Saturday, August 12, 2017

Dia dah diambil Pergi



8hb. Ogos 2017.....
Dia di ambil pergi....adik-adiknya tak singgah memberitau, suami mendapat berita tidak pula memberitau kerana dia ingatkan entah siapa lah dia tak kenal.  Sepanjang perjalan saya ke Pt. Sulung hati saya sebu...kerana hanya tahu dalam perjalanan itu.  Sedih sangat kerana dia adalah teman rapat saya masa remaja.  Dialah peneman saya bila saya berhajat untuk keluar dari rumah.

Anak seorang ustaz dan ustazah, gerak geri saya terkawal.  Jika tiada sahabat-sahabat saya seperti Saadiah Hayun,Zainab Ngah atau Ramiah Samsuri saya tidak dibenarkan keluar kemana-mana.  Mereka akan menjadi teman pengiring termasuklah kakak Jamilah Bahran ini.  Kami akan berlama-lama berada di kedai buku memilih buku kerana saya gemar membaca.  Jika ada kawan lelaki nak jumpa dia lah menjadi bodygurd...emm, saya tak kan terlepas seperti burung dalam banyak hal.

Terima Kasih dan terhutang budi padanya akak.  Saya tahu dia pun sayangkan saya. Kami ada bertemu sesekali dalam majlis-majlis perkahwinan keluarga. 

Saya tunggu sewaktu saya mengadakan majlis resepsi anak sulung...tidak nampak bayang.
Saya terkejut bila saat-saat akhir majlis, suami Allahyarhamah datang dan memberitau...
" Akak kirim salam".  Saya angguk.
" Terima Kasih abang, akak tak sihat ke?.  Ada persoalan kerana pasangan ini sentiasa bersama setiap kali saya jumpa.
"  Akak dah potong kaki " Jawabnya.

Tersentap luluh perasaan saya.  Padanlah dia datang disaat akhir majlis...Almarhum abang Amir bin Ahmad.

Senyaplah rumah di lorong Rahmat.  Kali akhir saya jelang sebelum berangkat ke Mekah pada  11hb Ogos 2016...rupanya belum pun sempat mencapai setahun pertemuan kami, kedua-duanya dah di ambil pergi.

Inilah gambar saat terakhir pertemuan kami.  Teragak di hari raya baru-baru ni pada 23hb July nak menjengah beliau tetapi aral sebab saya berhajat mencari daun Mengkudu untuk merawat bayi (cucu) yang baru lahir. Sibuk dengan cucu yang baru beberapa hari lahir itu membuatsaya kesuntukan masa. Sudah ketentuan kami tak dapat berjumpa.

Semoga Roh kakak dan abang  tenang di sana.

                                                  
                                    Aamin Ya Rabil Alamin.


No comments:

Post a Comment