Tuesday, February 23, 2016

" Diari Latifah" bermula.....

.

Dengan Nama Allah Yanag maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1.  Bukankah kami telah melapangkan dada mu (Muhammad)?.
2.  Dan kami pun telah menurunkan beban daripada mu.
3.  Yang memeratkan tanggungjawab mu.

4.  Dan kami tinggikan sebutan (Nama) mu bahagimu.
5.  Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6.  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7.  Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah
     berkerja keras (untuk urusan yang lain).
8.  Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Saya ambil  terjemahannya dari
Al Mubin Terjemahan Al Hidayah Al Qur'an Al Karim
Tterbitan Al Hidayah House  Qur'an Sdn Bhd.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
 

Apa khabar semua?.

Kita bersama semula ya....di ruang yang baru dengan cerita yang baru.  Cerita lama yang akan masuk ke dalam blog ni....insyaAllah akan dipilih-pilih, maaf lah yang lalu tu ada problem, jadi...hujung Januari yang lalu saya " Close". Bagaimana pun blog Buai Laju-laju Sampai pucuk Atap masih ada..

Saya akan murnikan blog ini perlahan-lahan  dan berperingkat-peringkat kerana  masa untuknya begitu terhad dengan kesibukkan saya setiap hari...Jadual yang padat dengan usia yang menghampiri ke 60 tahun, kudrat dan tenaga saya agak terbatas.

Setiap pagi saya agak stress dengan kebun lada cili yang diusahakan oleh anak sulung saya membantu beliau memetik cili.Tambah-tambah jika melihat lada sudah pun ranum.  Kami kena turun ke Kebun pagi dan petang..






Alhamdullilah....

Aie sanggup Berpanas, berhujan, berpenat lelah untuk mengerjakan tanah tinggalan bonda (Neneknya) daripada kosong dan terabai.  Berkerja keras bersama ayahnya mencipta impian sebagai petani moden.  Berkelulusan Diploma IT dan Kejuruteraan Instrumen, walaupun ditawarkan sebagai pensyarah di sebuah institiusi Pendidikan menolak tawaran dan berazam meneruskan minatnya dibahagian pertanian.  Akhirnya, anak saya memilih perkerja datuk dan neneknya dulu-dulu.  Dapatkah Aie mencipta rekod mengatasi datuk dan neneknya dulu-dulu?.  InsyaAllah, jika tak kenal jemu dan istiqamah...Allah sudah janjikan dalam ayat 8 di atas...emm, itulah  janji Allah.  janji Allah itu pasti jika dekat dengan Allah, meninggalkan perkara yang dilarang sebaliknya menunaikan tanggung jawab seorang muslim dengan redha...Allah akan beri kejayaan.  Fighting Aie!.





Sementara waktu Hafiz dan Shahira dan Faiz turut membantu...terima kasih Hafiz...Segulung Ijazah kejuruteraan Kemikal belum tentu dapat membantu kehidupan yang diimpikan sementara mencapai cita-cita, belajarlah bersusah-susah, kerana hidup adik beradik perlukan bantu membantu dan sokong menyokong.  Adik beradik kena sepakat.

Sekian dulu.  Blog ini adalah blog cerita-cerita keluarga. 

Minta maaf jika anda rasa tidak sesuai untuk tatapan anda, tujuan saya menulis selain untuk menginjak minat dan mengerakkan daya karya saya, saya ingin berkongsi pengalaman,nasihat, dan berpesan-pesan untuk anak-anak sendiri, cucu dan cicit....semoga saya dapat juga membantu anda  dan memyumbang untuk motivasi anak-anak yang lain serta genarasi yang baru, insyaAllah.

Okey...blog ini sedang dalam pembikinan.  Sedang berjingkit-jingkit untuk bergerak.  Anda bersabar ya...rupa dan persembahannya belum cantik...

Malam tadi saya terusik dengan harapan anak saudara saya Amie di Cameron Highland  yang tercari-cari blog kamalati Aida yang hilang...untuk Aime Mak long menulis semula okey!.  Melayan rasa sunyi anak buah dengan sebuah cerita yang biasa...

Terima Kasih semua.  Salam perkenalan.  Sampai jumpa lagi.
 
Wabilahi Taufik, Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.