27 November 2011

Kisah dari Pt. Pecah Darat........




Macam-macam perasaan yang timbul bila aku sebut nak penuhi permintaan Mil. Kebelakangan ini aku rasa kesihatan ku terjejas. Aku sedang bertahan melawan sakit dengan kekuatan jiwa ku. Sambil- sambil itu aku tetap memdekati sayur dan bunga-bunga ku yang merekit. Sekurang-kurangnya sakit-sakit ku akan terubat.






Mil buat kerja kawin lagi. Kali ini untuk anaknya Siti Sara. Petang semalam hujan lebat dan aku tak dapat menjenguk majlis nikah Si Sarah . Kesihan Mil tentu ternanti-nanti. Pagi ini aku masih terkeruk-keruk dan gegata masih menebal. Itulah gara-gara ke tanah ketika embun masih basah. Musim ulat bulu pulak disana sini. Dulu-dulu mak dan abah punya firasat kalau banyak ulat bulu tanda nak banjir besar. Hahaha...entah boleh percaya ke tidak ya?. Cuba kita tenguk betul ke tidak?.



Akhirnya tengahari 26hb. Novembar 2011 sampailah aku sekeluarga di kediaman Mil. Majlis kali ini nampak biasa-biasa sahaja. Mungkin disebabkan Mil dan Ru tidak sihat kebelakangan ini dan memileh persiapan yang sederhana sahaja. Begitulah kata orang biar buat majlis di kadar yang termampu. Aku cuma berharap anak-anak buah ku dari sepupu-sepupu ku yang lain datang....aku cadangkan beberapa nama yang rapik dengan ku. Walaupun mereka tinggal jauh aku masih berharap mereka sudi melapangkan masa menjenguk keluarga Mil sekurang-kurangnya untuk berkenal-kenal sesama sendiri.

Cantiknya Siti Sara diapit sepupunya semasa khatam Al Quran. Alhamdullilah adat-adat seperti ini masih dijalankan di kampong. Lama dah aku tidak mendengar pengantin mengaji..maklumlah dah timbul musim pengantin berkaroke kebelakangan ini. Rata-rata majlis berkaroke atau DJ undangan menjadi pilehan keluarga bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak mereka.

Ramai juga tetamu Mil. Tak ramai yang ku kenal. Kini menjelang 5 tahun aku meninggalkan kerjaya ku di kawasan ini Pt. Pecah Darat semuanya nampak lain. Dulu aku menghafal dari sudut kesudut...dari rumah kerumah penghuni...aku membaca kerektor dan perangai...perkerjaan dan isi rumah dari parit keparit demi tugas. Aku juga tahu dimana ceruknya penagih dadah...pengidap penyakit HIV dan Aids ..Pesakit Stroke, yang cacat ,juga penderaan serta lain-lain.


Terlanjur aku dah bercerita aku inginlah merakamkan terimakasih ku kepada Abang Joe kerana datang memimpin adik bungsunya kali ini. Dua tiga hari sebelum dia dan isteri sudah balek kampong. Itulah abang Joe biar pun jauh merantau di Tenggaroh masih sayangkan kampong halamannya.







Masing-masing sudah nampak berumur. Beberapa tahun lalu dan sekarang sudah ketara perubahan kami. Uban dah penuh dikepala. Gigi mula habis satu persatu. Hati ku mulai bimbang bolehkah kerabat Menteri haji Salleh ini bertahan mengikat tali persaudaraan hingga zaman berzaman. Anak-anak sekarang tidak mesra, kurang rasa hormat..aku tidaklah bermaksud kesemuanya yang mesra dan berbudi bahasa masih ada. Masih ada yang kenal aku dan suami, yang bersama dan mencari-cari aku. Apa yang aku bimbangkan ialah diperingkat anak-anak ku nanti mereka semakin jauh. Aku bermohon kepada anak-anak ku dan anak-anak saudara ku yang lebih besar dari anak-anak ku tolonglah ambil peranan.
Nampak macam perkara ini kecil dan tidak mengapa .....hidup lebih bebas...tidak payah berfikir dan campur urusan saudara mara....mereka pun tidak akan meminta2 duit dan pertolongan kita..tetapi sebenarnya kita diberikan tuhan tanggung jawab yang besar memelihara keluarga dan keturunan kita.
Itu kita kena selalu beringat. Yang kaya bantulah saudara kita sendiri yang miskin dan yatim atau piatu sebelum bersedekah dan bermurah hati kepada orang lain. Yang pandai pula berperanan menunjuk ajar dan carikan peluang-peluang untuk keluarga agar sama-sama membina diri menjadi orang yang berguna. Jauhkan dari sikap tamak dan mementingkan diri kerana ia amat merugikan kaum kerabat. Kita hidup tidak mungkin sama tinggi tetapi kita cubalah sepadankan biar yang miskin dan tiada kelebihan itu tidak akan menjauhkan diri.

Inilah slot kenangan untuk tatapan anak -anak semua dalam cerita aku kali ini.







Sesiapa yang belum kenal itulah Wak Joe yang peramah ya.....Kalau Ke Felda Tenggaruh silalah jenguk dia.













Dalam gambar ini Abang Daud (bukan nama sebenar) Nama gelaran aje nama sebenar dia sedap tetapi aku lupa pulak bersama ibunya Salmah. Beliau anak kepada abang Sanad anak ke3 Almarhum Wak Miah dan Hj. Redzuan. Kini beliau menetap di Kg. Air Tawar Melimau.











Kak Saniah .......seorang wanita gigih. Ini anak sulung pasangan Hj. Redzuan dan Hjh. Ramiah Hj. Salleh. Di belakang sana Daud sedang menyuapkan ibunya makan nasi minyak. Kasih anak kepada ibu....ibu pun dah lupa anaknya yang mana satu.......begitulah yang tertulis di penghujong hayat dan tidak siapa yang tahu kehendak dan kudrat diri.









Aku sempat posing lah kononnya....Hahaha, buat kenangan okey....jangan marah!.











Cucu Pertama Kamil dan Ru....tak sempat nak tanya nama. Pendiam tapi sopan dan lemah lembut orangnya.









Orang kata dah mula cerita kenalah ditutup cerita kali ini. Tahniahlah Siti Sara dan Mohd Zamri kerana sudah pun menjadi suami Isteri. Semuga berbahagia dan kekal jodoh sehingga akhir hayat.

Tak lupa tahniah juga buat Ru dan Mil dapat menantu lelaki pulak kali ini.
Untuk Abang tersayang...Abang Joe, Abang Leman tahniahlah sebab masing-masing dapat anak sedara baru begitu juga buat kak Sukinah, kak Mon ada disisi adik-adik...memang kaka-kakak yang disayangi. Mudah-mudahan semuanya akan sihat,panjang umur dan murah rezki dapatlah membimbing kami ni maklumlah adik-adik sepupu yang corot-corot nih....kalau tak ada abang dan kakak tergapai-gapailah kami.

0 Input/Saranan: