Antara kamu
siapa yang paling terpuji dihati ku.
Lembar......
Selembar lagi
aku mula keliru
watak, mimik, wajah dan perilaku
bergoyang dan berpusing serta beralih
semua itu menyentuh mata ku.
Kalbu ku
Yang mana satu?.
Sudah tersingkap rahsia-rahsia
biru mata hitam ku
semuanya bergetar
jantung pula tersesat
siapa jua diantara kamu
Tumpang lalu
ada wangi di sini sana
sementara aku tercari-cari
antara kamu
siapa yang paling sayang pada ku?.
Lebarnya jalan ini
mana batas sempadannya.....
Antara kamu
Satu...pernah melimpar kasut sekolah ku.
Dua...pernah merotan isi peha ku
Tiga...mendera aku bertabir ditepi tingkap
Empat menerbangkan kapal terbang kertas
Lima melerai rambut ku yang kusut
Enam menyapu air mata ku
Tujuh menyentuh umbun-umbun ku ......
dari berpuluh-puluh ...
semua kamu itu guru...termasuk suami ku.
Maaf...
Aku belum ada jawapan
siapa di hati ku....
kerana
terasa ada kepahitan mengenali mu
ada kemanisan berbicarakan tentang kamu
Aku kemudian menjunjung amanah mu....
sepanjang hayat ku.
