ba teka sapa ni ". telo orang Muar.Terkebil-kebil aku flash back semua suara-suara yang pernah aku selitkan di memori.
"La..tak cam ke? ".
"Kak Mon ni." Aku menelah.
" Ha..ingat pun... ". Di ikuti gelak kegembiraan.
" 30 hb. April Kak Mon nak buat majlis sikit. Kak Mon jemputlah pah dan keluarga datang kerumah kat Kg Ibrahim Majid Simpang Renggam ".
Alamak...aku dah tersilap orang rupanya. Ingatkan kak Maimunah Hj. Redzuan...rupa-rupanya Maimunah Rahmat. Suara dan lengguk cakap yang serupa menjadikan aku keliru.
Cover diri dari kesilapan....
' Aaa..betullah pah tak pernah sampai hehehe... " . Ketengi ( dailog orang muar juga ya..sorry ).
" Okey, Pah cuba datang ya kalau tak ada aral ". Berjanji pula aku spontan tanpa berbincang dengan suami lebih dahulu. Matilah kalau suami ku ada kerja pada hari itu. Oh tuhan tolonglah aku...
Dalam kecut-kecut perut akhirnya aku bersuara juga tentang undangan itu. Suami ku diam tidak memberikan kata putus. 50% tak jadi, 50% jadi...aduh, tak mahulah menaruh harapan.
pantang suami ku cakap banyak kali..baik-baik ada peluang takut pulak lesap kerana mood nya yang kadangkala ok, kadang tidak tu....
Aku membilang waktu. Mon panggilan manja sepatutnya memanggil aku mak long tetapi dah terbalik aku pulak panggil dia kakak gara-gara dia lebih berusia daripada aku. Kami menjadi teman baik, teman berbisek dalam-dalam hal tertentu,sewaktu dia duduk serumah dengan ku. waktu itu dia menyambung pelajaran dibandar. Zaman itu pengambil pepereksaan SPM tidak ada batas usia. Orang tua macam abah aku pun ada yang ambil SPM.
aku dan Mon sama-sama berlajar menjahit dengan di Kelas MARA, di situ pun teman-teman ku kebanyakkannya lebih tua dari aku. Aku yang paling kecil rasanya...belajar pun masih benak terutama merajah seluar lelaki..
Hari ini Mon sudah kehilangan suami pada bulan October tahun lalu. Anak-anak Mon sudah besar panjang. Sudah ada satu cucu. Tempat duduknya pun tak pernah ku singgah. Suaminya pun semasa hayatnya ada, tidak pernah melihat. Cuma musim-musim cintanya dulu aku rasakan hangatnya sebab dia selalu bercerita..selepas perkahwinan ( rasanya dia dulu yang berkahwin )...kami seolah-oleh putus hubungan.
Tertulis sudah agaknya segalanya menjadi kenyataan dimana kali ini aku dapat kerumah Mon. