Saturday, January 6, 2018
7hb Jan 2018...adik belajar berniaga.
Hari ini saya bersyukurlah...
Anak gadis saya bersetuju untuk berniaga di depan rumah. Hari pertama Nasi Lemak dah habis dulu...tak ada jual kueh pun. Cuma nak test ada market ke tak...
jadi saya hanya buat mee hoon goreng dan mee goreng biasa.
Alhamdullilah, rupanya ada gak yang terpandang kehadiran kami disitu.
6.45 pagi Shahirah dah berada dibawah payung....terima kasih lah anak kerana menjadi anak yang berani. Berniaga bukan hal yang tidak bertamadun dan berdarjat....Berniagalah menjadikan Saidina Khadijah kaya raya dan menjadi isteri nabi yang di sayangi.Berniagalah kerana Allah sambil membantu insan yang memerlukan.
Jadilah dapat gak RM 100 sepagi ni....Lum tolak modal heheh...
Adik kata nak duit hari-hari...jadi kena kerja hari-hari. InsyaAllah, ada rezeki kita...insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment