22 Februari 2012

Cuba Teka!.....

18hb. Feb 2012




Untuk anak-anak Bujang ku yang berada diperantauan....

Masa Tok Unggal buat majlis kerja kahwin baru-baru ini malangnya ketiga-tiga bujang mak tak dapat turut serta.....jadi kali ini mak nak tunjuk sesuatu...





Ta raaaa..........


















Cuba teka...siapa gerangan bergambar bersama mak?
Okey...cari ya!.




29hb. Feb 2012.

Akhirnya mak menyambung kisah yang yang dah pun berlalu. Itulah wajah Ibu Titiek Faridah. Nama ini sudah mak dengar hampir 10 tahun yang lalu. Barulah kini dapat bertemu. Beliau dan suaminya Pak Rahman menetap di Kota Jakarta Indonesia. Dalam pertemuan ini juga anak-anak beliau ikut sama . Disebabkan juruphoto kami hanya seorang remaja berusia 16 tahun...banyaklah saat penting tidak dapat kami rakamkan.

Sedikit dari rakaman peristewa yang bersejarah dari mak kali ini untuk tatapan anak-anak sekelian.

Majlis dimulakan dengan majlis Maulud Nabi, Yassin dan tahlil dan akhir sekali potong jambul.
Para jemputan mulai datanag jam 11.00 tengahari dan mereka dihiburkan dengan persembahan Ghazal. Alhamdullilah kaum keluarga dari jauh dan dekat dapat bersama pada masa yang singkat ini. Mak bagi pehak Tok Unggal dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara mara dan individu yang telah membantu dari awal sehinggalah majlis ini berakhir.

Selamat Pengantin baru Shafik dan Diana dari kami semua semuga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

10 Februari 2012

Sepuluh Kotak













Sudah sepurnama
aku mengira-gira kotak.

Kotak satu sepasang sepatu
biar jauh langkah ku
Kotak dua baju ku
gambaran maruah dan harga diri ku
Kotak kebiruan keunguan
lambang semangat yang mengalir
Kotak ke empat ku isikan cincin
lambang aku terlalu setia akan janji ku.

Kotak oh kotak
mengapakah masih tidak padat
ringan dan berpusing-pusing ?
aku lelah menyusun satu persatu.

Kotak kelima pandai berkata-kata
katanya aku selalu menghampakan
Kotak ke enam kehitaman
menyifatkan aku kotor dan buruk
Kotak ke tujuh penuh rasa benci
tentang diri sendiri
Kotak ke lapan aku simpan kesunyian
resah dan kabur yang bertambah

Dua kotak lagi.......
terselit di satu benua.

Kotak kesembilan bergemerlapan
sedang ku kejar cahayanya
Kotak kesepuluh tolonglah aku
imbangi perasaan kemanusiaan ku ini.

Akhirnya kotak-kotak
yang tersusun ini
membentuk separuh diri ku
dan separuh lagi hanyut tergugah.

09 Februari 2012

Bukit Yang Permai.......






Okey...yang ini sebenarnya dah berlaku awal-awal di bulan 12 yang lalu. MUsim-musim hujan dan banjir. Kami buat program nak ke Felda Bukit Permai. Lamanya aku tak kesana. Bukanlah kerana sombong tapi aral....ada-ada aja yang buat aral.







Pergilah kononnya kali ini. Wah...sesat barat dibuatnya. Entah-entah apa Felda dah kami masuk rupanya bukan...Keluarlah kami semula kejalan besar Simpang Renggam JB. nasib baik pagi itu redup okeylah juga tak lah tertekan sangat.






" Zakiah oh Zakiah! ". aku menyanyi perlahan. kali ini kami memenuh jemputan dari Zakiah. Bapa pengantin Muhammad Shah dah berpuluh tahun tidak pernah ku temui. entah bagaimana rupa parasnya. Akhirnya sampailah aku kerumah almarhum abang Hamzah HJ. Nor (Sepupu Ku). Sekarang rumah itu sudah pun dibaiki dan diduduki oleh anaknya pula.







Wah....rumah-rumah dikawasan ini...cantik-cantiknya.
Macam berada dalam kelumpok orang kaya-kaya. Kagum aku melihat rumah-rumah Melayu semewah itu. Alhamdullilah...dah senang dah orang melayu rupanya.





Terlupa pulak aku nak klik-klik. rumah-rumah cantik tu...huhhh...rugi betul.
Nah...sikit-sikit gambar yang dapat ku klik-klik pagi itu di Bukit yang permai.

















Kami balek ke Muar dalam hujan lebat. Perjalanan yang amat mendebarkan dan penuh dugaan. Menuju ke Kluang dengan berbagai perasaan cemas..musim banjir datang lagi.

Terima kasih kerana mengundang kami sekeluarga. Semoga pasangan pengantin ini berjaya melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat.

05 Februari 2012

Menjejak.....

24hb Jan 2012.......
Inilah kisah yang paling rumit nak dituliskan.
Tak ada modal nak cerita. Tak tahu dari mana nak mula.
Bercerita sesuatu yang asing...kena semangat yang tinggi. Jika tidak hanya tinggal angan-angan.
Senang kata hati ketika itu penuh debaran, maklum sahaja selain tak tahu di mana gerangan tempat kediaman si dia....kami terpaksa mengaku kami pernah menyusur melalui jalan yang bernama Jalan Merdeka Kg. Melayu ini beberapa kali tetapi tidak terjumpa rumah No 59.




