Tuesday, September 30, 2025

 Ber tarikh 11hb Sept 2025.....
Kami semua di kejutkan 😂

Mak tiba-tiba kena Minor stroke tangan kanan.
Maksudnya dah hampir 2 bulan kan?
Psyio man dah datang merawat,
Mudah-mudah mak akan sembuh seperti sediakala.

Doakan ya!

Tak sampai hati nak ambil gambar mak nak simpan disini...........
Sorry!

Terima Kasih, anak cucu jauh dan dekat,teman-teman  mak dan jiran sekampung ( Sengkang ) yang telah datang menjenguk.
Sayang kat semua!

Masa tu mak tak boleh bercakap,alhamdulilah sekarang mak dah boleh bercakap dan kita dapat memahami.






Dah lama tinggal memblog dah terlupa nak mula..

Monday, August 4, 2025

Kembali menulis!

Lama betul tak sentuh blog
Kalau fikirkan tak ada sebab pun nak berhenti menulis,
Tapi nak nenulis tu perlukan ketenangan.
 

Deng...deng....deng.... 
Isnin
  26hb july 2025 saudara ISNIN TAWAF jemput keluarga kami ke majlis Perasmian

Stesen Buku Misran/Aminah 
dan 

PENTAS ILMU HAJI ALI HAJI HUSSIN.

Serta pelacaran "Kumpulan Puisi Menghantar Surah"
cerita Pengkarya saudara MOHD ISNIN BIN TAWAF DAN SAUDARA MERBAU BERDARAH.

Di Dewan Bestari SK Sengkang Tangkak Johor.
Majlis di rasmikan oleh Dr Saidul bin Kamarudin,pengarah DEWAN BAHASADAN PUSTAKA,WILAYAH SELATAN.

Bila ramai penulis dan sasterawan yang hadir terasalah kami masuk lubuk balik!
Mereka mengalunkan  Puisi,Syair.menamakan semula candiakawan dan nama-nama besar penulis Dearah Tangkak. 
Nama-nama itu pernah di dengar satu masa dulu. Masa itu masing-masing mengukir nama dearah Muar masa itu.

Bawa mak!
Mak nampak suka hari itu.
Terima Kasih jemput kami!

Friday, March 20, 2020

Saat berkumpul





Hafiz dan ayahnya melayan atuk makan.....macam tak berapa sihat.

Macam-macam ada.....Datang dari KL,segamat,Kuntan dan JB.
Sedap-sedap hidangan yang ada.

Tok perempuan jamu satey!

Terima Kasih Embung...jauh di utara Kulim balik juga ke Kampung.

Terima Kasih semua.
Ada rezeki kita buat tahun ke tahun ya!
Doakan Atuk Ali dan Atuk Arah sihat.


Tahlil Anak Cucu



Abang kata....
"Jadikan rumah ini tempat berkumpul jika atuk dan mak atuk telah pergi.
Atas permintaan atuk mak"






Atuk mak masuk ke hall...2 tahun kebelakang ini atuk mak nampak uzur.Cucu -cucu perempuan dan anak-anak perempuan  di kelumpok ini.






Thursday, March 19, 2020

14hb Mac 2020



Keluarga Imam Hj.Ali Husin berkumpul lagi.
Bukan senang nak kumpulkan semua anak-anak kami ni...ada yang bertugas dan di korentin  dalam pasukan Covid-19.  Bertabahlah lah Hafizah dan along Anuar...kami doakan  agar anda selamat..Hati-hati waktu bertugas.

Tak pe lah...
ada ustaz-ustaz bersama atuk di sini. 
Terima kasih Ustaz Hanif mengepalai Majlis tahlil kali ini....gilir-gilir key!. Banyak Ustaz dalam keluarga Syukur Alhamdulilah.Di perjumpaan yang lain orang lain pulak key!

Atuk senyap je hari tu...ramai anak cucu berserta cicit hadir.  Dia nampak keliru...heheh.
Kali ni dapat kumpulkan lebih kurang 70 orang. Jadilah....Majlis tahlil anak beranak je hajat Tok Arah.

Terima Kasih Semua....
Masing-masing bawa makan dari jauh dan dekat.
Pok De dan Mok De...sayang anda!

Hari ni...19hb Mac 2020...masih dalam perentah Korentin di rumah...harap semua orang patuh ya!

Bersabar,dan beri kerjasama untuk bebas dari rangkaian Covid-19.

Tuesday, November 26, 2019

Mak....

Hai..

mak mertua saya ni ok!
Tengah bercerita dengan saya,tiba-tiba tertangkap gambar dia...
malu juga heheh!
Nasib baik tak kena marah....

Yes Hajah Sahara mak ku!
Morning!



dah dekat 2 tahun mak bongkok macam ni cian mak...bermula dari sakit pinggang.
Doktor kata....
" mak chik jangan buat kerja ,rehatlah sudah tua!"
" mak chik tinggal dengan anak saja!"
Kadang-kadang mak bersunggut kat  doktor yang suruh duduk rumah anak.

Heheh...bila pat ni saya senyum saja.
ni gambar hari Ahad lalu...









mak cantas pokok bunga..Saya nak tolong tolak kereta tolak...dia tak beri!

"alah ringgan je ni!" katanya!

Lihat dari hujong halaman tu!
ringan je katanya!
Jauh tu!








Nanti!
tenguk gambar berikut.....

Jauh ke belakang dia tolak kereta sorong tu,nampak kan?
itulah ibu mertua saya.






















OK cuma setakat ni cerita saya.
ada lagi nak cerita...insyaAllah.