
Sampailah hajat kami dari Muar untuk meraikan majlis perkahwinan Wan Asraff dan Norita. Anak saudara sepupu suami ku........... anak cikgu Khadijah Thamby Kadir dan Wan Azami seorang ahli perniagaan di Bandr Baru Jengka.
Terima kasih kerana mengundang kami.
Mak Esah kakak mak mertua ku nampak ceria. Hilang lenguh dan bersemangat kerana kali ini mereka dua beradik dapat disatukan dalam majlis yang bersejarah dan amat bermakna.
Detik-detik kegembiraan memang dapat dirakamkam melalui gambar kenangan berikut:
Anak cucu Mak Esah memang best....kelakar gila...buat kami tak kering gusi.
Ada -ada saja topik bualan yang menjadikan kami gegak dan berdekah-dekah ketawa.
Mereka saling membantu melaksanakan majlis kelolaan keluarga agar tidak ada cacat celanya.
Cuba tenguk.....
Ligat mereka-mereka ni semua.... Inilah anak cucu Mak Esah...
Pengantin tiba.........Kelakar betul.
Tiba-tiba...
Ada acara usik mengusik pengantin....Teruk pengantin lelaki kena dengki.
Hehehe nakal sungguh..
Puashati kerana dapat wang besar. Barulah pak saudara dan sepupu-sepupu berganjak...

Akhirnya dapatlah pengantin lelaki menjamu selera bersama dalam istiadaat " makan Berdamai " adat orang Johor, orang Melaka katakan adat ini sebagai apa ya? .
Kena tanya orang Melaka sendiri lah nampaknya. Di Pahang nampaknya pengantin kena layan ibu dan bapa mertua dimeja beradat. Kalau di Johor...pengantin dilayan seperti raja dan puteri raja.
Selesai bersantap pengantin dijemput masuk kerumah, di-iringi gadis cilik melalui karpet merah.
Terusik hati aku bila melihat dikiri dan kanan , kecil dan besar sepupu-sepupu pengantin lelaki melambai-lambaikan tangan mengucapkan selamat datang kepada pengantin perempuan tanda orang baru dalam famili.
Begitulah manisnya kenangan unutk disisipkan dihati oleh pasangan pengantin ini. Semoga alam rumahtangganya sentiasa dilindungi Allah dan berbahagia hingga keakhir hayat.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan