

Kali ini cerita satu hari dihariraya...dihari raya ke 4 yang lalu....
Pagi-pagi dia dah hilang dengan kameranya. Suara burung berkicau semakin rancak. Seronoknya suasana pagi disini.....Felda Kemelah.
Aku pun kedapur berbual-bual kosong dengan Usu Awa. Macam-macam cerita dari hal sanak saudara...cerita dulu-dulu kala ketika dia muda-muda...cerita ketika dia baru-baru duduk di Felda Kemelah..semuanya keluar hinggalah cerita tentang pokok bunga.
Haaa...Pat-pat cerita pokok bunga ini yang paling aku minat.
Di kotak fikiran ku siap Usu.... kejab lagi aku ronda keliling rumahnya..hehmmmm siapa tahu dapat kecek benih-benih bunga. Free tu...Hehehe.
Inilah pertama kali aku bermalam di Felda Kemelah. Sejak aku bernikah dengan suami tercinta tak pernah ajak aku bersenang2 kat Hotel dalam felda. Inilah saat yang entah bagaimana boleh terjadi. Itu pun sebab kami hantar Hafiz anak ku balek ke UMP....gara-gara dah terletih sangat diperjalanan barulah terbuka pintu hati suami ku hendak bermalam di rumah Usu Hawa.
Simple aja reka bentuk rumah Usu ..Ya Allah punyalah besarnya. Bilek memang banyak memang cukup menampung anak cucunya yang ramai bila balek dan berkumpul sesekali. Kebetulan ketika itu sepupu suami ku tiga beradik turut balek bercuti bersama anak-anak mereka, maka riuh rendahlah rumah Usu. Dapur sentiasa berasap...nasi goreng, ayam goreng, sambal tumis, rendang, masak lemak labu, mee goreng.....aduh, boleh tahan ligat sepupu-pupu suami ku Hajar, Nai dan Mas tak kering tangan dibuatnya kat dapur tu...
Bila aku dongak ke celing...rumah usu tak ada celing...yang aku pelik tak ada langsung sarang labah-labah. Rapi betul mereka anak beranak membersihkan rumah. Perabut dan hiasan tersusun cantik. Kemas betul rumah Usu. Alangkah bahagianya aku jika rumah aku pun dapat sekemas itu. Ini hemh...hari-hari berhabuk aje...tingkap Nako kena cuci selalu..Itulah akibat bina rumah ditepi jalanraya yang sibuk macam Chow Kit Road.
Nah tibalah masa aku nak tunjuk......gambar candid Usu Hawa tak tau tu, aku dah menangkap-nangkap gambar . Sorry Usu..jangan marah okey...Love You!.
Ni...Pasu bunga ni...memang kreatif..dari bunga-bunga,alas mejanya...langsirnya semua hasil tangan Usu Awa anak beranak .
Cantik kan?
Kita keluar kejab ya....
Senyap aje orang di luar tu apa dibuatnya...............Aduhai suami ku...
Tenguk!...
Dengan kain gombang dan berkupiah lagi tak sabar-sabar terus aje main air .........presure air bagus kat sini ya!. Hei....tak segan silu betul...macam kat rumah dia aje dibuatnya...
Bertuah betul dapat jadi anak sudara Usu Awa dan Usu Seman Ya!.
Tadi aku sibuk-sibuk kat dapur apa dibuat dik suami ku kat luar...gelap2 dah sandang kemera dia tak sabar-sabar tunggu sarapan lagi...
semangat bebenor nak menjenguk ketanah tadi ...
Oooo.panjat bukit kat ujong tu ya....
Nah tenguk apa dia gambar yang dia snap....
Ayam!...
Lepas tu ambik gambar semak.................Tak ambik gambar taman bunga Usu Awa pun. Tak dapatlah nak tunjuk taman bunga Usu hawa yang cantik tu, ma'af ya...
Frustnya aku.....
Apa-apa pun hari itu aku tetap gembira sebab Usu Awa bagi banyak benih bunga dan Berjenis-jenis caktus....Lalalala...
Terimakasih Usu kerana layan kami yang musafir malam tu...dapat tidur katil empuk, suasana senyap sunyi tak dengar pun ada kenderaan yang lalu nyamannya!.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan