Selam
Kali ini aku ingin menulis tentang Kibas. Terasa terangsang untuk memberitahu kepada anak-anak ku Muhammad Khair, Hafiz, Faiz dan Shahirah Amini cerita disebalek pertemuan kami dengan Kibas 62. Masa memileh Kibas 62 seminggu yang lalu. Aku dan suami begitu teruja. Bilangan Kibas masa itu begitu terhad dan kebanyakkannya sudah pun bernombor di ponggong. Dengan kibas yang sama besar, sama rupa dan sama warna terasa amat sukar untuk memileh. Suami ku lebih biasa memileh berbanding dengan aku. Aku seronok betul apabila kami dapati setelah kami memileh Kibas, kami dapat rasakan Kibas yang dipileh seolah-olah tahu kami datang untuk menjadikan dia korban kali ini. Selepas terpileh dia berjalan perlahan paling akhir dalam kumpulannya didepan kami dan bersendiri sambil matanya melirik. Aku betul-betul terharu dan terkedu. Di hati seperti disematkan perasaan amat tenang melihat gelagat Kibas yang seperti redza untuk diKorbankan kali ini.
Indahnya perasaan memang tidak dapat digambarkan terasa seolah-olah hubungan kami dengan Kibas itu sangat rapat dan kasih sayang telah tumpah 100% kepadanya.... Seakan-akan kami sudah pun kenal lama....
A
Aku ingin berpesan kepada anak-anak ku........
"Usia kita semakin bertambah dan mak dan ayah semakin tua. Mudah-muahan anak-anak mak memahami mengapa ibadah korban itu adalah amat penting. Sebenarnya untuk pengetahuan anak-anak dalam harta dan rezki kita perolehi dari Allah ada sedikit hak orang lain disitu. Jangan ambil hak orang lain jika inginkan ketenangan dihati."
Akhirnya aku ingin pandukan anak-anak ku semua, jika ingin membuat korban pastikan dari sumber yang halal. (Kambing, lembu, kerbau cukup umur 2 tahun sementara kibas berumur setahun masuk ke 2). yang cukup umur dan tidak meragut hasil tanaman orang dan terbiar. Kambing atau ternakan lembu yang sihat dan tidak berpenyakit. Mesti disertai dengan niat. Sebaik-baik amalan tidak memotong kuku, bulu atau rambut mulai 1hb.Zulhijah hingga kehari penyembilehan dijalankan pada 10, 11,12,13. Anak-anak juga mesti ingat selepas makan daging,tulang-tulang ternakan yang di korban harus ditanam supaya tulang-tulang itu tidak dimakan dan digonggong anjing dan kucing.
Ya Allah, terimalah ibadah kami dan segala pahalanya dari ibadah ini kami hadiah kepada ayahanda Hj.Kamarudin Hj. Salleh dan bonda Hjh. Radziah bt Ibrahim . Amin.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan