
Cerita pasal pintu diketuk kuat telah mengingatkan aku kepada satu peristewa.
Ianya berlalu sewaktu aku bertugas di Pusat kesihatan Sri. Medan sekitar tahun 80han dulu. Sebagai Staff Nurse on call. Waktu itu aku belum lagi mempunyai pengalaman dan Latihan perbidanan tetapi dimasa itu keadaan disitu memerlukan aku bersedia dengan sebarang keadaan dan kecemasan sekalipun aku tidak ada kemahiran menyambut bayi.
Tidak ramai Staf nurse yang ada perbidanan ditempatkan diklinik-klinik kerajaan . Oleh kerana kekurangan staf mahu tidak mahu aku akan hadir mengendalikan kes dan belajar daripada bidan-bidan kerajaan yang ku selia . Bilangan Jururawat desa juga begitu kurang dengan hidup dikawasan pendalaman memaksa kami berani kerana mengambil mandat dari Kementerian kesihatan Malaysia untuk menyelesaikan apa-apa masalaah berkaitan kesihatan dikawasan kami mengikut ilmu yang ada didada.
Kerap jugalah aku balek makan tengahari. Sendiri masak,sendiri makan, sendiri kemas dan pergi kerja semula jam 2.00 petang.
Suami pulak balek agak lewat kerana dia seorang guru. Terasa sunyi biasalah bagi ku. Begitulah selalunya. Kadang-kadang kami hanya berjumpa diwaktu malam. Eluk-eluk dia balek rumah aku pulak keluar kerana ada kes. Tidak kiralah kes apa pun baik kes OPD atau kes aku sendiri memerlukan ketahanan fizikal dan berkerja lebih masa. Nak buat macam mana dah tugas.
Teringatlah satu peristewa. Kisah ini berlaku sewaktu aku balik makan tengahari. Oleh kerana kami tinggal dikawasan yang selamat , aku akuilah aku memang cuai. Masuk kerumah tidak langsung mengunci pintu. Rumah staf rapat-rapat dan berkembar sebenarnya membuat aku tidak telintas di kepala apa-apa pun bahayanya. Nak jadi hal hari itu aku memang pun tidak kunci pintu. Selepas makan dan bersembahyang aku menyarung Uniform dan keluar keruang tamu. Belum sempat aku zipkan belakang baju ku tiba-tiba sebuah ketukkan kuat bergema dipintu ku. Oleh sebab terlalu kuat dengan pengetuk pintu itu sekali terus tersungkur dipintu ku. Terkejut beruk aku dibuatnya. Menjerit sakan macam diserang hantu. Cina yang mengetuk pintu rumah bangun dan berdiri tegak tergamam. Aku cepat-cepat menarik zip baju ku kemudiannya. Cina separuh umur itu sudah tidak boleh berkata-kata....
" Oyo Misi....Ayo tolong Misi " Gelagat resah berjalan kedepan kebelakang dengan tangan dikepala tergaru-garu. Jiran-jiran aku sudah bertempiar menuju rumah ku kerana jerit ku yang kuat tadi. Cina yang tadi nampak hilang arah tiba-tiba duduk dibibir pintu.
" Apa hal ". Abang Mahdi pemandu menenangkan cina separuh umur itu. Abang mahadi macam ada ilmu dapat saiko kan cina yang tercunggap-cunggap ketakutan.
" Sudah beranaklah.....".
" bini aku dalam kereta ".
Kami berpandang-pandang sesama sendiri.
" Ha?. Mana?. ". Kami sekali lagi mencari-cari kereta. Tak ada satu kereta pun dihadapan rumah kami.
" Sana "....sambil tangannya menunjuk arah klinik.
Kami berlari masuk keperkarangan Klinik. Rupanya dalam keadaan panik suami nyonya Pt. Warijo sudah pun tinggalkan dia seorang diri dalam kereta depan klinik kami.
Aku waktu itu terkejut kerana tidak nampak bayi pun yang keluar. Satu bungkusan keputihan membulat terletak pada set belakang kereta.
" Tak ada pun! ". Aku bertambah bimbang.
Ya..Allah aku betul-betul ketakutan rupa-rupanya bayi keluar dengan sarung mentoban. Aku cuba mencubit sarung itu untuk mengeluarkan bayi. Tidak boleh. Semua alatan didalam klinik. Bidan pula tinggal di luar. aku terus membelek-belek rupanya ada bahagian yang telah pun terkoyak di tenguk bayi. Aku terus koyak...bayi keluar tetapi tidak menangis. Nasib baik aku pernah melihat bidan memyambut bayi. Dalam keadaan cemas itu akhirnya bayi menangis. Bidan mengambil aleh tugas-tugas selanjutnya kerana dia lebih mahir berbanding aku.
Dalam cerita aku kali ini Pertamanya.....
Aku nak memberitahu sesiapa sahaja berhati-hati dengan pintu rumah. Kunci rapat dan selak jika anda ada didalam miskipun ditempat paling selamat. Malang tak berbau. Dalam cerita ku tadi nasib baik aku sudah pun menyarung uniform tetapi belum lengkap....aku tak boleh bayangkan jika aku belum sedia beruniform sudah tentu cerita lain yang timbul. Begitu juga jika si pengetuk pintu itu orang gila atau penjenayah yang sesak bukankah kita betul-betul terdedah kepada bahaya.
Yang kedua.........
Aku nak mengingatkan staf dan pengamal Kejururawatan, mesti selalu bersedia dan kerja jangan berkira. Dalam contoh tadi jika aku tidak selalu ikut dan berkerjasama dengan bidan tua di klinik ku itu sudah pasti aku hilang akal...apa kata suami dan nyonya yang bersalin tentang profesion ku sebagai seorang jururawat. Kadang-kadang perkerja bawahan masih boleh dijadikan guru yang sangat baik dalam tugasan. Oleh itu elakkan dari perangai sombong dan berkira dalam tugas. Mesti ringan tulang dan membantu teman kerana siapa tahu satu waktu kita akan diduga, masa-masa kritikal begitu sekurang-kurang ada tempat berkongsi pandangan dan fikiran . Begitulah nilainya perkongsian ilmu.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan