Thursday, March 28, 2019

Terima Kasih, Alhamdulilah.

Semuanya baik-baik.
Berat beban saya, berat lagi beban orang lain.
Ketahuilah kasih sayang Allah itu sangat luas dan setiap kali kesempitan saya kembali kepada pertolongannya.

Warkah saya kali ini saya tujukan kepada adik-adik yang membantu....
Terima Kasih semua!.

Staf dan kakitangan Klinik Kesihatan Parit Jawa
kerana memberi pertolongan awal dan nampak keikhlasan semasa bertugas. Allah akan berikan ganjaran nya nanti,insyaAllah,Di Syurga, Aamin...

Terima Kaseh
*En.Bahtiar
*En. Aziz
*Haji Mail....kami pernah terlibat dalam kemalangan Ambulan bersama...Alhamdulilah masih bersahabat dan jadi sedara sepusat sepusing!
*Nas
*Bad
*Dr....
*Jururawat...
*Peg.Farmasi...
Ramai yang terlibat membantu Almarhumah semasa hidupnya....
termasuklah...


*En Mohd.Hafiz Yusof (Peg.Jurupulih anggota) dari Klinik Kesihatan Bakri.
(Maaf en.Hafiz lawatan terakhir gagal kerana Kak Adib dah admit di Wad 10 Hospital Sultanah Fatimah Muar).

Tak sangka begitu begitu pantas masa berlalu dan harus ada perpisahan berlaku.

Tak lupa,sekalong kasih dari kami sekeluarga
untuk pegawai Perubatan, Jururawat dan Kakitangan Wad 10 dan Wad 9 HPSF Muar...Terima Kasih banyak-banyak.

Maafkan Kak Adib kalau ada kesalahan...
Juga untuk Shahirah Amini jika adik ada buat kesilapan.

Doakan Kak Adib indah persadanya bersama insan-insan yang soleh.
InsyaAllah yang kamu beri pertolongan ...pertolongan kepada ahli Syurga Allah.
Kirimkan Fatihah bila teringat...Aamin.

Wednesday, March 27, 2019

Dia kembali kepada pemiliknya.

6hb.3.2019 dia mula sakit.
25hb.3.2019 dia menghabuskan nafas yang terakhir. Sekejab je. (20 Hari).
Dia pergi menjelang hari lahirnya ke 58...29hb.mac 2019..

Kami nampak tanda-tanda kesembuhan..namun Allah lebih sayang dan mengambil tepat seperti janjinya yang pasti.

Kami redha. Kami juga akan di jemput seperti Adibah nanti.Alhamdulliah ketetapan Allah itu cantik kami berempat di terbangkan awal ke bumi Mekah dan Madinah...(19.1.2019 -30.1.2019) dapatlah Amini merawat dan menjaganya ciciknya dengan penuh ketabahan dan kasih sayang.
Tiada tempat bergantung...
sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.
 


Penghuni Syurga Allah.InsyaAllah.
Aamin.