25 Januari 2012

Menjenguk ke Felda Bukit Permai


Wajah cerianya menjadi ingatan ku. Kali ini aku tidak nampak satu pun dari anak-anaknya mewarisi wajahnya. Peramah dan lincah. Dia memang kerap menghiburkan hati ku. Kecil dan ligat selain akan menjadi kawan berlari dan bersama team adik-adik dan sepupu ku bermain bola sepak. Waktu dia sakit, waktu dia berkahwin baru , waktu dia meninggalkan aku ada-ada sahaja yang menjadikan rintangan untuk tidak dapat menjenguk walaupn seketika. Tiba-tiba berita kehilangan merentap seluruh jiwa raga ku.



Abang Am atau Hamzah Hj. Nor (Abang Sepupu ) meninggalkan ramai anak. Begitu malang aku tidak pernah mengenali mereka setelah kami semua sama membesar. Aku hanya tahu anak yang bernama Md Shah tetapi tidak kenal pada wajah. Begitu juga adik-adiknya nama pun aku tak tahu. Lebih 30 tahun tidak pernah ku jejak Felda Bukit Permai. Beberapa ketika hanya suami ku yang menjejak Felda ini demi tugasnya,pun 20 tahun yang lalu. Dalam perjalanan menjejak Felda Bukit Permai kali ini kami sesat jalan. Tidak mengapa akhirnya kami sampai juga.


18hb Disembar 2011 menjadi sejarah dalam hidup ku apabila kami dapat menjejak Felda Bukit Permai yang elah pun berubah wajah. Satu ketika dulu ketika aku menjenguk abang dan anak-anak...rumah abang hanya rumah papan dan kini telah didiami oleh nakanya Md. Shah dan menjadi sebuah rumah batu yang besar dan cantik. Sekeliling Felda berdiri rumah-rumah cantik dan mewah. Setiap rumah memileki kereta di halaman.
Terasa berada dalam kelompok kehidupan orang-orang kaya. Jika dibandingkan dengan rumah milek ku barangkali yang corot itu milek ku.

Apa yang berarti dalam perjalanan aku pada tarikh ini adalah detik aku mengenali anak-anak abang Am. Walaupun aku mengharapkan untuk berjumpa kesemua anak-anak abang Am yang ada, kali ini aku hanya dapat menemukan 3 dari memreka kerana ada setengahnya tidak dapat balek meraikan majlis perkahwinan Muaazim Shah dan Nurul Fatihah cucu saudara . Muaazim adalah anak kepada Muhammad Shah.

"Terima kasih Zakiah kerana menjemput Mak long sekeluarga ".
Kecangihan teknologi sebenarnya telah menghubongkan kami. Alhamdullilah.

Dalam majlis ini dapat ku temui beberapa orang sepupu. Bagaimana pun disebabkan sibuk bercakap kami maklumlah kami jarang-jarang berjumpa....lupa ambil gambar. Jumpa kak Wok isteri abang Khasran dan anak-anaknya...Orang yang ku tunggu-tunggu Kak Mon Rahmat tak dapat ku jumpa kali ini. Kami seliseh jalan.

Inilah sedikit gambar kenangan yang dapat kami rakamkan dalam cerita ku kali ini:






















0 Input/Saranan: