28 Januari 2012

Sebuah Perjanjian

Ledakkan yang mendap sebegini
dengan warna-warnanya ibarat pelangi
membuat pagi ku muram begitu dingin
burung yang berkicau di ranting
rupanya menangis menantap awan
menjadi penghibur resah malam semalam.

Dimana berada sebuah ingatan
setiap terbit matahari
selepas terbenamnya dia di ufuk barat
perkataan itu
menjadi sumbu pelita yang hangus.

Aku biarkan gerak ini
lalu saja tanpa titik perhentian
sambil melambai salam kosong
buat sebuah perjanjian hidup
yang entah bagaimana.

0 Input/Saranan: