Keluar dari B
andar Baru Jengka lebih kurang jam 1.00 tengahari, suami ku membuat keputusan menuju ke Maran dengan melalui jalan lama. Kami sudah jangkakan melalui jalan lama sudah pasti kami akan menemui banyak selekoh dan keadaan jalan yang bengkang bengkuk. Sambil menemani suami ku memandu kami didendangkan dengan lagu-lagu lama, pop ye yeh A. Ramlee, A. Rahman Hassan,L. Ramlee hinggalah kelagu-lagu 80han seperti lagu "YB " dari dendangan ND.Lala. Senikata lagu sesekali mencuit memori ku kepada kisah-kisah lama yang pernah ku lalui. Suami ku kelihatan amat tenang sekalipun stress memandu kenderaan berterusan sejak beberapa hari....bermula dari bermesyuarat di JB 1 hb Jun hingga 3hb, kemudian ke Temerloh....dan hari ini menuju ke Maran. Pengamatan ku melalui jalan ini tidak ada apa-apa yang menarik perhatian ku. Tak sama seperti aku melalui Jalan Jabur, Bukit Besi, Jerangau dan Kuala Brang.Sudah lama suami ku bercakap-cakap mahu menjenguk ke "Lubok Paku". Tiba-tiba sekali ini dia bercakap sekali lagi kepada ku. Disebabkan tempat ini selalu menjdi sebutannya, aku teruja untuk mengetahui bagaimana istemewanya tempat ini .
" Kampong kekasih lama ke? ". Aku mengusik.
" Tak de lah ". Suami ku selalu menapikan ujudnya kekasih lama di zaman silamnya walaupun aku beriya-iya ingin tahu. Jawabnya....." tiada ". Hehehe......Lelaki?
Tibalah kami ke Kg. Lubok Paku, masuk-masuk sahaja sudah ada selekoh tajam ditepi bukit.
" Wow, takutnya jalan ni ". Aku mula bimbang.
Hutan, semak yang tebal, selekoh yang tajam, jalan tar yang sempit,berliku-liku , dibibir bukit yang curam.....ada banyak rumah-rumah nun di bawah bukit ditepi tebing jalan yang hanya beberapa meter sahaja jaraknya bagi aku itulah rumah dibawah gaung.
Hujan rintik-rintik mula turun. Aku agak bimbang kerana terjumpa beberaa tempat yang mungkin menjadi laluan air dari atas bukit. Laluan yang tidak pernah dilalui telah mengugat sedikit keberanian suami ku. Ada beberapa tempt hanya terdampar batu-batu kotor dan krikil barangkali sedang dalam proses untuk diperbaiki. Bagi ku jalan semakin mengecil dan akhirnya kami masuk ke Kg. Lubok Paku....kedalam ,kami temui surau bertentangan dengan Sg. Pahang.
" Huh.....Sungai, airnya keroh ". Aku berbunyi.
" Sungai Pahang memang airnya Keroh ". Jawab suami ku.
Begitulah, dari semalam aku melihat air keroh sebegitu.
Akhirnya suami sampailah kerumah yang pernah ditumpangi 30 tahun lalu. Tidur 2 malam disitu meninggalkan kenangan yang berkesan sehingga hari ini. Temannya sudah pun berpindah ke Kuantan dan rumah itu sudh pun dijualkan kepada ibu saudaranya. Kami tidak berani untuk tinggal dan berbual-bual lama dengan mak cik Midah. Mendung dan hujan renyai mengusarkan kami, bimbang kelancaran perjalanan seterusnya.
Sempat juga kami bergambar, mak cik Midah sempat lagi menyisir pisang nangka untuk kami bawa pulang ke Muar. Terima kasihlah mak cik Midah kerana memberikan No. Tel sdr Mokhtar harap-harp kami dpat jumpa dia satu hari nanti....sekarang ini dia sedang mengerjakah Umrah di Mekah.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan