10 November 2011

Hanya Beberapa Minit dalam setahun......

Bila aku menung memikirkan tentang diri, terasa benarlah kekurangan diri ku berbanding dengan orang tua ku. Almarhum abah kalau pasal sudara mara memang nombor satu dalam hidupnya. Sessekali kenduri kendara penuh rumahnya dengan sanak saudara. minggu ini singgah rumah wak Amin...esuk dengar dia jengah Wak Ali. Aku hanya pernah dengar nama-nama itu disebut satu persatu...wajah-wajah mereka itu aku selalu keliru. Wajah seakan-akan, bentuk badan yang tegap-tegap, ketinggian yang hampir sama ditambah pula semua mereka berbahasa jawa menjadikan minda ku kurang cekap menangkap dan mengecam.

Peluang yang diberi dengan rezki yang lebih kali ini aku dan adik-adik serta anak-anak adik ku Dr. S menyusur masuk ke kampong-kampong sekitar dimana kami dapat agihkan daging kambing korban. Mencari siapa yang perlu diagihkan membuat aku tercari-cari siapakah diantara mereka yang layak.

Akhirnya kami singgah kerumah Kak Mah yang tinggal bersendiri. Kesihan sungguh rupanya dia tertunggu-tunggu daging korban dari keluarga kami. Aku terharu bila dia menyangka daging korban dari orang lain sebelum itu adalah daging korban dari keluarga kami. Kami berbual sekejab sangat, tak sempat pun masuk kedalam dia sudah berbesar hati. Insafnya aku kerana aku bukan seperti almarhum abah yang lembut melayan saudara maranya dan sangat disayangi oleh mereka.

Kami bergerak lagi sambil menunjukkan rumah-rumah kecil kepunyaan saudara mara. Ada yang hidup tidak mempunyai anak tetapi masih gagah semangat miski pun umur sudah menjangkau 70han ( Mak Cik Saniah namanya ). Miski tinggal dirumah kecil dan PPRT itu dialah satu-satunya mak saudara yang datang beraya kerumah ku sewaktu raya adidil fitri baru-baru ini. Sepatut aku yang menziarahi dia...apa yang berlaku adalah sebaleknya. Sekali lagi kami berbual-bual dekat pintu sahaja kali ini hanya beberapa minit.

Selepas menusuri jalansimpang 4 Pt. Jamil kami menghala ke Pt. Bulat Darat mencari rumah Sanimah Satari anak saudara kami .....rupa-rupanya kami terlajak dan kami teruskan perjalanan ke rumah Almarhum Abang Jalil dan keluarga. Melihat ahli keluarga yang ramai aku seakan mahu sahaja duduk berbual-bual tetapi hari semakin petang adik ku Dr. S sudah pun nak balek ke KL. Terlanjur nak menuju rumah Kamil Sepupu ku kami memotong jalan dalam. Berhenti seketika di Lorong Salleh disitu sambil memberitahu anak-anak saudara ku Sofea Amira dan Safra Marsha .......inilah kawasan tanah penorekaan allmarhum Datuk Yaie Hj. Salleh @ Senawi Hj. Salleh dan penolong-penolongnya. Disini juga terletaknya tanah pusaka Allmarhum abang Ismail Hj. Adnan (ISBIHA). Aku amat berharap anak-anak buah ku dari zuriat Abang Ismail dapat menjaga tanah-tanah dikawasan ini dengan baik kerana hanya itu sahaja yang tinggal untuk kita banggakan dan bukti Hj. Sallleh@ Senawi Bin Hj. Salleh itu ujud dan meneroka kawasan itu. Kami melepasi Pt.Nawi ( Diambil sempena nama Kedua Hj. Salleh...Senawi ) tetapi tidak menyusur nya kerana kesuntukkan masa dan singgah di rumah kamil.

Dalam perjalanan yang hanya beberapa minit dari rumah kerumah itu aku juga mengembalikan mememori adik Dr. S kepada ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemunya seperti Wak Ru, kak Misah, abg Syukur dan lain-lain yang mereka samasekali tidak melupakan S pada nama tetapi lupa pada wajahnya.

Alhamdullilah. Sekalipun hanya beberapa minit dalam setahun , kami dapat juga bertemu kerana hikmah Ibadah korban kali ini.
Dihati kami sedih dengan seribu kenangan manis bersama abah dan ibu kami, di saat ini lebih terasa kerana keluarga kami mulai berpecah dan semakin jauh tidak seperti mana ketika ibu dan abah masih ada. Kami masih kenal warga tua yang ada tetapi mereka pun sudah tidak kenalkan kami apalagi anak cucu mereka.
Dengan hanya beberapa minit dalam setahun mungkin menjadi kenangan manis kepada mereka dan mungkin juga menjadi kenangan pahit kerana beberapa minit dalam setahun itu sebenarnya tiada nilai dan kemesraan dihati mereka. Ianya kelihatan sangat sombong barangkali dimata mereka.Beberapa minit dalam setahun itu sungguh kurang sopan jika dinilai dari contoh tauladan dari abah dan ibu.
Tetapi aku dan adik-adik hanya punya beberapa minit dalam setahun.....dari tahun ketahun...

Hanya beberapa minit dalam setahun tu sebenarnya membuat aku bangga kerana kami sendiri menghadiahkan simbul kasihsayang abah dan i bu kepada saudaranya, sahabatnya dan orang miskin yang selalu dihatinya.
Semoga beberapa minit dalam setahun kali ini mempunyai nilai kerohanian yang tinggi buat anak-anak ku Khair, Hafiz, Faiz dan Shahira....Anak-anak buah ku Sopea Amira dan Safra Marsa dan anak-anak buah ku yang lain (For All Izzat....x 6 dan Husna di KL ).

Anak-anak ku, Pilehlah hidup paling sempurna,tidak sombong dan selalu pandang kebawah jika sudah sampai kepuncak. kebahagian kita kadang kala dari doa-doa orang yang maseh sayang dan hormat atas ketinggian budibahasa dan hati budi. Cubalah menjadi insan yang manis dimulut dan manis dihati.

Hanya beberapa minit dalam setahun .....kita mulai dinilai..................

0 Input/Saranan: