Friday, March 4, 2016

Nenek dari Bumi Mersing yang hilang....





Akhirnya saya tinggalkan juga rumah ini.
Bersarang ingatan disetiap ruang bilik.  Saya menoleh dan merenung pintu bilik sembahyang nenek yang comel.  Nenek punya bilik sembahyang sendiri untuk memastikan dia khusuk dalam mengerjakan sembahyang fardunya.

Sayu untuk saya tinggalkan.
Nampak kembali sunyi.
di situ hanya ada anak-anak serta cucu perempuan nenek.

Nenek Fatimah Bte Abdullah 
anak Cina keturunan Siam menjadi nenek ku sekian lama.
Lahir-lahir aku melihat dia nenek paling comel kecil sahaja orangnya tetapi sangat aktif.
Bila aku ke bandar Mersing, aku akan mencuri-curi singgah seketika ke Teratak nenek.

Berbual-bual diatas tangga itu kebiasaan kami.




Saya menyusur asal usul famili dari sebelah nenek kandung ku Hjh. Zainab Muhamad@ Ahmad pada 19hb Disembar 2012 sempena cuti sekolah saya memperkenalkan anak-anak akan neneknya yang masih tinggal.
Gambar berikut adalah  gambar keluarga nenek bersama arwah suaminya 
Mohd. Yusof Md. Dom ( adik lelaki berlainan bapa kepda nenek kandung saya Hjh. Zainab) dari seorang ibu yang bernama DARA yang dikenali sebagai penyanyi bangsawan di istana di zaman Sultan Sir Ibrahim. Begitulah cerita ini saya perolehi dari nenek dan pernah juga diceritakan oleh ibu saya tentang ini, dan sedikit pun tidak bercanggah antara dua mulut insan yang bercerita....

Nenek Fatimah memiliki 10 orang anakbetermu jodoh dengan Atuk Mohd Yusuf di Kuala Ketil Kedah...semasa Atuk Yusof bertugas sebagai anggota Polis disana.

 



emm, dan dikatakan nenek saya Hjh. Zainab itu anak kepada suaminya pertama yang bernama Muhammad@ Ahmad seorang pedagang berbangsa Pelekat dari India.


Sedikit dari asal usul keluarga kami dari
bumi Mersing.
Nenek DARA  berasal dari Terengganu berketurunan Bugis.

Terakhir saya jumpa nenek pada Bulan Septembar lalu.
Waktu itu ibu saudara saya Pn. Zainab Yusof singgah sekejab menziarahi kami sewaktu pulang dari Melaka.




Dan pada cuti Hari Raya Cina yang lalu Nenek sempat menemui adik-adik  di Jitra untuk kali terakhir.  Hampir 65 tahun mereka sekeluarga tidak pernah bertemu.






 

 Seminggu dah nenek pergi, baru saya mampu menulis keruangan ini.
Rabu  24hb Feb 2016 @ 8.00 malam nenek pergi meninggalkan kami.
Dialah nenek yang terakhir dari kami...

Selepas ini kami tiada nenek dari generasi
pertama dan kedua lagi.


Al Fatihah. semoga roh nenek tenang ditempat persinggahannya di Barzah.
Aminn.