15 November 2011

Amboi...Amboi.... Cantik!


Dup...Dup..Dup ketukan pintu semakin kuat. Hallow...Hallow ....jeritnya semakin kuat.
Hangat aku dibuatnya. Tak beradap sungguh. Ya Allah...Siapa gerangan dibalek pintu yang tidak tahu bersopan santun itu tanya hati ku.

Anak ku Faiz dari bilek belakang menjawab salam. Dia tak jelas dan kelam kabut mengejar bila mendengar orang menjerit-jerit. Kami memang jarang-jarang buka pintu bila ada orang memberi salam. Maklumlah tak tahu siapa yang datang. Apa -apa pun dah biasa kami buka tingkap sahaja ,jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka kami masih berada dalam rumah.

"Saya mahu punggut derma ..untuk ini orang. ". Sambil dia menunjuk senaskah fail dan gambar-gambar seorang insan yang ? kurang upaya..? kurang akal (gila). Satu rumah 5 ringgit.

" Amboi...tetapkan pulak bayaran ". Aku makin hangat. Sudahlah tak bersopan menetapkan pulak berapa nak bayar. Amboi..amboi cantik!.

Dari Petaling Jaya, aku mereling surat kebenaran ada lambang Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebajikan masyarakat......Apa ni?. Banyak cantik.....fikir ku.

Mana surat kebenaran Polis nak minta derma2 ni?.

Dia mula gagap. Sebelum itu bahasa melayu telo Cinanya agak pasih..bolehlah jika dibandingkan dengan setengah-setengah Cina-cina Bukit Mor dan Cina Pekan Pt. Jawa yang terkebil-kebil bila kita bercakap Melayu dengan nya.

Aku pasti mesti kerja2 pembohongan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku menalipon polis biar ditangkapnya. Anak muda cina yang gagah yang buat kerja begini. Ada sendikit ke...penipuan ?. Ehhh...bermain dikepala ku.

Apa bila melihat aku naik angin Khair pun bimbang..
.".Dah..tak mahulah" Khair cuba menenangkan keadaan.
Dia pun segera melangkah pergi entah kemana halanya. Malas aku jenguk-jenguk lagi. Heee...hilang pahala puasa ku. Sepatutnya puasa-puasa begitu baik menderma dapat pahala..rupa-rupanya aku hangat dibuatkan pemuda yang tak beradap itu.

Aku nak mengingatkan anak-anak ku semua. Jika ditugaskan sebagai peminta derma bukan tidak boleh. Sila jaga adap sopan. Kalau boleh beri salam. Kalau terpaksa ketuk pintu..ketuklah adat-adat tidak terlalu kuat atau janganlah bertalu-talu sampai macam nak pecah pintu rumah orang.

Jikalah tuan rumah dah keluar. Cakaplah eluk-eluk dengan sopan, perkenalkan diri siapa dari mana dan tujuan kedatangan dengan baik-baik. Tunjuk surat atau kad kebenaran beroperasi yang sah. Jangan main-main perkara ini. Silap-silap jika tuan rumah meragui tidak pasal-pasal kita akan ditangkap polis dan disoal selidik.

Kebiasaan bila sebut derma itu seikhlas hati tidak ditetapkan bilangannya, rupa bentuk barangan..kerana dia adalah seikhlas hati. Bila sebut bermaksud memaksa dan menetapkan berapa dan berapa tidak patut dikatakan derma tetapi cukai pintu, cukai keselamatan dan lain-lain. Lainlah kalau derma pakatan kampong, ianya di putuskan melalui mesyuarat. Begitu juga di sekolah. Ini....aduhhhh boleh percaya ke?.

Aku pun tak paham kenapa surat akuan orang cacat dari Kebajikan Masyarakat di gunakan untuk meminta sedekah. Terlalu peleknya yang minta bukan tuan punya badan tetapi mereka yang gagah dan tidak cacat bagi pehak si cacat. Benarkah dengan surat akuan cacat itu boleh digunakan untuk meminta derma...sedangkan yang aku tahu si penerima surat akuan kurang upaya itu adalah layak menerima sejumlah RM 250/- elaun bulanan bukan untuk meminta-minta dan itulah wang peribadi dari jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung hidupnya.

Hemmh......begitulah celotih aku hari ini. Mengenangkan begitukah hasil didikan anak muda sekarang. Semua letak dibelakang. hidup beradap dan berbudaya pun tidak paham. Sekolah dari kecil pun belum dapat dididik dengan baik. Apa bangsa pun rasanya menitikkan hidup beradap. Semua agama pun mahukan penganutnya beradap.

Persatuan Palang merah, St. John, Pengakap, Pandu Putri, Putri Islam dan sebagainya tidak kah main peranan mendidik hal-hal seupama ini. Jika tidak untuk apa Persatuan seperti ini ditubuhkan di Sekolah?. Sudah sampailah masanya guru-guru yang sanggup menyarung Uniform Pengakap, St. John, Palang Merah ini kembali seperti zaman dahulu...dizaman aku bersekolah kerana mereka menjadi guru yang menghidupkan ilmunya sepanjang hayat kepada murid-muridnya. Sebenarnya melalui berpersatuan seperti ini membuat murid-murid hilang tekanan dan mendidik diri menjadi manusia yang bersedia dan pandai bergaul dengan masyarakat. Mereka mendidik hati menjadi insan yang baik dan suka tolong menolong dan paham tentang adap-adap bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.

0 Input/Saranan: