28 Ogos 2011

Jika Kau Pulang Ibu 2



Ramadhan sudah pun tinggal ujongnya. Sehari dua lagi hariraya menjelang tiba.
Jika kau pulang ibu...........
Banyak perkara rasanya nak ku adukan pada ibu. Banyak perkara nak ku jelaskan. Jikalah dapat menantap wajah nya di ketika ini, aku ingin mengucapkaan terima kasih. Terima kasih kerana membesarkan aku dengan begitu sempurna sekali, meninggalkan aku dengan kasih sayang hingga kini. Doa dan harapannya satu ketika menjadikan rezki aku dan adik-adik ku tidak putus-putus. Walaupun kami tidak kaya tetapi cukup membuat kami semua bahagia.





Jika Kau Pulang Ibu kau restukan aku bercerita tentang mu kepada anak cucu ku. Supaya mereka sedar hidup ini penuh dugaaan dan tak seindah impian. Izinkan aku ibu ....

Satu waktu ibu memberitahu....

1. "Belajar masak, mengemas dan mengurus rumah tangga. Mak tak ada banyak harta nak tinggalkan pada awak adik beradik. Nanti dengan ilmu ini .....yang ada mak mahu anak-anak mak lelaki atau perempuan menjadi menantu yang baik kepada mertuanya. Mak hanya boleh buat yang itu".

2. " Anak perempuan mesti belajar menjahit. Jika takdir hidup tak berapa senang masih boleh membantu ekonomi keluarga. Baju sendiri tak payah bertempah atau boleh juga berakhtiar mencari makan membantu keluarga ".

3. " mak dan abah tak mahu awak anak perempuan kesekolah Inggerish kerana tidak mahu awak terbang ke luar negeri. Dalam negeri lebih selamat . Jika awak rajin belajar masih ada rezki untuk awak di mana-mana jangan bimbang. "

4. " Kalau ada sesiapa yang meminang dan mak dan abah dapati dia sesuai untuk awak mak akan terima. Awak kena bersedia belajar jadi menantu yang baik dan pandai ".

Di sinilah babak -babak aku dipaksa rela kedapur sekalipun terasa amat payah dan liat. Kenangan dibulan-bulan puasa yang datang dari tahun ketahun menjadi ingatan.
Adik2 ku akan dikejutkan dari tidur dan selepas bersahur kami tidak boleh menyambung tidur kerana di waktu akhir-akhir puasa seperti hari ini kami kena buat biskut raya. Ibu ku sangat pandai membuat biskut dan kek berbanding kueh-kueh tradional kerana dia berasal dari bandar. Pendidikan awalnya di sekolah melayu tetapi berorentasikan pendidikan barat.

Masakan yang dijamukan kepada kami pun kadang kala bertaraf hotel. Jika semua bahan-bahan mencukupi rasa masakan ibu memang tidak tertanding oleh ku. Barangkali pergaulan ibu dengan orang-orang atasan menyundang ibu mempunyai kemahiran tinggi dalam ilmu kewanitaannya. Ibu ku sangat hormat kepada seorang insan yang bernama Hawa..barangkali itulah gurunya. Gambar-gambar lama ketika ibu remaja satu masa dulu mudah ku tatap kerana ibu adalah seorang yang perihatin kepada sejarah keluarga dan dirinya. Dengan tiada apa-apa kemudahan di zamannya sedikit dari gambar-gambar inilah yang membantu aku dan adik-adik untuk mengenang betapa kuat dan kentalnya azam seorang ibu untuk melihat anak-anaknya berjaya.

" Ini makanan orang miskin. Makanlah jangan banyak kerenah. Satu hari kalau awak susah awak sudah pun biasa menjamah makanan ini. " Ibu memujuk kami makan masakan dia ala-ala kampong seperti sayur air pucuk paku atau sup Kentang.

" abah belum dapat gaji kita kena makan ikan kecik-kecik. Ikan murah dan banyak sedap digoreng garing-garing . Makan sorang sikit (loghat Muar ) jangan bergaduh depan rezki ". Teguran ibu bila melihat kami mula berebut-rebut makanan. Ketika kocek nipis seperti ini kadangkala abah hanya dapat membelikan kami ikan yang hampir-hampir busuk. Ibu yang memang keratif akan memasak botok-botok untuk menghilangkan rasa pedau ikan tersebut. Di sekeliling rumah memang ada di tanamkan pokok buas-buas, daun kodok, serai, lengkuas, kantan,pisang sebagai persiapan bila perlu .

Masa gaji pula. Abah akan beli Hati Lembu, buah-buah seperti Apple, Limau dan Anggur.

" Makan Hati akan membuat mata cerah tidak rabun ada banyak zat didalamnya ". Jelas ibu. Ibu akan masak rendang manis ala istana...lengkap dengan hiasan. Itulah ibu ku apabila ia kedapur. Pembantu-pembantu rumah diketika itu cukup senonem dengan selera ibu dan ibu tidak pernah lokek dengan ilmu di dadanya.

Hari ini anak-anak ku dinasihatkan tidak mengambil hati organ dalaman lembu, ataupun ayam kerana di kuatiri pelupa pesan oleh pakar-pakar motivasi.....Amat berbeza dari nasihat ibu ku. Hari ini anak ku tidak lagi menyentuh kepala ikan atas sebab-sebab yang lebih kurang sama. Hemh...aku tak paham sebab bagaimana petua-petua itu boleh ujud dan sekarang ini hanya aku dan suami akan mengutip kepala ikan untuk hidangan ku...isi yang sedap itu sudah ku rezab kan buat anak-anak ku. Itulah hasil didikan dari pakar-pakar motivasi masa kini...anak-anak nampak sedikit terkongkong di alam fikriannya berbanding zaman aku membesar...makan sahaja apa yang di hidang kerana itulah rezki kami.

5. " Siapa suruh buat kotor. Basuh sekarang! " Perentah ibu keras.
Kami pun kecut perut sebab ibu jarang-jarang naik angin. Rumah kami kecil. Hanya 2 katil , ada 2 bilik , sebuah ambin....cara hidup orang Jawa. Ibu amat mementingkan kebersihan. Ibu mahukan rumahnya bersih, baju dan kasut anak-anaknya bersih ......kami kena berhati-hati dan tidak terlalu aktib demi baju dan kasut. Jika balek bersepudal tanah dan selut siaplah kena basuh kasut sendiri. Tetapi dihari cuti tidak ada sesiapa boleh basuhkan kasut kami...kami perlu buat sendiri dan belajar bedikari.

6. "Mak tak pandai bawa kereta dan motor nak bawak awak berjalan-jalan. Nanti kalau awak ada kenderaan carilah semua saudara mara dan darah daging awak semua".
Ibu ku sangat sayangkan anak buah dan keluarganya sekalipun dari sebelah abah. Adil dia mahu seadilnya bertindak kepada mereka. Dia mendidik aku dan sepupu-sepupu ku sama rata. Cuma aku yang sering curi tulang, mengelat ( Dialog orang Muar )..kerana manjakan diri sendiri. Atas sebab begitulah sepupu-sepupu ku terpaksa menghabiskan tugas-tugas ku....
Perhatian untuk sepupu-sepupu kesayangan..........
"Maafkan kami (aku dan adik-adik ) untuk masa-masa lalu yang nakal ya..".

Hari ini aku mengharapkan apa yang ku tulis kali ini menjadi panduan kepada anak-anak ku. Kita harus berfikiran terbuka tidak kira kita miskin atau kaya kita kena selalu bersedia. Orang kaya jika tidak kena gaya boleh sahaja menjadi miskin tiba-tiba. Kita kena belajar mencari rezki seperti orang miskin itu. Kalau dulu orang menganggap penarik beca adalah orang miskin...sekarang ini mungkin kita memandang buruh binaan, pengawal keselamatan,tukang sapu, pemunggut sampah adalah orang yang miskin....dan kita mesti cuba menghayati kehidupan harian mereka dengan rezki yang sedikit mereka mampu menjaga keluarga dari rezki yang halal. Kita kena sanggup merendah diri jika ingin berjaya. Buangkan rasa malu dan bina tekat ingin mencuba dan berusaha dengan kudrat tangan dan kaki yang diberi.

Jika mahukan hidup yang sederhana menjadi mimpi tidur kita. Kita juga tidak lagi boleh berpeluk tubuh dengan harta yang ibubapa kita ada. Kita kena usaha untuk mendapatkan lebih baik daripada apa yang kita kecapi atas kemewahan ibubapa. Kita adalah gulonga insan yang beruntung kerana tidak kebuluran, daif serta huruhara dalam peperangan. Maka rebutlah peluang yang ada secara yang bermoral tanpa memijak hak-hak orang lain.

Untuk anak-anak tersayang juga.....tolonglah jangan marah bila emak menegur kamu. Tidak ada lain tujuan yang harapkan...selain dari melihat kamu semua menjadi insan yang berguna dan bersedia dalam apapun keadaan hidup samaada susah atau pun senang. Kena berusaha majukan diri demi masa depan. Allah pun sudah berpesan " Tidak ada sesiapa pun boleh mengubah kehidupan sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri ". Semuanya terletak pada hati dan keazaman yang tinggi.

0 Input/Saranan: