19 Disember 2011

Dakwat Biru ku....Celoreng Biru mu



Kau...
Biarkan aku bersendiri
bernafas bebas
meregang tangan menguis angin
asal saja aku.....
leka bermain daun
menarik buih melarik impian
dan kita bersatu dalam mimpi itu.

Kau....kau......kau.
Memori dakwat biru ku celoreng biru mu
bermula dari bangku usang itu.


kau...
usahlah sengaja menariknya
aku akan tersungkur dihujong sepatu mu
melutut dikaki mu
dan
dari detik itu
terlakar rindu
dari sekeping hati.

Kau...
dari kejauhan
aku tidak pernah jemu menghidu
bayang dan darah mu
sedang Kau...
sudah pun melupakan
cerita sebuah bangku tua.

Kau...
Sekujur tubuh ku berdoa
biar daun dan embun menjadi ubat mu
sungai yang mengalir menyampaikan salam ku
awan yang berarak menjadi teman mu

Kau ...
nanti bila pulang
akan ku hidangkan kamu
secawan kopi sesudu susu
menjadi ingatan dakwat biru ku
mengalir menjadi darah mu
kopi hitam dan pahit
susu yang putih dan manis
menjadi manisan dan kesugulan ku berbaur.

01 Disember 2011

Aduh! Katak Berendam..


Seminggu dua ni kejab-kejab hujan....reda....kang hujan lagi. Orang Muar memang risau musim-musim hujan ni.... Banjir.
Kebun-kebun kelapa sawit kami berendam kalau kat tempat yang mempunyai pendahuluan nya perkataan Parit....Tak ada parit yang selamat dari sesak dengan kuantiti air, silap-silap mencecah sebulan dua air duduk termenung.





Hujan yang jatuh dari atas bukit Pt. Jamil dan Bukit Mor itu bukan boleh dijangka.Kejab sahaja dia menuruni bukit , bergulong-gulung masuk keParit.. Orang Ulu Jamil sudah mula resah...orang Pt. Jawa Pekan sebahagiannya sudah mula gulung tilam junjung atas almari. Mintak-mintak janganlah banjir tahun ini anak sawit baru aje di tanam. Risau juga perasaan ku maklumlah dah bermodal-modal.

Bunyi katak memang tak diam. Baik, pagi, baik petang sentiasa berirama disana sini. Aduh! Katak Berendam semakin banyak. Tak jemu-jemu memanggil hujan. Semak belakang rumah aku semakin tinggi. Aduhai Apek....tuan punya tanah dari padang dah jadi sawah lalang. Macam-macam bunyi burung diam disitu. Burung Kuak-kuak, Burung Bubut, Burung hantu dah rioh rendah buat sarang. En. Enjang pun ada....Adoi itulah yang menakutkan aku. Lembab-lembab kat tanah tu kadang buat dia merayap mencari-cari sang katak.

Ingat musim-musim hujan dan banjir ini dulu-dulu staf Klinik macam aku ni selalunya cuti kena beku. Tak boleh cuti wak.....merana!. ha...sebulan dah tentu. Melepaslah kalau nak makan angin kemana-mana. Makan hatilah dibuatnya. Boss pun sama nasib macam kita. Adil!. Semua standby kek..kek..kek.

Kisah bertugas semasa banjir memang tak dapat ku lupa. Dis 1983 masa itu aku bertugas diFelda Jerangau Ulu Terengganu. Memang kawasan itu tiap-tiap tahun mesti banjir sampai sekarang...tetapi tahun itu sangat besar banjirnya. Pupus balai Polis dibuatnya. Pagar-pagar dawai tak boleh cakaplah semuanya rata...pokok-pokok kelapa tinggal pucuk...Tiang-tiang letrik dan talipon banyak yang rebah. Merasalah pakai lilin dimalam hari. Masa itu kenalah bertugas dimalam hari standby di Klinik takut-takut ada kecemasan....orang lemas ke...dipatuk ular ke...kena paku dan macam hal boleh berlaku.

Siang hari pula aku kena keluar. Yang tinggal hanya bidan dan penolong jururawat di klinik. Kami kena naik bot membuat suntikan dari rumah kerumah. Orang-orang disitu memang tidak mahu berpindah masa itu...sanggup mereka tidur dan diam dalam kandang kambing. Aduh...aku kena mendaki tangga yang selalu dipakai dik kambing yang lecin dan curam...rasa putus nyawa ku gayat.
Bersahaja betul mereka-mereka tu...tak kisah pun pada bau2 . Mahu tak mahu aku kena juga beri suntikan TAB. Siapa tak bimbang kalau mereka sakit ...terutama kena wabak yang satu tu Taun, melarat karang mati aku kena soal siasat...
Ha....kalau ada yang demam siap tak tidur aku dibuatnya, terutama kanak-kanak. Suka tak suka..kena tengking atau di angkat parang panjang sekali pun aku memang tak boleh tahan...mesti angkut pergi ke Hospital.... mati kat situ kang siapa nak jawab...Aku juga yang kena jawab.

Masa inilah aku melihat benda yang pelek-pelek. Lembu,Kucing dan kambing berenang untuk menyelamatkan diri. Aku juga bertemu dengan kumpulan Pacat yang banyak ...eeee....geli betul dan menakutkan, gedik..gedik ..gedik bukan sikit banyak betul ketika aku menyusur jalan dialur-alur banir pokok ditepi belukar menuju ke tempat kediaman " patient". Itulah pertama kali aku melihatnya.

Di mana-mana ada saja Lintah. Teman-teman ku berpesan" baik-baik SN jangan sampai dia masuk ke bot (Kasut) yang kami pakai ...tak sedar, tiba-tiba berdarah keluar dan tidak henti-henti . Maknanya lintah dah dapat hisap darah Kita". Meremang bulu tenguk ku mendengar kata-kata itu.
Badan kami, kami sapu sedikit LMS biar bau-bau ubat sikit supaya tidak didekati nyamuk atau binatang kecil yang mengigit. Hanya usaha kalau nak kena, kena juga. Mujur kami semua selalu selamat dalam setiap misi.

Dalam sibuk-sibuk mencari jalan potong untuk balek ke Klinik kenderaaan kami tersangkut dan terbenam di pinggir hutan. Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya kami. Masa itu kawasan Felda itu memang pun tempat Pak Belang bermain. Oleh sebab semua orang mesti melalui jalan yang hanya satu di musim-musim begitu ...Alhamdullialah , ada lah yang tersempak serta menolong kami. Pegawai keselamatan abang-abang Celoreng yang gagah. Mereka memang cekap dan kuat. Betullah kata orang tulang mereka tulang besi hehehe...

Itu cerita di Terengganu. Di Seri Medan lebih kurang sama juga ceritanya. Bila kata banjir sahaja kami sudah sediakan senarai nama ibu-ibu yang mengandung. Cukup bulan ke atau baru mengandung mereka ini yang harus di tempatkan di Pusat Pemindahan lebih awal. Jika tidak aku pening kepala, buat dia beranak dalam rumah dan berkeadaan banjir itu pula macamana?.
tetapi biasalah bukan semua ikut cakap " Misi."...berbueh kita bercakap sikap degil tetap ada...Nah apa lagi air semakin naik, berani tak berani aku kena turut mereka nun di ceruk2 Pt. Betaling sana dengan bot. Aku bukannya tahu berenang...dalam bot bukannya ada"safety jecket " pun ...terjun botol sahaja aku bertugas masa itu. Kalau bot karam dengan aku-aku juga karam dalam lautan air banjir.

Aku bercerita ini sebab teringatkan kawan-kawan yang cuti-cuti mereka sekarang dah pun dibekukan. Kesihan atas sebab bersiap sedia dengan banjir. Hujan pulak sekejab datang sekejab pergi tetapi lebatnya bukan main lagi . Langit pulak tiba-tiba sahaja dari mendung kejab aja dah jadi gelap. Hai...silap-silap bertugas lagi teman-teman ku macam tahun lalu. "SN Soknah and the Gang"..."Sis Fauziah and The Gang".....bersedia takut-takut pisang berbuah dua kali.

Selamat bertugas semua teman-teman. Berhati-hati semasa bertugas. Utamakan keselamatan diri.