14 Januari 2012

Detik 2011 di Gemencih.


Menyambung lagi detik-detik 2011 yang pergi dengan berbagai cerita.
kali ini aku ingin ceritakan perjalanan keluarga kami ke Gemenceh Nageri sembilan.

Hujan renyai mengiring perjalanan kami. perjalanan menemukan kami pemandangan yang indah sebuah gunung. Barangkali kaki gunung Ledang kerana kami menyusuri jalan Tangkak ke Segamat.



Anak buah dari Kulim ikut sama Azim dan adiknya Ain. Adik suami ku Nor turut serta dalam kereta kami. Rioh rendah suara Azim bercakap...dan akhirnya senyap rupanya tertidur di pangkuan ibunya.





Hujan renyai sekejab-sekejab membuat kami sampai ketika masih awal Majlis Perkahwinan anak kepada Kak Jameah Tambi Kadir. Terasa lega sekali pun terlajak dan hilang arah kerana pertama kali kami bertandaang ke sini.







Bersambung keakraban keluarga Sahara dan Esah sebaik sahaja kami jejaki Rumah Rakyat Gemencih ini. Alhamdulilah.

Sekitar kemesraan yang mengamit kami sekeluarga dari keluarga Mak Esah.

0 Input/Saranan: