Tarikh yang meninggal kenangan dan sejarah yang tak mungkin terlupakan.
Biarlah gambar yang bercerita!.
Sebenarnya saya tertanya-tanya mana orangnya.
Canggung berada ditempat yang tidak biasa.
Bukit Estar.
Memberi salam...tetapi melihat sekeliling begitu asing.
Tiba-tiba apabila saya menoleh kebelakang, seorang insan kamil meraung sedu tanpa memperduli tetamu sekeliling.
ABANG SAIRAN!....
lalu kembalilah ingatan saya akan sepupu saya Almarhummah Kak Raminah Adnan yang selalu menyebut-yebut nama ini. Rupanya sudah lama tak kedengaran nama anak buah saya ini...dan saya sudah pun melupakan nya...
Saya turut tak dapat membendung airmata. Kami lupa, lalu kami berpelukkan. Dia lebih tua dari saya 5 tahun...dia yang sering menjaga saya bermain kektika saya berada dirumah ibu saudara (Kakak abah ) di Pt. Bulat Muar semasa saya kecil. Menyusup menyasap di bawah rimbunan pohon kopi adalah kegemaran saya. Menangkap ikan di Parit juga menjadi kegemaran saya.....sambil-sambil tu ambil peluang mandi di parit. Hakikatnya yang saya panggil ABANG SAIRANnilah yang menjaga saya. (Sebenarnya dia anak sedara)...stutus kami dah menjadi keluarga 69.
Maaf abang (Suami saya juga ikut terharu ketika ini).
Terima Kasih anakanda Budin kerana mempelawa mak long kerumah abang Sairan tempuh hari.
Syukur, tidak ada perkara yang lebih berharga dari menyambung sulatulrahim keluarga
Alhamdullilah....
Saya juga dipertemukan dengan anak-anak buah yang lain seperti Leman, Budin,Baie,Idah dan Ita.
Sedih....huhuhu.
Cukup dulu cerita saya malam ni ya!.
InsyaAllah kita bertemu lagi...Assalam!.