Tuesday, November 26, 2019

Mak....

Hai..

mak mertua saya ni ok!
Tengah bercerita dengan saya,tiba-tiba tertangkap gambar dia...
malu juga heheh!
Nasib baik tak kena marah....

Yes Hajah Sahara mak ku!
Morning!



dah dekat 2 tahun mak bongkok macam ni cian mak...bermula dari sakit pinggang.
Doktor kata....
" mak chik jangan buat kerja ,rehatlah sudah tua!"
" mak chik tinggal dengan anak saja!"
Kadang-kadang mak bersunggut kat  doktor yang suruh duduk rumah anak.

Heheh...bila pat ni saya senyum saja.
ni gambar hari Ahad lalu...









mak cantas pokok bunga..Saya nak tolong tolak kereta tolak...dia tak beri!

"alah ringgan je ni!" katanya!

Lihat dari hujong halaman tu!
ringan je katanya!
Jauh tu!








Nanti!
tenguk gambar berikut.....

Jauh ke belakang dia tolak kereta sorong tu,nampak kan?
itulah ibu mertua saya.






















OK cuma setakat ni cerita saya.
ada lagi nak cerita...insyaAllah.

Sunday, November 3, 2019

Guru tercantik di hati ku

Dia tak pernah cubit untuk pandaikan saya
Setiap lirik dan baik dari lagunya menusuk terus ke kalbu.
Mungkin di saat itu saya remaja lagi
soal cinta dan cita-cita bercelaru.

Tadi pagi Kak Chah (Habsah Hassan) membalas salam saya.Terima Kasih Kak Chah.
Katanya  dia sama seperti saya...bersabarlah pesannya atas ujian.

Terima Kasih akak atas pesan itu..
Doakan kesembuhan saya.

Wednesday, October 30, 2019

Menyusur Keluarga tua...SebelahTok Basuk


27hb Oct 2019
Ahad 29 Safar 1441.....


 
















Saya terkenang.....hanya berberapa hari yang lalu.

Ibu mereka kawan rapat bonda saya masa mudanya..
Nama ibu mereka sering jadi sebutan bonda saya...
Kami akan berbual-bual tentang kawan-kawan bonda...saya hanya angguk melayan bonda.

Terfikir nak cari kat mana Cik Gu Rahimah dan Dato Mansur tu!
Batu Pahat begitu luas...akhirnya,bonda semakin uzur ..senyap tak mengharap lagi.

Abang pula sibuk mencari keluarganya sebelah ayah yang terpisah lama,dah 2 tahun abang mencari.Dia sebut nak mencari kerana seorang dah memberitahu anak-anak Cik Gu Rahimah dah berpindah Ke Bangi.Kerani tempat abang dapat menghubungi Cik Salmah anak sulung Cik gu Rahimah...tapi masing-masing tersenyap begitu kerana Bangi tu jauh ke utara





 














Tapi...
Akhirnya....kami bertemu jua.
Saya sedikit kecewa kerana tak dapat temukan bonda saya dengan ibu mereka semasa ada hayatnya.....

kerana saya baru tahu,kami bercantum menjadi kerabat melalui perkahwin saya dengan abang......

















 



Sebak ..

 
Bila ingat bonda saya jenis insan yang sayangkan kawan-kawannya.
Mereka berdua ustazah,Ibu guru Besar sekolah ugama aje ...manakala Che Gu Rahimah Guru Pelawat Sekolah Ugama....mereka berpisah kerana Che gu Rahimah berpindah mengikut suami ke Batu Pahat.


Tuesday, October 15, 2019

Birthday yang paling sunyi....



Sunyi....
Saya hiburkan hati sendiri.
Anak-anak pun tak tahu tarikh sebenar tarikh lahir saya.Tarikh lahir saya mengikut anak berkumpul....tanpa anak tiada hari lahir saya.
Kali ini Hafiz balek awal. 5hb Oct maka...tarikh itu kami menyambutnya!

Adik Shahira siapkan awal....dia membakar dan menghias kek hari lahir ma nya. .
Terima Kasih adik sedap Kek Velvete adik...<3

******

12 Oktober....Hari Sabtu
begitulah...
Kini usia meningkat ke 62 tahun....
usia memang menjadi rahsia Allah,berapakah usia saya nanti?
Pah Hitam saya dah 84 sekarang....
Adib dah Allah simpan.  Hidup ini sekejab je...yang lama di Akhirat nanti kan?
Hati begitu sayu..tiada lagi adik perempuan untuk berunding.
Dari saat itu saya bersendiri...anak perempuan tunggal dari 3 beradik yang ada sekarang....






Alhamdulilah saya sihat kembali setelah sakit selama setahun 10 bulan...

sejak 2 bulan ini,saya terasa segar sedikit... bersyukur sangat-sangat.








Perlahan-lahan saya cuba untuk kemaskan rumah bonda...saya semakin rindu akan rumah itu,apakan daya saya belum boleh drive sendiri.....









Saturday, October 12, 2019

Abang Ya..dah tak ada.





Kerusi tu khas untuk abang.
Bila-bila aje anak-anak abang akan bawa ayah dia orang ke rumah saya. ...di tepatkan  di kerusi itu,kerana abang telah lumpuh sejak anak-anak masih kecil lagi.

Abang dah tak ada...dah 2 Sabtu. Anak-anak jangan keluarkan gambar abang sekarang ya!

Hari abang pergi ......saya berada di Kota Tinggi....tak sempat balik pun.
Anak dan isterilah yang mengurusnya.Terima Kasih akak dan anak-anak.

Sekarang abang sepupu sebelah abah ada 3 je.
Terasa saya sudah cukup tua.

Semoga Allah ampun dosa-dosa,dan tempatkan kelak di Syurga pilehan Allah.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah tuk abang sepupu Zakaria Yaakob..
Al Fatihah.




Thursday, March 28, 2019

Terima Kasih, Alhamdulilah.

Semuanya baik-baik.
Berat beban saya, berat lagi beban orang lain.
Ketahuilah kasih sayang Allah itu sangat luas dan setiap kali kesempitan saya kembali kepada pertolongannya.

Warkah saya kali ini saya tujukan kepada adik-adik yang membantu....
Terima Kasih semua!.

Staf dan kakitangan Klinik Kesihatan Parit Jawa
kerana memberi pertolongan awal dan nampak keikhlasan semasa bertugas. Allah akan berikan ganjaran nya nanti,insyaAllah,Di Syurga, Aamin...

Terima Kaseh
*En.Bahtiar
*En. Aziz
*Haji Mail....kami pernah terlibat dalam kemalangan Ambulan bersama...Alhamdulilah masih bersahabat dan jadi sedara sepusat sepusing!
*Nas
*Bad
*Dr....
*Jururawat...
*Peg.Farmasi...
Ramai yang terlibat membantu Almarhumah semasa hidupnya....
termasuklah...


*En Mohd.Hafiz Yusof (Peg.Jurupulih anggota) dari Klinik Kesihatan Bakri.
(Maaf en.Hafiz lawatan terakhir gagal kerana Kak Adib dah admit di Wad 10 Hospital Sultanah Fatimah Muar).

Tak sangka begitu begitu pantas masa berlalu dan harus ada perpisahan berlaku.

Tak lupa,sekalong kasih dari kami sekeluarga
untuk pegawai Perubatan, Jururawat dan Kakitangan Wad 10 dan Wad 9 HPSF Muar...Terima Kasih banyak-banyak.

Maafkan Kak Adib kalau ada kesalahan...
Juga untuk Shahirah Amini jika adik ada buat kesilapan.

Doakan Kak Adib indah persadanya bersama insan-insan yang soleh.
InsyaAllah yang kamu beri pertolongan ...pertolongan kepada ahli Syurga Allah.
Kirimkan Fatihah bila teringat...Aamin.

Wednesday, March 27, 2019

Dia kembali kepada pemiliknya.

6hb.3.2019 dia mula sakit.
25hb.3.2019 dia menghabuskan nafas yang terakhir. Sekejab je. (20 Hari).
Dia pergi menjelang hari lahirnya ke 58...29hb.mac 2019..

Kami nampak tanda-tanda kesembuhan..namun Allah lebih sayang dan mengambil tepat seperti janjinya yang pasti.

Kami redha. Kami juga akan di jemput seperti Adibah nanti.Alhamdulliah ketetapan Allah itu cantik kami berempat di terbangkan awal ke bumi Mekah dan Madinah...(19.1.2019 -30.1.2019) dapatlah Amini merawat dan menjaganya ciciknya dengan penuh ketabahan dan kasih sayang.
Tiada tempat bergantung...
sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.
 


Penghuni Syurga Allah.InsyaAllah.
Aamin.

Thursday, February 14, 2019

penomena luar biasa...



Orang kata gambar edit....
setelah meneliti certa yang sama..kejadian ini adalah benar.
Penomena yang luar biasa di kampung saya...saya petik gambar dari kawan-kawan.

Tengahari tu hujan lebat yang luar biasa melanda kampung kami...

Jamu mata...



Pagi tadi saya singgah bangunan ni....
Terbaik,smart urusan yang pantas...tak sampai 5 minit siap.

Taman rekariasinya tip top...
Cuba anda tatap gambar di atas....Bagaimana?
Ni lah bangunan Majlis Bandaran Yong Peng.

