08 Jun 2011

Menjejak Kasih bersimpuh di Temerloh....luka berbekas di hotel Jelai...

Berlepas dari rumah ke rumah mertua ku kena cepat sikit. Perjalanan memakan masa 1 jam. Jika mengekuri banyak kenderaan melangkau sejam setengah. Perjalanan ini nanti menjadi detik pertama kami menjenguk Bandar Temerloh Pahang. Seribu harapan manis kami damparkan untuk pengembaraan kali ini. Kami bertolak dari Sengkang Bukit Gambir tept jam 9.00 pagi dengan dua kenderan berkomboi. Sebaik sahaja tiba di Batu Anam menyusul pula sebuah lagi kenderan dari bandar Segamat menyertai komboi kami.

Cuaca redup membuat kami selesa disepanjang perjalanan. Hari Kelepasan Am 4hb. June merupakan HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGUNG kenderaan berat kurang menghalang perjalanan kami. Kami menuju ke Gemas, Bahau, Serting,Jempol,Kemayan, Triang,Bera dan Temerloh.

Dalam perjalanan kami singgah berehat di Masjid Kg. Mahsan beberapa ketika dan bersarapan pagi.Sekali pandang macam berkelah pula puak-puak kami. Macam-macam ada..karipap, kek batek, bahulu gulung,bingka..tetapi aku hanya menjamah karipap sahaja atas sebab-sebab tertentu....hehehe, rahsia.










Suami ku pernah menyusuri laluan ini dizaman mudanya. Ketika itu dia menuntut di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Menurut beliau ketika itu dikiri dan kanan jalan hanya di apit oleh hutan belentara dan jarang-jrang menemukan kenderan yang lalu lalang. Bertawakal kepada Allah agar melindunginya sepanjang jalan dan ketika itu hanya menaiki motorsikal Honda 70 cc.
Kini sudah berubah....dikiri kanan jalan sudah banyak kawasan perumahan, kedai dan pekan-pekan kecil serta kawasan Felda.

Aku tertarik dengan keindahan semula jadi Sg. Pahang. Sepanjang jalan laluan kami bersebelahan dengan sungai. Indah sungguh di pinggir pekan Bera. Di tepi sungai tertulis...BERA...dengan jelas terlihat diseberang sungai yang berliku-liku itu. Akhirnya kami sampai di Temerloh. Aku dambakan memori indah disini, sebab inilah pertama kali menapak di bumi Temerloh.











Kami ditempahkan untuk bermalam di Hotel Jelai oleh sepupu suami ku Ijam...
"Terima kasih Ijam".
Walaupun kami sampai awal sebelum zuhur kami di minta menunggu oleh pehak pengurusan hotel untuk " check in" jam 3.00 petang. Oleh kerana kena menunggu kami makan tengahari dahulu . Ikan Patin masak singgang , sayur Cemperai dan labu masak lemak kuning, ikan Keli goreng berlada...Ok juga sebab kali pertama merasakan masakan ala Pahang di gerai yang berhadapan dengan sg. Temerloh. Sempat juga berputar-putar berjalan kaki menyusuri perhentian bas dan menjenguk di kedai-kedai berhampiran serta bersolat di Masjid Bandar Temerloh.

Pukul 3.10 kami pun sampailah di Hotel berkenaan. Warna warni dari luar hotel nampak ceria. Masuk kedalam nampak tenang, perhiasan yang begitu sederhana.












Di kounter ada sepasang penyambut tamu muda belia. Kami di minta menunggu kerana bilek untuk kami belum siap dikemas. Menunggu dan menunggu dapatlah sebuah bilek jam 4.00 petang, kami masukkan mak dan ayah kami. yang baki 3 bilek yang ditempah itu diminta menunggu lagi .....bilek 2 kami perolehi jam 5.oo petang. Sementara mendapatkan bilek berikutnya suami ku mengarahkan aku menumpang ke bilek adik.

Sebaik sahaja aku menolak daun pintu....
Biras ku menjerit...
"Nanti akak...basah akak, licin! ".
Alamak.....lantai masih basah. Aku lihat dua anaknya sudah mula melompat2 diatas katil. Tidak peduli langsung dengan lantai yang basah. Ayahnya sibuk dengan mengelap lantai dengan pengelap kaki yang sebelum itu diletakkan depan pintu bilek air.

Aku terpaksa berehat sebentar wealaupun tidak selesa kerana ada ipar- duai tidak manis untuk berbaring-baring dari hukum hakam islam.
ketika aku keluar mengambil gambar tadi ..... aku sudah rasa kejang dagu dan tangan. Aku bimbang aku akan lemah dan tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.

okey....
Beginilah keadaan bilek.....percayakah anda hehehe....












Pengajarannya disini..........

1. Pertama kali menjejak ke Temerloh, dapat hotel kena tunggu beberapa jam untuk mendapatkan bilek.
2. Dapat bilek yang basah kuyup tidak di mop hingga kering.
Di urus dengan kecuaian yang ketara.
3. Urusan kami yang telah dirancang tergendala...
gara2 tidak semua ahli dapat bilek secara serentak.

4. Inilah pengalaman pertama dalam hidup ...
tidur di hotel yang "tidak ready "perkhidmatannya.

5. Persoalan bolehkah Hotel ini di ketengahkan sebagai hotel untuk pelancong luar?
Sungguh lemah Pengurusan Lembaga hotel ini...
sayang sekali tidak seseindah rupa dan segagah namanya.

Apa pun adik yang terlari-lari dari kesatu tingkat dan kesatu tingkat yang lain tu sudah pun meminta maaf....aku sudi memaafkan. Luka tetap berbekas. ....harap-harp lembaga pengurusan hotel berdirilah sebagai pekerja hotel. Hari-hari kelepasan Am. Hari-hari yang mungkin menerima tetamu lebih ramai dari biasa tambahkan staf atau elakkan staf dari bercuti, dengan warga kerja yang kecil bagaimana nak mengendali tumpahan tetamu sebegitu. Hotel Melayu ....
imej melayu lembab nampaknya macam betul kat sini.....hemh, apa boleh buat nasi dah jadi bubur!.

0 Input/Saranan: