27hb Oct 2019
Ahad 29 Safar 1441.....
Saya terkenang.....hanya berberapa hari yang lalu.
Ibu mereka kawan rapat bonda saya masa mudanya..
Nama ibu mereka sering jadi sebutan bonda saya...
Kami akan berbual-bual tentang kawan-kawan bonda...saya hanya angguk melayan bonda.
Kami akan berbual-bual tentang kawan-kawan bonda...saya hanya angguk melayan bonda.
Terfikir nak cari kat mana Cik Gu Rahimah dan Dato Mansur tu!
Batu Pahat begitu luas...akhirnya,bonda semakin uzur ..senyap tak mengharap lagi.
Abang pula sibuk mencari keluarganya sebelah ayah yang terpisah lama,dah 2 tahun abang mencari.Dia sebut nak mencari kerana seorang dah memberitahu anak-anak Cik Gu Rahimah dah berpindah Ke Bangi.Kerani tempat abang dapat menghubungi Cik Salmah anak sulung Cik gu Rahimah...tapi masing-masing tersenyap begitu kerana Bangi tu jauh ke utara
Tapi...
Akhirnya....kami bertemu jua.
Saya sedikit kecewa kerana tak dapat temukan bonda saya dengan ibu mereka semasa ada hayatnya.....
kerana saya baru tahu,kami bercantum menjadi kerabat melalui perkahwin saya dengan abang......
kerana saya baru tahu,kami bercantum menjadi kerabat melalui perkahwin saya dengan abang......
Sebak ..
Bila ingat bonda saya jenis insan yang sayangkan kawan-kawannya.
Mereka berdua ustazah,Ibu guru Besar sekolah ugama aje ...manakala Che Gu Rahimah Guru Pelawat Sekolah Ugama....mereka berpisah kerana Che gu Rahimah berpindah mengikut suami ke Batu Pahat.