Monday, October 17, 2016

Hadirku sebagai Dhuyufurahman........



Berjanji dengan anak-anak buah untuk mengabadikan gambar-gambar kenangan sewaktu di Tanah Suci sepanjang berada  selama 47 hari menjalani ibadah Haji...19hb Ogos 2016 hingga 4hb Oct 2016.

 









Malam ini  saya paparkan sedikit ya...
Maaf sangat-sangat disebabkan handphone murah...dan sebiji handphone rosak pula...kamera kami susah nak urus dan kami tinggalkan di Tanah Air...lagi pun tugas kami beribadah itu yang utama...kami ambil sikit-sikit sahaja gambar kenangan.


 2 keping ni gambar kami waktu kami di Jedah...









Sementara ini pula gambar kami di Masjidil Haram Mekah...gambar bahagian atas itu dibahagian bumbung masjid yang sentiasa ada sahaja Jemaah haji menunaikan sembahyang watu di situ...sementara gambar dibahagian bawah itu kami bergambar didalam masjid baru yang disambungkan ke Masjidil yang lama.
Emmm...teramat cantik dan mempesonakan.  Sejuk hati berada didalamnya.....alhamdullilah.


Selesai sembahyang subuh saya bersantai-santai laluan dibagunan masjid yang baru...masa turun balik ke hotel Qasar Janariah memanglah laju je...masa nak mendaki sewaktu mmencari tempat bersujud diwaktu-waktu sembahyang tu...emm semput mendaki bukit..


Ni didalam majid yang baru...baru je musim Haji kali ini dibuka...subuh  sebelum berangkat ke Madina kami saja lah klik-klik untuk kenangan.  menjadi kawasan larangan petang itu, terlalu bersyukur sebab kami sempat bergambar dikawasan masjid ini.


Ok setakat ini ya.  Dah malam....InsyaAllah, nanti kita sambung lagi...Assalam

No comments:

Post a Comment