketil Kedah...semasa Atuk Yusof bertugas sebagai anggota Polis disana.

 



emm, dan dikatakan nenek saya Hjh. Zainab itu anak kepada suaminya pertama yang bernama Muhammad@ Ahmad seorang pedagang berbangsa Pelekat dari India.


Sedikit dari asal usul keluarga kami dari
bumi Mersing.
Nenek DARA  berasal dari Terengganu berketurunan Bugis.

Terakhir saya jumpa nenek pada Bulan Septembar lalu.
Waktu itu ibu saudara saya Pn. Zainab Yusof singgah sekejab menziarahi kami sewaktu pulang dari Melaka.




Dan pada cuti Hari Raya Cina yang lalu Nenek sempat menemui adik-adik  di Jitra untuk kali terakhir.  Hampir 65 tahun mereka sekeluarga tidak pernah bertemu.






 

 Seminggu dah nenek pergi, baru saya mampu menulis keruangan ini.
Rabu  24hb Feb 2016 @ 8.00 malam nenek pergi meninggalkan kami.
Dialah nenek yang terakhir dari kami...

Selepas ini kami tiada nenek dari generasi
pertama dan kedua lagi.


Al Fatihah. semoga roh nenek tenang ditempat persinggahannya di Barzah.
Aminn.











Tuesday, February 23, 2016

" Diari Latifah" bermula.....

.

Dengan Nama Allah Yanag maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1.  Bukankah kami telah melapangkan dada mu (Muhammad)?.
2.  Dan kami pun telah menurunkan beban daripada mu.
3.  Yang memeratkan tanggungjawab mu.

4.  Dan kami tinggikan sebutan (Nama) mu bahagimu.
5.  Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6.  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7.  Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah
     berkerja keras (untuk urusan yang lain).
8.  Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Saya ambil  terjemahannya dari
Al Mubin Terjemahan Al Hidayah Al Qur'an Al Karim
Tterbitan Al Hidayah House  Qur'an Sdn Bhd.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
 

Apa khabar semua?.

Kita bersama semula ya....di ruang yang baru dengan cerita yang baru.  Cerita lama yang akan masuk ke dalam blog ni....insyaAllah akan dipilih-pilih, maaf lah yang lalu tu ada problem, jadi...hujung Januari yang lalu saya " Close". Bagaimana pun blog Buai Laju-laju Sampai pucuk Atap masih ada..

Saya akan murnikan blog ini perlahan-lahan  dan berperingkat-peringkat kerana  masa untuknya begitu terhad dengan kesibukkan saya setiap hari...Jadual yang padat dengan usia yang menghampiri ke 60 tahun, kudrat dan tenaga saya agak terbatas.

Setiap pagi saya agak stress dengan kebun lada cili yang diusahakan oleh anak sulung saya membantu beliau memetik cili.Tambah-tambah jika melihat lada sudah pun ranum.  Kami kena turun ke Kebun pagi dan petang..






Alhamdullilah....

Aie sanggup Berpanas, berhujan, berpenat lelah untuk mengerjakan tanah tinggalan bonda (Neneknya) daripada kosong dan terabai.  Berkerja keras bersama ayahnya mencipta impian sebagai petani moden.  Berkelulusan Diploma IT dan Kejuruteraan Instrumen, walaupun ditawarkan sebagai pensyarah di sebuah institiusi Pendidikan menolak tawaran dan berazam meneruskan minatnya dibahagian pertanian.  Akhirnya, anak saya memilih perkerja datuk dan neneknya dulu-dulu.  Dapatkah Aie mencipta rekod mengatasi datuk dan neneknya dulu-dulu?.  InsyaAllah, jika tak kenal jemu dan istiqamah...Allah sudah janjikan dalam ayat 8 di atas...emm, itulah  janji Allah.  janji Allah itu pasti jika dekat dengan Allah, meninggalkan perkara yang dilarang sebaliknya menunaikan tanggung jawab seorang muslim dengan redha...Allah akan beri kejayaan.  Fighting Aie!.





Sementara waktu Hafiz dan Shahira dan Faiz turut membantu...terima kasih Hafiz...Segulung Ijazah kejuruteraan Kemikal belum tentu dapat membantu kehidupan yang diimpikan sementara mencapai cita-cita, belajarlah bersusah-susah, kerana hidup adik beradik perlukan bantu membantu dan sokong menyokong.  Adik beradik kena sepakat.

Sekian dulu.  Blog ini adalah blog cerita-cerita keluarga. 

Minta maaf jika anda rasa tidak sesuai untuk tatapan anda, tujuan saya menulis selain untuk menginjak minat dan mengerakkan daya karya saya, saya ingin berkongsi pengalaman,nasihat, dan berpesan-pesan untuk anak-anak sendiri, cucu dan cicit....semoga saya dapat juga membantu anda  dan memyumbang untuk motivasi anak-anak yang lain serta genarasi yang baru, insyaAllah.

Okey...blog ini sedang dalam pembikinan.  Sedang berjingkit-jingkit untuk bergerak.  Anda bersabar ya...rupa dan persembahannya belum cantik...

Malam tadi saya terusik dengan harapan anak saudara saya Amie di Cameron Highland  yang tercari-cari blog kamalati Aida yang hilang...untuk Aime Mak long menulis semula okey!.  Melayan rasa sunyi anak buah dengan sebuah cerita yang biasa...

Terima Kasih semua.  Salam perkenalan.  Sampai jumpa lagi.
 
Wabilahi Taufik, Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.