Saya ada rumah di Dearah Yong Peng....setahun sekali jenguk sini untuk jelaskan cukai.
Datang sini sambil jamu mata....hehe



Friday, February 8, 2019

Hilang semangat.

Di saat Blog saya di ceroboh langsung semangat saya hilang.

Kalau iklannya iklan yang sihat boleh juga membantu kesihatan saya...ini membuat saya down!. sampai hati!

Harap ada belas kesihan dan dia tak menganggu lagi...
Maaf saya terpaksa membuang semua tulisan saya yang dicemari oleh komen beliau.

Tentulah hampir seluruh tulisan terpadam....kerana di ganggu setiap "page"
sedih sangat!
 

Mengambil masa untuk menyiapkan nukilan. 
Apa boleh buat rupanya ada manusia yang rakus mengambil kesempatan untuk mengaibkan kita.
 

Maaf ya saya akan padam satu persatu ....yang ada komen beliau.
Kalau terus tergugat....saya akan close blog Kamalati Aida.... kita berpisah sampai di sini


Terima Kasih menjadi peminat tegar saya.

Thursday, February 7, 2019

Penceroboh Blog

Perhatian untuk penceroboh!

Jangan di ganggu blog saya dong!
Bersihkan kerja-kerja kotor kamu itu.
Saya enggak suka!


Musafir dan takdir yang tak boleh di beli...


Hakikatnya siapa sangka terpanggil jua saya kesana. Saat suami berura-ura mencari arah.Saya ? serios ke nak pergi umrah. Jika berlaku,bukan sebarang panggilan..dia benar-benar panggilan Allah dan ketentuanya.

Mungkin hanya mimpi?

*************

Diri tak setegap dulu...Terbayang kesukaran yang mungkin saya tempuh sewaktu di Raudah.
Tiada artinya jika menjunjung Masjid nabi tidak dapat ke Raudah. Akhirnya saya berserah,ada rezeki Allah akan atur segalanya.... dan begitu takdir yang tertulis,saya redha.

Malam 19hb Jan 2019..
Kami bergerak ke KLIA dengan menyewa Lemozin airpot untuk pergi dan balik nanti...pergi berempat. Tak nak menyusahkan keluarga...sebab pernerbangan di Jadualkan sebelum subuh.  Kali ini kami bawa putera dan puteri Faiz@Amini. Penerbang pesawat AirAsia meninggalkan KLIA tepat pukul 5 pagi. Kembara yang panjang 10 jam dalam pesawat....Jam 10 pagi kami sampai di Jedah.


Alhamdulilah mudah je perjalanan umrah kami.  Terima Kasih Tn.Hj.Mohd Taib Bin Jalil, mutawif dari Syarikat TIRAM TRAVEL. Alhamdullilah,banyak membantu kami sekeluarga....





Serba sedikit pengalaman yang tercatit dalam kenangan kami...
Melawat Jabal Rahmah..tempat pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa kan...hehe .




Ok...sebenarnya talipon saya rosak tak dapatlah rakam gambar seperti selalu...harap ikhsan anak-anak beri gambar...mereka tak ada pengalaman dan teruja dengan pengalaman baru.

ni pula gambar yang kami ambil sebelum kami mulakan tawaf Widak Meninggalkan Kota Mekah untuk berangkat ke Madinah.


Sekian sahaja..
Untuk anda yang tertanya-tanya kemana hilangnya kami...ni lah jawapan kami.

Mudah-mudahan Umrah kami,umrah yang mabrul.
Biasalah..balik 30hb tu..kami terdemam juga..
sikit je...sekarang hampir pulih. 
Kami tak tahan sejuk!
minggu tu musim hingga 12C...Sejuk!

Sayang semua...jumpa dengan lain pengalaman ya!.Insya Allah.

Terima Kasih kat peminat tegar saya...tak kenal siapa anda,percayalah saya hargai ketekunan anda mengikuti Blog Kamalati Aida.

Selamat Malam!

SELAMAT DATANG TAHUN 2019...


Wednesday, February 6, 2019

Tahun Baru...

Rupanya dah berlalu bulan Januari 2019
Dah terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda Ya!
Soory lah terlalu sibuk sendiri....

Terlambat mengucap Birthday tuk Hafiz dan Pak ngah nya.....
kami berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
Kali ini saya dan suami membawa putra Faiz dan puteri Amini sama. 
Saya belum sihat sepenuhnya,takdir menentukan segalanya mudah sahaja urusan kami...
begitulah saya bersyukur.Alhamdullah.

Mengulangi musim sejuk 2006 ....(pertama kali saya dan suami mergerjakan HAJI)
Malam 19hb. Jan 2019... kami berlepas Ke Jedah dengan penerbangan AirAsia.

PaK Ngah dan Hafiz
Tak nak kecil hati ya.....

Selamat Hari Lahir