01 Jun 2011

Dunia Belum Kiamat . Apakah.....



Apa dah jadi 29hb. Mei 2010.....
Batu Pahat dah di langgar todak ke?.







Lenggangnya jalan-jalan didalam bandar Batu Pahat. Ke aku yang dah ketinggalan bahana lama sangat tak menjenguk Batu Pahat. Mana perginya orang-orang yang suka ber "shopping". Adakah kerana ekonomi negara yang tenat dengan kenaikan harga barang. Atau pusat membeli belah sudah bankrap. Atau kerana kenaikan harga minyak yang tidak berhenti-henti. Atau Takrif letrik semakin naik.....membuat Batu Pahat menjadi lenggang.


"Jam ditangan sudah pun pukul 11.00 pagi tak kan lah orang-orang Batu Pahat masih tidur". Aku pelik. Semasa aku bertugas di Batu Pahat bandar ini memang tidak pernah sunyi. Dunia belum kiamat...apakah Batu Pahat sudah kiamat.

Hakikatnya aku terus membelah Perut Muka bumi Batu Pahat, menyusuri jalan-jalan Bakar Condong, masuk ke kiri menuju jalan Batu Pahat Keluang. Laluan di sini nampak ceria sedikit. Di setiap lampu isyarat walaupun boleh dibilang kereta yang berhenti tidaklah seperti mula-mula aku menuruni Jambatan Batu Pahat sebelumnya..

Teruskan perjalanan, melintas Kg. Broleh , sempat memandang tanah perkuburan AllMarhummah Noraini Sabran ( Bakal isteri adik bungsu yang meninggal kerana kemalangan jalan raya 2005 ) dan membaca Fatihah. Ruang dan suasana masih sama.

Perjalanan ini terus menyusur jalan Batu pahat Kluang sehingga ke Taman Universiti untuk memenuhi jemputan sahabat baik suami ku sdr. Manan Sarbni dn isteri Hjh Fadhilah Hj. Asfar.

Sebaik sahaja masuk ke lorong Taman Universiti kami dikejutkan dengan Babi hutan yang melintas di depan kereta kami kerana dikejar oleh anjing dan seorang Lelaki India. Alamak...kali kedua bertemu Babi hutan dalam bulan ini. Minggu lepas Babi terperangkap dalam pagar rumah ku....kali ini melintas pulak depan mata ku sekeluarga. Nasib baik bawa kereta tak laju. Aduhai.....dugaan, babi hutan pun dah hidup dekat bandar dan pekan. Sudah terlalu banyak ke mereka tu.....atau mereka semangkin jinak.

"Oii..Tipah, kau tak tau sekarang haa...Itu babi sudah kawan dengan lembu. Dia jalan-jalan ikut lembu banyak orang sudah jumpa sampai mana-mana". Nyonya sebelah rumah ku memberitahu selepas gagal keluarga mereka menangkap Babi Hutan yang terperangkap dalam pagar rumah ku.

" Ha yaa...kau kasi tanam ubi, dia mahu makan ubilah ni...nasib tak baik betullah...kalau dapat tengah sedap itu babi...anak lagi looo".

Haah....Babi tak dapat, habis pagar rumah ku hirang herut dibuat babi terdesak itu. Nyonya..Nyonya.

Sibuk aku flash back cerita nyonya. En. abang yang cekap ni jumpa dah rumah yang dicari-carinya.

" No 81.......betul!" . Matanya mereling kad jemputan.

1977 detik pertemuan antara Sdr. Manan dan suami Ku. Sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Usia persahabatan menjangkau 34 tahun. Banyak kenangan yang tinggal di persada hati ketika tinggal bersama setahun sewaktu menjalani Kursus Teknologi Pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas KL.

Wajah Ceria Sdr. Manan tak banyak berubah. Barangkali pertemuan singkat ini tidak memberikan kepuasan kepada kedua-dua sahabat baik ini. Apakan daya tetamu semakin bertambah maklumlah kali pertama meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya, dan kami sekeluarga pun terpaksa balek cepat kerana ada 2 majlis perkahwinan yang berdekatan rumah perlu dihadiri.



Akhirnya sempat jugalah kami bergambar kenangan untuk hari yang bersejarah ini. Mudah-mudahan ikatan persahabat ini kekal sehingga akhir hayat. Terima kasih Sdr. Manan kerana mengundang kami.

Selamat Pengantin Baru
Nor Azhani dan Nik Khairi
semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

0 Input/Saranan: