HIDUP DI KELONGSONG
Tiga pagi aku terbang
dan tercari-cari.
dan tercari-cari.
Susahnya untuk hanya tiga
batang sepagi
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan ku runtun dibawa pulang.
Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan ku runtun dibawa pulang.
Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
Kalau ku sulam mungkin jadi peredup
barangkali menjadi tempat intai mengintai.
Bunga lalang sibuk memanggil
panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul ku ikut terbang.
Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu dari pinggir sungai
Kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.
Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.
barangkali menjadi tempat intai mengintai.
Bunga lalang sibuk memanggil
panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul ku ikut terbang.
Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu dari pinggir sungai
Kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.
Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.
Kamalati
Aida
No comments:
Post a Comment