24hb Jan 2012.......

Inilah kisah yang paling rumit nak dituliskan.
Tak ada modal nak cerita. Tak tahu dari mana nak mula.
Bercerita sesuatu yang asing...kena semangat yang tinggi. Jika tidak hanya tinggal angan-angan.
Senang kata hati ketika itu penuh debaran, maklum sahaja selain tak tahu di mana gerangan tempat kediaman si dia....kami terpaksa mengaku kami pernah menyusur melalui jalan yang bernama Jalan Merdeka Kg. Melayu ini beberapa kali tetapi tidak terjumpa rumah No 59.
Di sebabkan

hasrat besar hendak memperkenalkan anak-anak kepada datuk dan nenek saudara mereka, suami ku kuatkan semangat. kami duduk diam-diam didalam kereta demi menjaga moodnya. Tersilap bercakap boleh membuat dia menukar fikiran. Anak-anak nampak sporting beri kerja sama. Akhirnya sampai juga, Alhamdullilah.
Kami disa

mbut mesra. Bapa saudara yang ku panggil abang Moktar ini nama sebenarnya Abdullah. Dari kecil aku sudah terbiasa memanggilnya abang Mokhtar mengikut sepupu ku yang lain. Masa aku kecil-kecil melihat dia sebagai remaja yang kacak berwajah anak cina dan berkulit kemerah-merahan. Akui aku tidak pernah ambil pusing siapa dia, kenapa dia selalu berada disamping keluarga Muar. Maklumlah urusan ku urusan budak-budak dan kawan-kawan sementara dia pula ketika itu sudah pun masuk "line " orang-orang dewasa.

Sebenarnya terus terang aku katakan aku tak tahu dimana dan bagaimana nak memulakan perbualan. Nasiba baik, dia pun bukannya calang-calang orang cepat sahaja mesra dengan suami dan anak-anak ku. Anak Ku Muhammad Khair mula tetarik dengan keramahan dankelembutan atuk yang baru di temuinya pertama kali itu.

Hj. Mokhtar bin Hj. Abd. Rahman......adalah bapa saudara ku yang sebelum ini keluarga ini mendiami bumi Mersing. Bapanya Hj. Abdul Rahman adalah adik lelaki nenek ku Hh. Zainab Muhammad (ibu kepada ibu ku ). Tak banyak yang dapat kami rakamkan kerana pertemuan kali ini hanya pertemuan yang singkat. Harap-harap anak-anak ku merakamkan semua kenangan untuk simpanan yang abadi sehingga akhir hayat nanti. Muga abang Mokhtar dan isteri diperlindung dan diberi kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kami dapat bertemu lagi di suatu masa nanti.
Inilah sebahagian gambar yang dapat saya titipkan dalam blog kali ini. Doakan kami semua sihat dapat bertemu lagi dari tahun ketahun. Biarlah hubongan ini berterusan sehingga ke anak cucu dan cicit kami. InsyaAllah.
0 Input/Saranan:
Catat Ulasan