Di sebabkan hasrat besar hendak memperkenalkan anak-anak kepada datuk dan nenek saudara mereka, suami ku kuatkan semangat. kami duduk diam-diam didalam kereta demi menjaga moodnya. Tersilap bercakap boleh membuat dia menukar fikiran. Anak-anak nampak sporting beri kerja sama. Akhirnya sampai juga, Alhamdullilah.






Kami disambut mesra. Bapa saudara yang ku panggil abang Moktar ini nama sebenarnya Abdullah. Dari kecil aku sudah terbiasa memanggilnya abang Mokhtar mengikut sepupu ku yang lain. Masa aku kecil-kecil melihat dia sebagai remaja yang kacak berwajah anak cina dan berkulit kemerah-merahan. Akui aku tidak pernah ambil pusing siapa dia, kenapa dia selalu berada disamping keluarga Muar. Maklumlah urusan ku urusan budak-budak dan kawan-kawan sementara dia pula ketika itu sudah pun masuk "line " orang-orang dewasa.





Sebenarnya terus terang aku katakan aku tak tahu dimana dan bagaimana nak memulakan perbualan. Nasiba baik, dia pun bukannya calang-calang orang cepat sahaja mesra dengan suami dan anak-anak ku. Anak Ku Muhammad Khair mula tetarik dengan keramahan dankelembutan atuk yang baru di temuinya pertama kali itu.







Hj. Mokhtar bin Hj. Abd. Rahman......adalah bapa saudara ku yang sebelum ini keluarga ini mendiami bumi Mersing. Bapanya Hj. Abdul Rahman adalah adik lelaki nenek ku Hh. Zainab Muhammad (ibu kepada ibu ku ). Tak banyak yang dapat kami rakamkan kerana pertemuan kali ini hanya pertemuan yang singkat. Harap-harap anak-anak ku merakamkan semua kenangan untuk simpanan yang abadi sehingga akhir hayat nanti. Muga abang Mokhtar dan isteri diperlindung dan diberi kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kami dapat bertemu lagi di suatu masa nanti.


Inilah sebahagian gambar yang dapat saya titipkan dalam blog kali ini. Doakan kami semua sihat dapat bertemu lagi dari tahun ketahun. Biarlah hubongan ini berterusan sehingga ke anak cucu dan cicit kami. InsyaAllah.

03 Februari 2012

Biarlah ada dari tiada......

Sebenarnya banyak yang berlaku sepanjang hujong tahun dan bulan Januari 2012 yang lepas. Jiwa ku meragam entah apa-apa aku sendiri pun tak paham. Semuanya di luar jangkaan. Begitulah yang di tetapkan tuhan. Suka duka silih berganti. Semuanya membuat aku menangis dalam hati. Alhamdullilah, aku berharap tuhan menolong aku mengembalikan ketenteraman agar aku dapat beribadah seperti yang aku mahukan.

kali ini aku ingin mengembalikan kenangan bersama ibu. Seorang ibu yang hilang sebenarnya membawa banyak kesan tinggalan dijiwa. Seorang yang terlalu istemewa. Tiada galang ganti yang boleh menceriakan hidup ku selain dia. pengasih dan penyayang, jarang-jarang berkasar barangkali telah mendidik diri ku menjadi diri ku sekarang.

Oh tuhan..........berikan aku ketenangan.




Menghargai sesuatu yang masih ada. Melihat dia terasa ibu ku masih ada di sisi. Tak banyak yang boleh ku perbuat kerana hidup dia bersama anak-anaknya nampak cukup bahagia. Aku berharap dan berdoa agar tuhan sayang dan melanjutkan usia serta berikan kesihatan yang baik agar aku dapat menatap dan menatap wajahnya dari tahun ketahun....sekali pun tidak dapat menyentuh bahunya aku tetap puas kerana boleh lagi melihat wajahnya dimana-mana. Begitulah satu-satunya sahabat rapat ibu ku memainkan peranan dalam hidup ku. Pendirian yang pelik ini kemungkinan tidak akan dipercayai oleh orang lain........... kadang-kadang memang pun aku lain dari yang lain.








Wahai tuhan, terimakasih atas segalanya. memandang wajahnya semua kesakitan dan kegusaran ku hilang. Alhamdullilah aku kembali berlapang dada. Terasa ibu ku hidup semula. Terasa seperti sedang dipimpin. terasa aku kuat dan bersemangat...

Mak Nie yang ku tatap adalah satu-satunya sahabat baik ibu ku. Memandang dia ibarat menatap ibu yang berdiri dihadapan ku.

Wahai tuhan hanya kau tempat ku tumpahkan isi hati segalanya dan hanya kau yang paling mengerti..... Biarlah dia ada dari yang tiada untuk mengubat rindu-rindu ku yang tak bertepi.

Aku rakamkan kenangan di Majlis Perkahwinan Muhamad Fauzi Mazlan dan Ummu Aiman...anak saudara sepupu yang menjadi detik pertemuan kami yang terkini.




















Terima kasih Haji Mazlan Abdol dan Hajjah Nor Fariza Mohd Noor (Sepupu ku) kerana sudi gambar sama untuk kenang-kenangan.
Untuk Pehatian...Muhammad Hafiz dan Shahirah Amini........
"Inilah diantara ahli keluarga kini yang rapat...bila mak dan ayah dah tak ada jangan sampai putus hubongan persaudaraan "............