
4 hb Sept 2011 bersamaan 6 Syawal 1432.
Akhirnya tercapai juga hajat ku. Dapat juga menjenguk Maman Karmani dan Bibek. Nama sebenar maman Karmani bin Abd. Rahman (sepupu abah ku).Kedua-duanya semakin uzur jika di bandingkan setahun dua yang lalu. Ingatan maman maseh kuat. Itu lah satu-satu yang waris tua keluarga Hj. Salleh yang masih ada. Sebaik sahaja aku memberi salam dia sudah pun mengenali. Padahal kami hanya pernah bertemu beberapa kali dan boleh dibilang dengan jari. Itupun ketika ada majlis tertentu atau jemput menantu.
"Waalaikumussalam. Melebu..ya melebu...". Ajaknya.
"Kabare?. " Soalnya.
" Alhamdulliah, baik "Baik jawab ku dalam bahasa Melayu. Aku paham tetapi jarang-jarang bercakap Jawa kerana kurang cekap.
" Bibek mu meriang...yok metu kene..". Ajaknya sambil mengarahkan aku mengekuri dia.
Suara mesr
" Mengapalah almarhum abah tak membawa aku dan adik-adik ke Lenga ni ... Dulu-dulu". Bisik hati kecil ku. Sekarang ini aku terasa kaku dan kekuk untuk berbual-bual dengan maman dan Bibek.
"Alhamdullilah , sampai juga kau nak (Anak) kerumah bibek. Bibek tak sihat hari ini....mari duduk sini aje.." Bibek bercakap Melayu.
Aku mula tenang. Kalau maman hentam cakap Jawa lagi, tergeliatlah lidah ku nak menjawabnya, hahaha...rosak anak Jawa seperti aku ni . Kalau orang cakap Jawa murtad aku nak marah...yang sebenarnya begitulah, aku paham bahasa Jawatetapi tak tahu nak tuturkan bahasa itu. Boleh sikit-sikit , tergagap-gagap dan banyak yang terlupa.
"Maman selalu sebut..manalah sedara aku Pt. Jamil dah hilang. Dah putus ". Bibek bercerita.
"Alhamdullilah, kau datang mencari bibek dan Maman. Kami dah tak kuat... maman pun dah tak berapa dengar,Tak dapatlah nak mencari sedara-sedara sekarang ". Jelasnya.
Aku terkedu.
Mengapalah selama ini aku tidak mencarinya?
Mengapalah aku merasakan Lenga itu jauh, Mengapakah asyik tidak bersempatan sahaja......rupa-rupanya saban hari ingatan Maman kepada keluarganya di Pt. Jamil sangat kuat. Doanya sepanjang masa pada tuhan tidak pernah putus. Itulah barangkali telah mendorong kaki ku melangkah ke bumi Lenga dan bertemu dia hari ini.
" Dulu masa muda-muda bibek dan maman selalu tidur di Pt. Bulat...rumah kang Hj.Adnan dan Embakyu Salimah ( ayahanda bonda kepada ISBIHA sepupu ku ). Masa itu anak-anak kami masih kecil-kecil. Kami tidur dua tiga malam disitu. " Bibek bercerita.
Aku pun terasa serasi dirumah itu. Rumah yang disebut Bibek itu. Walaupun jauh dipendalaman suasananya nyaman dan selesa membuatkan kami tak lupa .
" Jendul pandai mengaji walaupun matanya buta. Memasak dan mengemas rumah macam orang celik ". Terang hati budak itu...."
" Rupanya Mail ( Ismal Hj. Adnan-ISBIHA ) telah tiada...Ya, masih muda dari aku (Telo jawanya ).... ". Maman melemparkan pandangannya jauh-jauh. Entah apa yang difikirkannya.
" Hidup susah nak masa dulu....bibek jualan di kantin. Sambil-sambil itu masakkan lauk cikgu-cikgu yang kena mengajar disini. Maman jadi imam tetapi tak ada elaun macam imam-iman sekarang. Anak pulak ramai tetapi alhamdullilah sekarang hidup dah senang. Maman jadi iman selama 37 tahun di masjid Lenga Bt 28 ni...". Bibek bercerita.
" Dulu-dulu pun nak jadi imam susah juga, kena pergi temuduga juga ". Terang Maman.
" nasib baik Maman dulu belajar di sekolah Kaie Shamsuddin Gersik sana .... banyak hafal ayat-ayat dan doa-doa. " Sambung Maman. Rupa-rupanya menjadi imam di Masjid Felda begitu lama. Berhenti sebab anak-anak mahukan ayahanda mereka berehat dan faktur usia tua.
Aku teruja keistemewa pasangan ini kerana pandangan mereka luas. Itulah sebenarnya telah menjurus satu demi satu kejayaan dia terima. Pernah menerima anugerah Bapa Mithali fELDA satu waktu dulu. Anak-anak walaupun tidak kaya raya mereka semua berjaya dan dihormati. Alhamdullilah.
Sayang
Maman sempat mengenalkan anak-anak nya satu persatu melalui gambar yang tergantung di dinding beranda rumah. Gambar- gambar itu itu pun tersusun baik. Gembira melihatkan keluarga besar ini berhimpun dalam gambar-gambar kenangan mereka. Di doakan agar semua anak cucu Maman akan dilindungi tuhan setiap jejak dan gerak hati mereka. Nama-nama anaknya sebahagiannya sudah pun aku catetkan dalam tulisan ku yang lalu.
Begitulah cerita kali ini. Rakaman kenangan ini adalah untuk kami bertiga Aku (Mak Long ), Pak Usu Mad an Pak Long Piee tinggalkan kepada anak cucu. Jika kami tiada lagi carilah dan sambungkan kasih sayang keluarga ini walaupun tanpa kami.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan