28 Julai 2011

Tinta sedih.




Tidak terungkap oleh kata-kata. Akhirnya aku pasrah dan mengakui sepanjang bulan ini aku tidak terdaya untuk mencatat apa-apa didalam blog ku. Hari yang bertukar itu ku biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Entah mengapa...........

Bulan Syaaban mengamit banyak kenangan dan sejarah luka .
Aku seolah-olah sudah biasa kehilangan menjelang datangnya Ramadhan. Allmarhum abah, ibu, abang Mail, Abang Mad, abang Miskan dan Abang Sekak pun di ambil dalam bulan ini. Teringat kata-kata allmarhummah ibunda tersayang setiap tahun dia akan sakit..dan sakitnya menjadi kuat setiap Syaaban tiba. Kali ini aku kehilangan seorang kakak dan teman yang ku kira mempunyai ciri2 dan persamaan watak dan perangai ibu ku.

Ketegasannya kadangkala membuat aku merajuk. Aku menjadi malas dan degil, aku juga boleh melawan semahu ku dan di saat yang lain aku hilang pertimbangan kembali ke watak asal ku yang manja tanpa dibuat-buat. Aku akan bersandar kepadanya 100%. Otaknya yang geliga memang menarik minat ku.
Bertekak dengannya perkara biasa.
"Alah..benaklah kau ni "
Dia mula menyepak kaki ku dibawah meja. Aku membalas...kadang dia sengaja memijak hujung sepatu ku...sudah pasti aku merenung wajahnya yang bersahaja itu. Kami memang buat kerja bersama berkongsi meja.
" Suka-suka saja nak pijak-pijak kasut orang". Aku merunggut.
" Ala...sikit, gitu pun sakit, manja! ". Dia membalas sambil menjeling dan menghirutkan mulutnya mengejek.

" Oooo tu tak boleh aseptik teknik....kau nak mati. Kang mati anak orang ". Dia menegah.
Sterile teknik adalah satu-satu perkara yang amat dititik beratkan. Dia akan memereksa tray injection, tray Pap Smear, Tray IUCD sentiasa up todate. Dia juga akan memastikan stok pancagari, jarum suntikan, glove dan vaksin sentisa mencukupi.

Klinik dijalankan dengan rasa penuh kebebasan dan tidak terkongkong. Dia akan terlebih dahulu mengambil risiko jika dirasakan pendapat dia dan sis ketika itu tidak sehaluan. Cukup berani orangnya. dalam keadaan sebegini sudah tentu aku berada dalam posisi yng selesa dan selamat. Maklumlah second Staff Nurse lah katakan....Apa pun banyaklah perkara-perkara yang aku timba darinya kerana dia lebih senior. Setiap detik dan ketika itu amat berguna, a ku serta dia tidak ada banyak masa untuk berbual-bual kosong semasa bertugas. Kami mengambil bahagian masing-masing dan bersatu dalam saat-saat tertentu. Bagi ku sebuah kapal harus bergerak dengan kepintaran jurumudinya.

Aku tahu dia sayangkan aku. Begitu juga aku memang sayangkan dia. Dia juga selalu mendengar nasihat ku. Kami saling memahami kerana begitu lama kerja bersama dibawah satu klinik. Sudah tentu hubongan itu ibarat bagi isi dan kuku. dia enggan menjawat jawatan Sis kerana tidak mahu berpisah serta di pindahkan ke Melaka. Aku telah meminta dia fikirkan dalam-dalam kerana tidak semua orang berpeluang untuk naik pangkat. Dengan berat hati di meninggalkan aku menjalankan tugas bersendiri. Ketika itu aku rasa aku kuat kerana segala didikan darinya sudah melekat dijiwa ku.

Hari ini dia tiada lagi. Aku sudah pun meninggalkan kerjaya ku sebagai jururawat dengan restu darinya . Aku bermohon pada teman-teman sekerja yang lain memaafkan segala kesalahannya jika ada. Entah mengapa aku merasakan dia adalah calun Penhuni Syurga Allah. Walaupun airmata ku tumpah tempuhari, aku sudah merelakan Allah mengambilnya.....biarpun jauh dimata hati kami sentiasa bersama. Mudah-mudahan lapang alam kuburnya. Wahai tuhan hanya engkaulah tempat kami bermohon, letakkan kami dibawah payung kesayangan mu ya Allah. Amin.

0 Input/Saranan: