waltz of roses...irama yang mengiring saya menulis malam ini....
Tiba-tiba teringatkan program TV 1 tentang tsunami....
Hold dulu apa yang saya nak tulis ni...
Okey..soalan saya antara 2 nasi dagang ni mana satu Nasi Dagang Terangganu?
A
B
Teka ya!
Kita jumpa malam esok....dengan jawapan ....
Wednesday, October 10, 2018
Monday, October 8, 2018
TEMANKAN SI DIA ...
Apa khabar semua?
Alhamdillah Saya bertambah sihat....tapi dia bimbang.... saya pun bimbang dengan kesihatan diri. Terbaik,bersedia dan melengkapi diri. Paling penting Ubat jangan tertinggal!.
Memulakan perjalanan pagi Rabu 3hb Oct 2018 menuju ke Kuantan.
Ini adalah perjalanan saya yang pertama yang jauh sejak mengidap MINOR STROKE.
Alhamdulllah cuaca baik sepanjang perjalanan kami tiga beranak. Che suami memulakan perjalanan ...
Gambar ini saya klik dalam perjalanan menuju ke Segamat dari Dearah Tangkak.
Jalan Baru, begitu cantik Jalan ini,lama saya tak lalu. Tak lama lepas itu suami menyerahkan setering kenderaan pada Si Bungsu. Saya curi-curi tangkap gambar dia..hehe,takut dia marah!.
Dapat juga candid.....
Terima Kasih adik jadi driver kami!
Malam itu kami bermalam di Hotel Sesion Kuantan.
OK...setakat ini dulu dari saya...
Kita sambung nanti !.
Selamat Malam!
Tuesday, September 18, 2018
Bunga Hutan
Saya namakan LUKISAN ...BUNGA HUTAN.
hadirnya tak siapa yang tahu...Ia ada dalam imiginasi seorang perempuan tua.
Saya mencabar diri untuk tangan kanan yang lemah ini...
Akhirnya dengan berus saya dapat melakar dan mengabadi sebuah kenangan... melukis dalam takdir diri yang lemah. Tangan Kanan saya harus ...bertugas seperti semula.
InsyaAllah.
9 bulan..tak terasa masa bergerak...
Saya terus berusaha melawan sakit kerana saya percaya sakit anugerah dan terselit hikmah yang menjadi rahsia baginya. Hanya dia yang tahu segalanya. Berserah!.
Dia terbang hinggap...
2hb Sept 2018 .... teman karib saya dari Terengganu datang menjenguk.
Bermalam di Teratak Dib Al Qammri semalaman
Semoga sahabat saya Zainab tak serik dan sudi datang lagi.
Terima Kasih Nab...
Ramai kawan...tapi tidak seperti dia,Saadiah dan Y.
Terima Allah kerana hadiahkan penyejuk hati. Mendengar suara...memandang gambar cukuplah bagi saya..semua derita yang ditanggung akan hilang..
Sunday, August 19, 2018
Musim Buah-buah 2
Punya lah menjadi musim rambutan, pulasan kali ini....terhibur saya kali ini...Maklumlah tak ada dusun buah-buahan. Pagi-pagi saya dah keluar rumah....embun masih basah kata orang!.
Buah-buahan yang melempai-lempai ni buat hati saya Terpikat kat kampong Sengkang AWAK!
show to you..jeng..jeng!
Banyak kan?
kusemagat tak termakan....
Akhir nya bagi kat jiran je....
Wednesday, July 25, 2018
Musim Buah-buahan 1.
Musim Durian di kampung.
Kali ini tak dapat rasa durian sangat...ayah mintak tolong jiran punggut....nasiblah...
Ayah tak larat punggut,anak-anak pula tak sanggup ke kebun tiap hari..begitulah keadaannya.
kalau jumpa durian dapatlah merasa.... kalau tak jumpa kami dungak aje tenguk buah yang lebat itu.
Kebetulan hari tu kami dapat durian. Sayu hati saya bila suami mengopek dan mengutamakan saya untuk menjamah durian yang sangat sedap itu.
Aduhai suami...Kenangan tak kan luput dari ingatan...terima kaseh abang.
Sunday, July 22, 2018
Pantai Leka jab!
Dah lama tak keluar...
Hari Aie ajak kami keluar. Aie bawak nasi Lemak..mak bawak ikan bilis dan telur.
Melayan anak-anak.
Lengang...Tak ada seokor monyet pun macam biasa.
Air Laut surut...burung nampak bermain jauh-jauh.
Matahari baru nak mencelah naik...
tenang tiada angin tetapi sejuk dan lembab...sekarang ni musim hujan malam
Ini lah rupanya tempat kami lepak-lepak... tak gah lagi dimata saya.
Mujur Aniq ikut sama
dapatlah nenek bermain-main dengan Aniq.
Aniq yang bad mood pagi ni,terjaga awal ...dia mengantuk mata.
Tak pe lah kita kat sini tak lama pun Aniq
kejab lagi kita balik.
Sunday, June 3, 2018
Pospon
Cuba puasa juga....Gitu gini terpaksa tuang juga. Ingat nak ke
klinik dental selesaikan maasalah dental..dah 3 hari tak sentuh Asprin...pagi ni kaki lembik pulak dan kebas...Dr pesan itu hari .....nak buat Rx dental lepas 4 bulan makan pil berterusan....dah 4 bulan emm tangguh lagi lah lepas raya kot masa ini dah OK.
Ni lah ubat-ubat nya...
Semasa jatuh terlepek.....beginilah rupa tangan kanan saya....
lebam kebiruan.Kata orang serik lah denagn pengalaman ini.
klinik dental selesaikan maasalah dental..dah 3 hari tak sentuh Asprin...pagi ni kaki lembik pulak dan kebas...Dr pesan itu hari .....nak buat Rx dental lepas 4 bulan makan pil berterusan....dah 4 bulan emm tangguh lagi lah lepas raya kot masa ini dah OK.
Ni lah ubat-ubat nya...
Semasa jatuh terlepek.....beginilah rupa tangan kanan saya....
lebam kebiruan.Kata orang serik lah denagn pengalaman ini.
shoknya tidur!
Hujan pagi...
kain baju yang basah dari awal pagi ....saya dah jemor.
tup-tup bergegar guruh di langit...cepat-cepat ambil semula dan sidai dalam je..
Mengaji kejab...susah nak habiskan satu helaian, merangkak,mana mahraj,wakaf,Qalqalah,dan dengung dah lari. Lidah saya masih berat...
suara romantik sudah hilang....hehehe.
Mengharapkan yang terbaik.....Che Pah sembuh sepenuhnya soon!....
Boring, saya cuba layan mata...aleh-aleh rupanya tertidur sampai jam tiga petang.
Nikmat nya!
Saturday, June 2, 2018
Cendawan terkukur
Tak jumpa dah...
Tiba-tiba dia lekat dekat batang Durian Belanda
cuma sikit....
dengan coit gitu saya tak fikir saya gaya kan ...
His.... tambah kementerian kesihatan dah Warning tentang Cendawan beracun,tak jadilah nak buat lauk.
Awas cendawan beracun selalu bikin keliru.
tak pasti jangan cuba makan.
Tart Che Pah
Sejak bermain dengan FB saya sudah menukar gelaran pada Che Pah...emm.
Sejak saya sakit ni sukar pula tuk menaip perkataan Che Pah tu...Haha
Nah cerita hari...
Pagi tadi...saya cuba buat tart....tuk makan sendiri. tapi.....sedih!
Yang pasti, saya belum boleh mengunakan sudu dan garpu.
Berderai air mata,belum pernah tart Che Pah herang herut begitu...
bersabarlah nikmat tangan dan dan jari jemari masih ada...nanti baik..nanti baik!
Ni le rupa tart tadi...jam 8.00 pagi start mengadun ...pukul 10.00 siap.
hehehe....thanks sudi baca!
Sejak saya sakit ni sukar pula tuk menaip perkataan Che Pah tu...Haha
Nah cerita hari...
Pagi tadi...saya cuba buat tart....tuk makan sendiri. tapi.....sedih!
Yang pasti, saya belum boleh mengunakan sudu dan garpu.
Berderai air mata,belum pernah tart Che Pah herang herut begitu...
bersabarlah nikmat tangan dan dan jari jemari masih ada...nanti baik..nanti baik!
Ni le rupa tart tadi...jam 8.00 pagi start mengadun ...pukul 10.00 siap.
hehehe....thanks sudi baca!
Tuesday, May 29, 2018
Ohh...Takdir
Adui teresak-esak saya menangis di buatnya pagi tadi..
Kereta dia hangus sama sekali.
Oh ustaz Azhar Mia
Begitu keaadan nya ...saya merakam kemball kisah dan kejadian 10 tahun lalu.
saya tak boleh padam.Kehilangan teman sekerja.
Kemalangan berlaku hanya 500 meter dari klinik kami. kenderaan Allayarham dilanggar terela.
Mujur ustaz alhamdullilah selamat.
Sekarang Saya tak boleh lagi dengar berita-berita kemalangan begini.
Che Pah....panik awak!
Kereta dia hangus sama sekali.
Oh ustaz Azhar Mia
Begitu keaadan nya ...saya merakam kemball kisah dan kejadian 10 tahun lalu.
saya tak boleh padam.Kehilangan teman sekerja.
Kemalangan berlaku hanya 500 meter dari klinik kami. kenderaan Allayarham dilanggar terela.
Mujur ustaz alhamdullilah selamat.
Sekarang Saya tak boleh lagi dengar berita-berita kemalangan begini.
Che Pah....panik awak!
Monday, May 28, 2018
28 hb April 2018...bola untuk main-main
Genap 4 bulan dah ...
Bak kehilangan haluan.
Kali ini sakit melewati 4 bulan bermula dari 28.2.2018 hingga tarikh....?.
minor stroke.....begitu perjalanan dan tertulis sudah.
Tangan kanan dan jari jemari terpaku keras seolah terputus urat saraf.
Bola kecil mula dibuat permainan tapi se kecik ini bukan penyelamat.
Wednesday, March 7, 2018
Tuesday, January 30, 2018
Trigger finger...1
tangan kanan tak dapat memegang apa-apa objek pun.
tak mampu mendekati anda seperti selalu.
Doa akan kesembuhan saya ya!
insyaAllah pertolongan Allah itu dekat.
Friday, January 19, 2018
Tebang tebu kuala Sawa....
tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi katun
Sireh rampai pinang berseri
sentak peluk tangan kiri..
Bawa AniQ balik kampung Seri Paya Sengkang...untuk jumpa oyang ...
Lama Oyang tak jumpa AniQ ...AniQ buat-buat mahal...saja-saja jerit-jerit takut!.
Ni nenek wangi curi-curi klik gambar...tak ada gambar lawa..
Ni je yang paling lawa!.
Terima Kasih Allah kerana menjaga kami.
Saya pun rasa lega bila pagi-pagi akak Lin sudah tinggalkan message di Hand Phone mengatakan abang Aris dah buka mata dan dah orang disayangnya.
Hujan manik mandi katun
Sireh rampai pinang berseri
sentak peluk tangan kiri..
Bawa AniQ balik kampung Seri Paya Sengkang...untuk jumpa oyang ...
Lama Oyang tak jumpa AniQ ...AniQ buat-buat mahal...saja-saja jerit-jerit takut!.
Ni nenek wangi curi-curi klik gambar...tak ada gambar lawa..
Ni je yang paling lawa!.
Terima Kasih Allah kerana menjaga kami.
Saya pun rasa lega bila pagi-pagi akak Lin sudah tinggalkan message di Hand Phone mengatakan abang Aris dah buka mata dan dah orang disayangnya.
Thursday, January 18, 2018
Cubaan!.
Tadi pagi payung niaga ni terbang...mujur tak ditiup hala ke jalan kalau lah....huhuhu mengakutkan . Kena Adik letakkan batu menindeh payung . Pagi ni angin kuat.
Kami mulakan niaga sejak 7hb Jan 2018 hanya tuk sarapan pagi.
Hari pertama tu kami buat nasi lemak, mee besar, mee tu
Hari ke dua kami tambah Mee Tiew...Ya Allah rugi teruk kami hari itu, sampai jam 10 pagi kami terpasak tutup. berlambak-lambak mee dan nasi lemak tak habis....
Persediaan untuk Hari ke 3...Kami bermesyuarat lagi.
Selepas mesyuarat ini baru kami rasa aman!.
Wednesday, January 10, 2018
Cianlah kucing...
Hari ni dripper buat muka gitu....
Seksi! jelir-jelir lidah. Apa nasib hari ni dapat klik-klik gambar dia orang
ni 3 beranak....tiba je masuk dalam tempat sangkar lama dia. rindu agaknya...sekarang sangkar tu dah jadi tempat tapak semaian lada.
Nampak happy dan manja sesama mereka....
kucing pun tahu berkasih sayang.
Tuesday, January 9, 2018
Apa ada dalam Berita TV kita sekarang ?.
Kami membiarkan berita TV bersiaran. Jarang-jarang pun buka
TV....dah tua , saya
dah terasa tak boleh telan hal-hal sebegini..dah sampai time agaknya.
Berita kemalangan,berita rahsuah, berita nipu-nipu,tangkap-tangkap...Oh tidak!
gayat dengan berita-berita ganas sebegini, seluruh tubuh terasa sakit bila emosi tua saya disentuh.
Tiba-tiba anak muda Che Pah mengarahkan Che Pah tutup TV malam tadi....????
Akhirnya dia yang tutup sendiri.
Benarlah tu ....apa yang arwah abah kata....
Bila Allah buka hati....yang bermusuh berbaik kembali,orang lain makan hati.
Ingatlah.....Apa yang tulis...apa yang dikatakan dulu menjadi saksi disisi Allah.
dah terasa tak boleh telan hal-hal sebegini..dah sampai time agaknya.
Berita kemalangan,berita rahsuah, berita nipu-nipu,tangkap-tangkap...Oh tidak!
gayat dengan berita-berita ganas sebegini, seluruh tubuh terasa sakit bila emosi tua saya disentuh.
Tiba-tiba anak muda Che Pah mengarahkan Che Pah tutup TV malam tadi....????
Akhirnya dia yang tutup sendiri.
Benarlah tu ....apa yang arwah abah kata....
Bila Allah buka hati....yang bermusuh berbaik kembali,orang lain makan hati.
Ingatlah.....Apa yang tulis...apa yang dikatakan dulu menjadi saksi disisi Allah.
Monday, January 8, 2018
Angerik Bulan.....
Lama menunggu dia menyeri halaman...Di saat dia menyeri saya selalu tak sedar..semalam kembang dan mewangi ....tapi gitulah kan Angerik bulan selalu buat saya sedih....dapat jumpa kejab je, tak hilang pun rindu esuknya dah layu.
Begitulah kita selalu melukakan insan lain tanpa kita sedar.
Maaf kalau saya anda anggpkan salah seorang insan yang sebegitu. Kelemahan kita sejujurnya kita memang tidak tahu.
Sunday, January 7, 2018
Pelarian...dari jiwa yang tegang.
Anak ni macam mana pun nak ....hahaha
.
banyak soalan .....gemuruh juga hati Ma dia.
pengalaman Ma dia dua bidang lak tu "as a nurse " dan surirumah....Ma dia mati kutu!
peroses pembelajaran anak-anak kan!
belajar ni tak boleh keras-keras, tak leh masuk otak...
Hehe,berbanding ma... dia terlambat mempelajaran ilmu kedapuran dan ilmu menjaga zat makanan. Nikmat memiliki anak ..sejuk mengandungkan seorang demi seorang.
Ilmu tu tak dapat dari dapur persekolahan, kolej dan university.
Bersabar ya sayang untuk jadi insan yang pandai memasak!.
Tuk...tuk...tuk..kenapa Ma arah ketuk bawang dalam lesung!.
Untuk mengekalkan zat dan khasiat makan...no blend2 please!
lagi pun kita tak masak banyak....
Saturday, January 6, 2018
7hb Jan 2018...adik belajar berniaga.
Hari ini saya bersyukurlah...
Anak gadis saya bersetuju untuk berniaga di depan rumah. Hari pertama Nasi Lemak dah habis dulu...tak ada jual kueh pun. Cuma nak test ada market ke tak...
jadi saya hanya buat mee hoon goreng dan mee goreng biasa.
Alhamdullilah, rupanya ada gak yang terpandang kehadiran kami disitu.
6.45 pagi Shahirah dah berada dibawah payung....terima kasih lah anak kerana menjadi anak yang berani. Berniaga bukan hal yang tidak bertamadun dan berdarjat....Berniagalah menjadikan Saidina Khadijah kaya raya dan menjadi isteri nabi yang di sayangi.Berniagalah kerana Allah sambil membantu insan yang memerlukan.
Jadilah dapat gak RM 100 sepagi ni....Lum tolak modal heheh...
Adik kata nak duit hari-hari...jadi kena kerja hari-hari. InsyaAllah, ada rezeki kita...insyaAllah.
Thursday, January 4, 2018
Hari ini....
Jumaat 5hb Jan 2017 @ 17 Rabial akhir 1439.
Di sini hujan mulai dari sebelum subuh lagi.
Biasalah kena tinggal bersama anak-anak.
Jam 5.30 pagi suami saya bergerak meninggalkan rumah. Dalam hujan...
Masih gelap...Doa saya semoga selamat sampai ke destinasi.
Teringat peristewa 3 hari lalu apabila berita ambulan berlanggar dengan orang awam berlaku lagi. Tangkai hati saya bergolak kuat, 30hb Mei 1995 kembali di ingatan...Saat ini saya adalah isi perut sebuah ambulan dan terbalik beberapa kali...yang tinggal pada diri saya adalah cacat yang kekal....Di saat saya mengintai berita, bersyukurlah kerana tidak melibatkan kawan-kawan sekerja saya masa lalu tapi berita beberapa hari yang lalu, adalah berita kematian.Sedih sangat....
😍
Mengurus orang tuanya. Redha setiap perjalanan hidup ini.Ayah memiliki dua anak lelaki sahaja, yang tua harus bertanggung jawab buat ayah nya. Lagi pun kami yang dekat...
Bersyukur kami masih memilik ayah.....Alhamdullliah.
Hujan pagi, kebetulan hari cuti di Negeri Johor tapi.....aktibiti harian harus berjalan seperti biasa.Dalam hujan petus penunggang motorsikal memang tiada pilihan untuk teruskan hidup. Alhamdullilah,abang menaiki kereta ....dah pun sampai di Bukit Gambir jam 8 lebih pagi tadi. Dia sempat call, dan berkata dia sempat mendengar Takzirah Subuh berjodol " Ikhlas" .
Heheh....barangkali kerana rindu lah tu!. 😊😊
Bila ayah dah banyak lupa-lupa... sudah tanggung jawab anak sepenuhnya membantu Kan!. Keizinan dan timbang rasa seorang isteri itu mesti tip top. Lelaki lemah dengan isteri yang cerewet, insyaAllah saya tidak cerewit mana. Lagi pun hanya itulah seorang ayah tempat menumpang kasih. Saya tidak punya ayah melainkan dia.
Terasa sunyi tanpa suami disisi walau pun hanya setengah hari
Terasa sunyi tanpa suami disisi sewaktu dia pergi gail setiap pagi dan petang.
Allah berikan suami bukan untuk di ikat kaki dan tangannya....
Harap-harap dia pandai menjaga dirinya. Dunia akhir zaman banyak pengaruh luar yang boleh merobik hati,meracun , mengaram,mengula dan mengubat ....kadang-kala mereka boleh dapat dari orang luar bukan dari isteri yang setia..... begitulah sesudah bercampur gaul ( tah dengan sapa-sapa). Emmm.....katanya iman lelaki senipis kulit bawang!. (risau juga Kan!).
Harap pandailah memilih. Saya hanya berharap Allah selalu melindungi setiap langkah perjalanan hidupnya. Adat menumpang kasih, selalu percaya sejauh mana dia pergi, kasih itu masih lekat di hatinya. Selagi dia bergelar suami dan memenuh dan melaksanakan tanggung jawab pada tuhan nya...doa dan restu saya terus titipkan. Aamin. Alhamdullilah.
Pesan nenek 1...
"Talent atau bakat"
Suka bila anak cucu terdedah di FB...Kecil lagi mereka sudah menunjukan keberanian... berhadapan dengan lenser sudah menunjukan keputusan yang luar biasa. Bila mereka nampak "sporting" itu adalah bonus. Usah memusnahkan semangat mereka dengan kata-kata negatif dan menyimpan bakat mereka kerana kesempitan fikiran kita.
Anak-anak sebegini cukup cerdik, asuh dia dengan baik dan berikan pendedahan, tolong jangan benam bakat mereka...kita selalu buat kesilapan, jangan terus dengan kesilapan....
Kebelakangan ini Che Pah nampak cucu-cucu Che Pah punya pontensi menjadi insan berjaya dari kecil lagi.
"Sense" seorang nenek!. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)