02 Julai 2011

Titik rindu yang sujud



Titik Rindu Yang Sujud
(Sambungan " Rindu Seorang Kawan" )

Kau tidak lagi berdoa seperti aku

Perjalanan mu sudah pun bertitik.

Kau tinggalkan sebuah rindu

yang sujud

Lalu………

Aku terkelip kelip

Mencari bau, suara dan tawa mu

Aku terkelip kelip

Melihat bayang mu di rimbunan Paku Pakis

Aku terkelip kelip

Menatap kamu meniti jambatan kayu

Aku terkelip kelip

Merasakan ujung kakiku terpijak oleh mu.


Aku sedang mabuk

hingga ke roma-roma

kini.........

bersendiri mengira bintang yang sepi

Kau terlalu banyak mengenggam uncang rahsia

Sehingga diri mu satu dihati ku.


Tidurlah dahulu sayang,

Andai aku masih mampu berdoa

Akan ku titipkan rinduku di angin lalu

Menjadi teman tidur mu

Zikir dan Selawat

Menjadi bantal dan tilam mu.




AL- FATIHAH

buat

Allmarhummah

Hjh. Jamaliah bt Daud.


0 Input/Saranan: