Pagi-pagi begini dalam bulan-bulan puasa terasa seakan ada sesuatu tersangkut di ingatan. Di katakan Roh-roh insan yang tersayang kembali pulang. Aku merasa sejuk bila mendengar pujukan ini. Terasa seperti wajah ibu ku dimana-mana. Beberapa malam yang lalu sewaktu aku mengerjakan Solat Tahjud tanpa diduga air mata ku mengalir jua. Wajah ibu yang tersenyum membuat aku terasa sangat rindu. Kini yatim piatu. Terkadang aku tak tahu kepada siapa aku ingin mengadu. Aku merasakan aku, suami dan adik-adik sama label. Kami semuanya tercari-cari saudara tua. Kami dah hilang arah mencari asal usul keturunan kami.
Sebelum meninggal ibu ada menceritakan sedikit sebanyak tetapi sewaktu kami menjejak abang-abang dan kakak itu juga turut buntu seperti kami. Rupa-rupanya tidak semudah itu untuk menghimpunkan semula ikatan keluarga yang sudah pun berpecah.
Aku ingin merakamkan kesedihan ini untuk ibu ku. Aku belum berjaya. Maafkan aku setelah ibu pergi 2005 hingga sekali tidak sampai 5% diantara kami bertaut kembali. Kami kenal tapi kami tak dapat mendekati. Kami tak kenal hati budi. Berita mati, berita sakit tidak kami dengari. Majlis perkahwinan tidak rancak dikalangan kami. Kadang kala aku sendiri terasa terasing mentelah lagi melihat mereka sudah pun menjadi orang besar. Aku merasa kekok untuk bertegur sapa. Aku hanya berani memandang dari jauh dan berdoa semuga kejayaan yang mereka kecapi berpanjangan dan semoga dilindungi Allah dari sebarang kecelakaan.
Aku sudah tua ibu. Tubuh ku sudah sering sakit-sakit. Kadang-kadang lemah tanpa sebab. Banyak perkara belum dapat aku capai. Dapatkan aku mencapainya?. Sempat aku meneruskan perjalanan dengan penuh harapan. Bila teringatkan tentang diri aku selalu berpesan pada diri ku...inilah puasa yang akhir bagi ku....bila tiba hariraya aku juga katakan pada diri, inilah hariraya yang terakhir ku...
Bagaimana kau boleh tabah meneruskan hidup mu tanpa sebarang keluh kesah. Sekalipun terlantar diperbaringan bertahun-tahun semangat mu sangat tinggi. Kau senyum sepanjang hari, kau memusingkan diri kiri kekanan tanpa pernah meminta bantuan. Kau diam-diam tanpa banyak runggutan. Kau makan apa yang di jamahkan, kau diam tidak pernah meminta-minta. Kau macam orang kaya sekalipun duit tak ada. Bolehkah aku mengharungi hidup setabah mu.
Semuanya terbayang. Aku memang anak yang lemah. Dari kecil selalu tercedera. Berusia 4 tahun dikatakan kena sterika ditangan, sakit kulit bertahun-tahun. Kau lah yang kesana kemari mencari ubat. Akhtiar secara tradional atau pun morden. Tidak pernah jemu sehinggalah penyakit itu pupus sendiri tanpa ku sedari.
Di waktu remaja ku sering kali aku terpensan. Luka sedikit pensan, terketuk jari sedikit pensan, entah dimana-mana boleh aku tersumbat, celah meja ke...celak almari ke..kau ingat aku kena buatan orang. Sebenarnya akhirnya kau tahu juga tidak ada sesiapa pun berhajat jahat sebegitu kepada ku. Itulah bahagian ku.
Aku pun membesar dan kau sabar menanti sehingga aku mendapat perkerjaan. Usia mu semasa itu sudah pun menjangkau 56 tahun. Kau sudah pun sering mengadu sakit-sakit. Aku pula ketika posting di terbangkan ke Terengganu yang begitu jauh dari mu. Kerajaan Malaysia tidak tahu aku terpaksa meninggalkan ayah dan ibu yang telah tua dikampong. Patuh pada arahan. Bertukar ke Johor juga ke Sri. Medan jauh dari ibu ...patuh kepada arahan. Bila abah dan ibu sakit hanya 5% sahaja aku dapat membantu. selebihnya adalah semangat tua tidak mahu menyusahkan anak-anak telah membuatkan ibu cekal membantu dirinya sendiri.
Berpindah ke Muar aku ditimpa musibah. Tercedera dalam kemalangan jalan raya sewaktu menjalankan tugas . Aku terlentang tidak boleh bergerak hampir sebulan. tidak boleh mengurus diri. Ibu disisi dengan penuh kasih sayang dan bermanis kata-kata. Ibu tak jemu memberi semangat. Ibu turut sakit seperti aku. Ibu tidak pernah melukakan hati aku.
Bila aku mengangkat barang..ibu akan kata " Awak sakit biar ibu angkat ".
Bila aku cuba berkuat ibu akan kata " Jangan, awak masih sakit nanti patah semula ".
Bagi ibu biar dia sakit jangan aku sakit. Sedih bila mengenang ini semua.
Pulanglah ibu, aku tersangat rindu. Biar tanpa suara, tak terlihat wajah cukuplah andai kau hadir dalam mimpi menghias jiwa ku untuk sementara. Untuk mu ibu aku berdoa semoga kau terpileh ke Syurga Allah. Setia mu kepada seorang suami tanpa berbelah bahagi. Kasih mu sejati tak mungkin ku lupakan sehingga saat aku harus pergi.
Jika kau pulang....aku mohon maaf kerana masih lagi menjadi anak yang sangat lemah kerana banyak tugas-tugas dan amanah mu belum selesai dan tertunai.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan