Tahun ini nampaknya rambutan ayah mertua ku menjadi. Musim buah-buahan kali ini kami puas merasa hasil tanaman ayah. Pendek kata semuanya Durian, Rambutan, Cempedak, Pulasan, Longan.......Dukong juga ada kot ...
Alamak...tak tenguk pulak hari itu bahana teruja sangat dengan rambutan yang pasti tak habis makan itu. Ohh..rezki.... Allhamdullilah.
Selepas bersara ini baru aku rasa sangat seronok ke kebun ayah. Sebelum ini bagaikan tidak ada masa memetik buah-buah itu semua. Kecut sendiri di pokok. Ayah pun gembira tahun ini apabila anak-anaknya balek menjenguk. Pendeknya merasalah makan Rambutan, Pulasan dan Durian tahun ini. Lebih bermakna lagi pabila dapat memetik sendiri buah-buahan dari pokok. Biarpun panas, berpeluh-peluh merasai buah di bawah redupan pohon rambutan ada nikmat yang tidak dapat diterjemahkan.
Petang semalam seperti biasa. Hari-hari cuti kadang rumah ku didatangi tamu. Kali ini tetamu yang baik hati ini membawa Rambutan dan Pulasan dari beberapa sepsis yang berlainan. Ada yang kuning, ada yang kulit Merah keras, ada yang warna merah berbulu hijau.....barulah aku tahu rupa-rupanya buah Rambutan sahaja sudah berbagai rupa dan rasa. Sebelum ini aku hanya kenalkan jenis-jenis durian sebab Allmarhum abah sukakan. Durian Tembaga, Durian Kampong, Durian kawin..bau dan rasa isinya juga berbeza. Orang tua seperti abah ku mengecam rasa buah melalui bau durian.
" Tak payah tinggalkan anak-anak kebun, Budak-budak sekarang bukannya hendak ke Kebun " Runggut Ustazah.
" Zaman kita lain kak....hidup kita dulu-dulu susah. Putik rambutan pun kita makan . Pergi sekolah jalan kaki berbatu-batu dalam panas terik. Kita lapar dan dahaga sedangkan kat rumah tak tahu lagi ada nasi atau lauk untuk kita dihidangkan. Untuk hilangkan dahaga kita petik buah-buah ditepi jalan. Walau merasa sebiji dua dapat juga menambah tenaga sementara tiba kerumah dari sekolah. Sampai-sampai rumah mak dan abah tidak ada dirumah dah ke kebun ". Wajah sayu membayang . A irmatanya terlinang sedikit dibibir mata.
"Kadang-kadang makan nasi dengan garam sahaja. Kalau musim durian gugur makan nasi dengan durian. Kalau ada pucuk paku berlauk pucuk paku . Itulah lauk makan tengahari itulah juga lauk makan malam. Zaman kita kicap mesti ada sekurang-kurangnya berselera bila nampak kicap. Nasib-nasib ayam betina peliharaan bertelur dapat juga buat lauk. Musim hujan selalu cendawan terkukur tumbuh dibatang pokok getah tumbang. Sambil-sambil itu mak dan abah kekebun mereka kutip cendwan dan kemudian keringkan. Jika banyak boleh buat lauk seminggu dua. Sambil-sambil cari cendawan mak mengait ranting getah yang kering untuk umpan dapur kayu, tak da gas... tak letrik ". Dia berhenti seketika.
Aku sempat membayangkan cerita suami ku....satu waktu di lubok Paku. Di zaman itu tepi sungai sangat bersih jadi tempat orang lalu lalang. Tidak penuh belukar seperti sekarang Sg. Pahang itu. Rumah rakit jadi tempat membasuh kain, mandi manda dan tempat melepas hajat. Memang asing cara itu bagi suami ku kerana berumah nun jauh dari sungai. Tetapi itulah hakikat kehidupan orang-orang Melayu dizaman itu. Susah dan mereka belajar hidup dengan cara yang paling simple. Pengetahuan kesihatan sangat rendah. Berkaki ayam adalah perkara biasa. Hanya segelintir yang telah melupakan kesusahan kerana hidup di salut dengan kekayaan dan terpelajar. Sepatah kata Pak Samad..."ANAK-ANAK ORANG BANGSAWAN".
" Mandi pun mandi parit akak....".
Nah...lebih kurang sama dengan apa yang tergelodak di fikiran ku.
" Masa tu air paip pun tak ada. Kami angkat dari perigi dekat bawah bukit. Macammana saya nak tinggi, sudahlah makanan tidak berkhasiat seolah-olah didera kecil-kecil lagi mengangkat air mendaki bukit setiap hari". Sambungnya lagi kesal.
" Tenguklah kak buah Rambutan, Pulasan, Manggis meranum dipokok...bila kita suruh petik mereka kata banyak semut dan kerengga... ..beli lagi baik mak........ Banyak jual dikedai dan gerai tak payah susah-susah kena kejar nyamuk ".
Anak-anak ku memang tidak ada pengalaman. Kalau kami balek kampung semuanya telah tersedia. Ibu mertua ku sudah pun melonggokkan buah-buahan itu awal-awal. Maklum saja aku akan berada dirumah itu beberapa jam sahaja. Kalau turut ke kebun alamat tak lamalah kami berjumpa. Ibu mertua ku akan mengambil setakat kemampuannya, tenaga tua lah katakan..
Hakikatnya apa yang di keluhkan oleh Ustazah sama sahaja dengan apa yang bersarang dihati ku. Sudahlah aku tidak dapat mengumpul duit untuk menambah tanah sehingga usia ku sebegini..apa yang ada pun tidak pernah dijenguk oleh anak-anak ku. Serah bulat-bulat kepada Senah dan Anum mengelolakannya. Kadang kala aku terasa amat sedih kerana apa yang ada itu lah hasil perit jerih orang tua ku ...setelah tiba ketangan ku jadi seperti itu. Anak-anak ku tidak terasuh menjadi insan yang berbudi pada tanah. Kalau melihat jawatan yang ku sandangkan dulu bukanlah besar sangat, lihat..... seekar tanah pun tak dapat ku beli dari pendapatan ku dulu. Masa ku habis begitu. Pergi kerja pukul 8.00 pgi...balek pukul 5.00 petang. Nasib-nasib sambung kerja beberapa jam lagi kerana kes dan oncall.
Nak harap pada siapa membawa anak-anak ku ke kebun?. Suami ku pun sibuk. Kerja pejabat pun dibawa balek. Aku buka pejabat jam 10.00 malam, dia buka pejabat dari lepas isya'. Kami semua dimeja masing-masing termasuk anak-anak. Jarang-jarang kami dapat menonton TV bersama-sama. Setelah menjadi rutin, Akhirnya aku sedar kehidupan kami jauh berbeza dari zaman aku membesar.
Patutkah anak-anak dibiarkan mencari hartanya sendiri?.
Dapatkah mencari tanah ?.
Siapa akan menjual?.
Berapakah harga sekaki tanah?........
Harga tanah cukup tinggi..dan itulah punca yang membuat aku tidak mampu menambah apa yang ada. Sudah tentu dengan harga yang tinggi itu orang-orang Melayu seperti aku hanya mampu melihat satu persatu tanah-tanah Melayu bertukar milek kepda bangsa lain. Berdirilah kemudiannya rumah-rumah cantik. Penghuninya turut bukan lagi orang Melayu kerana hanya segelintir yang mampu membeli, kalau pun yang dapat membelinya hanyalah cikgu-cikgu, kerani dan orang Melayu yang berpendapatan tetap. Bertahun-tahunlah menanggung hutang dan barangkali itulah satu-satunya harta yng dikejarnya sehinggalah panggilan pencen datang seperti aku kini.
Jika semua tanah-tanah Melayu didesa-desa ini terjual. Dimana Melayu akan tinggal?. Tanah tinggalan ibubapa ku yang tak seberapa itu pun sudah kerap dikecik dan ditawarkan berpuluh-puluh ribu. Sesudah ku jual berpuluh ribu itu, dimana aku akan tinggal, sedangkan rumah yang ada di pasaran sekarang berharga beratus-ratus ribu.
Aduhai tanah....dan nasib Melayu. Kita semakin celaru dengan nasib masa depan. Bagi ku Bangsa Melayu ku tidak lagi menjadi kaya yang boleh membeli semua yang terlepas ketangan asing..di Tanah Melayu. Aku hanya dapat berdoa agar nasib anak-anak ku tidak seburuk anak-anak di Somalia dan Pelestin mengemis di negara sendiri.
Kembalilah anak-anak kerjakan tanah nenek moyang mu. Usahlah sombong. Ke kebun hanya perlukan tenaga. Hasil yang diberi percuma dari tuhan. Rajin kita berusaha besarlah ganjarannya. Pemalas kita bermaksud setakat itulah rezki kita selama-lamanya. Jangan biarkan si pedagang memeras hidup mu.
Peringatan untuk anak-anak ku Khair, Hafiz, Faiz. Shahirah Amini, Sopie dan Safra.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan