enoleh ke Muzium Sejarah Bukit Kepong. Inilah kali pertama aku melihat Muzium yang berimejkan kereta kebal itu begitu ramai manusia menziarahinya. Dari mana mereka datang, tiba-tiba tempat yang lengang setiap kali aku lewati hari-hari sebelum ini menjadi begitu popular. Aura apakah yang sedang melanda Bukit Kepong sekarang. Mungkin sempena hari Kemerdekaan Negara. Ada Pelawat khas yang datang berkunjung.
Okey.....Bukan ianya tidak penting bagi aku, tetapi sekurang-kurangnya melihatkan barisan dan taburan anak-anak kecil berlari-lari di padang yang sejemput itu sekurang-kurang satu waktu nanti mereka akan mengingati pernah bermain dan berlari disitu. Harap2 genarasi akan datang mernghargai perit jerih dan pahit getir hidup Buyut dan Kakek, datuk dan nenek dizaman perang Jepun, komunis dan Merdeka. Itulah tanda yang tinggal mengenang sejarah Hitam di Bukit Kepung. Peristewa paling ganas dalam sejarah Tanah melayu diketika itu.Oran
g-orang Jawa, Bugis dan Melayu diketika itu amat dhaif tetapi mereka bertahan kerana sayangkan tanah laman yang telah mereka teroka. Biarlah makan dari apa sahaja di halaman rumah. Pucuk kayu,buah kayu dan apa-apa sahaja asalkan boleh di makan.Beras yang dicari dari gudang yang jauh berpuluh2 batu..hanya bertaruhkan kaki berjalan melalui lorong2 yang kecil. Berserah nasib untung serta berdoa jika rezki berpehak kepada mereka selamatlah sampai kepondok buruk yang robak rabik milek mereka. Kenyanglah sehari dua anak cucu mereka. Mereka akan sorok beras bekalan itu ditempat yang selamat kerana bimbang diambil komunis yang ganas.
Sebaleknya jika tidak berjaya dalam misi yang telah dilalui hanya ubi kayu lah rezki mereka anak beranak sehari dua, seminggu dua, atau berbulan2. Sukarnya kehidupan orang kampong ketika itu. Sejarah yang tidak mungkin terpadam. Syukurlah ada lagi orang-orang lama yang sanggup berbuat apa sahaja sebagai bukti sejarah yang penting bagi mereka. Ujudlah sebuah Muzium di Bukit Kepong.
T
Pertemuan
Akhirny
Keluarga Mariam ini dikurniakan 6 anak. Arif, Awee, Ara, Hawa ,G, Jah, dan Boy. Didalam kesibukan mereka aku tidak dapat mengambil secara detail nama sebenar 6 beradik itu. InsyaAllah di kesempatan yang lain pula mungkin kita akan lebih mengenali mereka.
Selamat Pengantin Baru Norliana Ismail dan Mohd Hairul Azwan Bin Saimon. Semuga berbahagia hingga ke akhir hayat. Itulah sahaja doa yang dapat nenek berikan untuk kamu berdua.....
Setakat ini dulu cerita aku kali ini. Dapatlah juga aku selitkan gambar-gambar yang telah dirakam untuk pertemuan ini..hingga jumpa dalam cerita yang lain pula ingin aku ambil kesempatan dalam pertemuan kali ini untuk mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri serta Maaf zahir dan batin kepada semua sanak saudara yang dikasihi.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan