Tuesday, January 30, 2018

Trigger finger...1


tangan kanan tak dapat memegang apa-apa objek pun.
tak mampu mendekati anda seperti selalu.
Doa akan kesembuhan saya ya!

insyaAllah pertolongan Allah itu dekat.

Friday, January 19, 2018

Tebang tebu kuala Sawa....

tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi katun
Sireh rampai pinang berseri
sentak peluk tangan kiri..























Bawa AniQ balik kampung  Seri Paya Sengkang...untuk jumpa oyang ...
Lama Oyang tak jumpa AniQ ...AniQ buat-buat mahal...saja-saja jerit-jerit takut!.

Ni nenek wangi curi-curi klik gambar...tak ada gambar lawa..
Ni je yang paling lawa!.



Terima Kasih Allah kerana menjaga kami.
Saya pun rasa lega bila pagi-pagi akak Lin sudah tinggalkan message di Hand Phone mengatakan abang Aris dah buka mata dan dah orang disayangnya.

Thursday, January 18, 2018

Cubaan!.


Tadi pagi  payung niaga ni terbang...mujur tak ditiup hala ke jalan  kalau lah....huhuhu mengakutkan . Kena Adik  letakkan batu menindeh payung .  Pagi ni angin kuat.

Kami mulakan niaga sejak   7hb Jan 2018 hanya tuk sarapan pagi.
Hari pertama tu kami buat nasi lemak, mee besar, mee tu

Hari ke dua kami tambah Mee Tiew...Ya Allah rugi teruk kami hari itu, sampai jam 10 pagi kami terpasak tutup.  berlambak-lambak mee dan nasi lemak tak habis....

Persediaan untuk Hari ke 3...Kami bermesyuarat lagi.
Selepas mesyuarat ini baru kami rasa aman!.

Wednesday, January 10, 2018

Cianlah kucing...





Hari ni dripper buat muka gitu....

Seksi! jelir-jelir lidah. Apa nasib hari ni dapat klik-klik gambar dia orang
ni 3 beranak....tiba je masuk dalam tempat sangkar lama dia.  rindu agaknya...sekarang sangkar tu dah jadi tempat tapak semaian lada.

Nampak happy dan manja sesama mereka....
kucing pun tahu berkasih sayang.

Tuesday, January 9, 2018

Apa ada dalam Berita TV kita sekarang ?.

Kami membiarkan berita TV bersiaran. Jarang-jarang pun buka TV....dah tua , saya
dah terasa tak boleh telan hal-hal sebegini..dah sampai time agaknya.
Berita kemalangan,berita rahsuah, berita nipu-nipu,tangkap-tangkap...Oh tidak!
gayat dengan berita-berita ganas sebegini, seluruh tubuh terasa sakit bila emosi tua saya disentuh.

Tiba-tiba anak muda Che Pah mengarahkan Che Pah tutup TV malam tadi....????
Akhirnya dia yang tutup sendiri.

Benarlah tu ....apa yang arwah abah kata....
Bila Allah buka hati....yang bermusuh berbaik kembali,orang lain makan hati.
Ingatlah.....Apa yang tulis...apa yang dikatakan dulu menjadi saksi disisi Allah.

Kerja Allah, mengasabah diri, nak ingatkan diri, tak mau lah pengaruh sesiapa....fikir sendiri. Di saat rasa hairan akan susana....sesekali tidak mempercayai akan apa yang berlaku!Saya tetap terfikir akan kuasa Allah, rahsia Allah hanya Allah yang tahu.....


Saya takut " Api Neraka Allah".

Monday, January 8, 2018

Angerik Bulan.....




Lama menunggu dia menyeri halaman...Di saat dia menyeri saya selalu tak sedar..semalam kembang dan mewangi ....tapi gitulah kan Angerik bulan selalu buat saya sedih....dapat jumpa kejab je, tak hilang pun rindu esuknya dah layu.

Begitulah kita selalu melukakan insan lain tanpa kita sedar.
Maaf kalau saya anda anggpkan salah seorang insan yang sebegitu. Kelemahan kita  sejujurnya kita memang tidak tahu.


Sunday, January 7, 2018

Pelarian...dari jiwa yang tegang.


Anak ni macam mana pun nak ....hahaha
.
banyak soalan .....gemuruh juga hati Ma dia.
pengalaman Ma dia dua bidang lak tu "as a nurse " dan surirumah....Ma dia mati kutu!

peroses pembelajaran anak-anak kan!
belajar ni tak boleh keras-keras, tak leh masuk otak...


Hehe,berbanding ma... dia terlambat mempelajaran ilmu kedapuran dan ilmu menjaga zat makanan. Nikmat memiliki anak ..sejuk mengandungkan seorang demi seorang.

Ilmu tu tak dapat dari dapur persekolahan, kolej dan university.
Bersabar ya sayang untuk jadi insan yang pandai memasak!.

Tuk...tuk...tuk..kenapa Ma arah ketuk bawang dalam lesung!.
Untuk mengekalkan zat dan khasiat makan...no blend2 please!
lagi pun kita tak masak banyak....

Saturday, January 6, 2018

7hb Jan 2018...adik belajar berniaga.





Hari ini saya bersyukurlah...
Anak gadis saya bersetuju untuk berniaga di depan rumah.  Hari pertama Nasi Lemak dah habis dulu...tak ada jual kueh pun.  Cuma nak test ada market ke tak...
jadi saya hanya buat mee hoon goreng dan mee goreng biasa.

Alhamdullilah, rupanya ada gak yang terpandang kehadiran kami disitu.
6.45 pagi Shahirah dah berada dibawah payung....terima kasih lah anak kerana menjadi anak yang berani.  Berniaga bukan hal yang tidak bertamadun dan berdarjat....Berniagalah menjadikan Saidina Khadijah kaya raya dan menjadi isteri nabi yang di sayangi.Berniagalah kerana Allah sambil membantu insan yang memerlukan.

Jadilah dapat gak RM 100 sepagi ni....Lum tolak modal heheh...
Adik kata nak duit hari-hari...jadi kena kerja hari-hari. InsyaAllah, ada rezeki kita...insyaAllah.





Thursday, January 4, 2018

Hari ini....


Jumaat 5hb Jan 2017 @ 17 Rabial akhir 1439.


Di sini hujan mulai dari sebelum subuh lagi.

Biasalah kena tinggal bersama anak-anak.
Jam 5.30 pagi suami saya bergerak meninggalkan rumah.  Dalam hujan...
Masih gelap...Doa saya semoga selamat sampai ke destinasi.
Teringat peristewa 3 hari lalu apabila berita ambulan berlanggar dengan orang awam berlaku lagi.  Tangkai hati saya bergolak kuat, 30hb Mei 1995 kembali di ingatan...Saat ini saya adalah isi perut sebuah ambulan dan terbalik beberapa kali...yang tinggal pada diri saya adalah cacat yang kekal....Di saat saya mengintai berita, bersyukurlah kerana tidak melibatkan kawan-kawan sekerja saya masa lalu tapi berita beberapa hari yang lalu, adalah berita kematian.Sedih sangat....

😍

Mengurus orang tuanya.  Redha setiap perjalanan hidup ini.Ayah memiliki dua anak lelaki sahaja, yang tua harus bertanggung jawab buat ayah nya. Lagi pun kami yang dekat...
Bersyukur kami masih memilik ayah.....Alhamdullliah.

Hujan pagi, kebetulan hari cuti di Negeri Johor tapi.....aktibiti harian harus berjalan seperti biasa.Dalam hujan petus penunggang motorsikal memang tiada pilihan untuk teruskan hidup.  Alhamdullilah,abang menaiki kereta ....dah pun sampai di Bukit Gambir jam 8 lebih pagi tadi.  Dia sempat call, dan berkata dia sempat mendengar Takzirah Subuh berjodol " Ikhlas" .

Heheh....barangkali kerana rindu lah tu!. 😊😊

Bila ayah dah banyak lupa-lupa... sudah tanggung jawab anak sepenuhnya membantu Kan!.  Keizinan dan timbang rasa seorang isteri itu mesti tip top.  Lelaki lemah dengan isteri yang cerewet, insyaAllah saya tidak cerewit mana.  Lagi pun hanya itulah seorang ayah tempat menumpang kasih.  Saya tidak punya ayah melainkan dia.


Terasa sunyi tanpa suami disisi walau pun hanya setengah hari
Terasa sunyi tanpa suami disisi sewaktu dia pergi gail setiap pagi dan petang.
Allah berikan suami bukan untuk di ikat kaki dan tangannya....
Harap-harap dia pandai menjaga dirinya.  Dunia akhir zaman banyak pengaruh luar yang boleh merobik hati,meracun , mengaram,mengula dan mengubat ....kadang-kala mereka  boleh dapat dari orang luar bukan dari isteri yang setia..... begitulah sesudah bercampur gaul ( tah dengan sapa-sapa).  Emmm.....katanya iman lelaki senipis kulit bawang!. (risau juga Kan!).

Harap pandailah memilih. Saya hanya berharap Allah selalu melindungi setiap langkah perjalanan hidupnya. Adat menumpang kasih, selalu percaya sejauh mana dia pergi, kasih itu masih lekat di hatinya.  Selagi dia bergelar suami dan memenuh dan melaksanakan tanggung jawab pada tuhan nya...doa dan restu saya terus titipkan.  Aamin. Alhamdullilah.









Pesan nenek 1...



"Talent atau bakat"

Suka bila anak cucu terdedah di FB...Kecil lagi mereka sudah menunjukan keberanian... berhadapan dengan lenser sudah menunjukan keputusan yang luar biasa. Bila mereka nampak "sporting" itu adalah bonus. Usah memusnahkan semangat mereka dengan kata-kata negatif dan menyimpan bakat mereka kerana kesempitan fikiran kita.
Anak-anak sebegini cukup cerdik, asuh dia dengan baik dan berikan pendedahan, tolong jangan benam bakat mereka...kita selalu buat kesilapan, jangan terus dengan kesilapan....
Kebelakangan ini Che Pah nampak cucu-cucu Che Pah punya pontensi menjadi insan berjaya dari kecil lagi.

"Sense" seorang nenek!. InsyaAllah.





Berginjak dari rasa malu dan buang sifat negatif yang selalu cemas dengan cemohan orang....dia siapa?.
Untuk menjadi manusia yang hampir lengkap persiapkan talent dan bakat anak cucu dari mula...dari sekarang!.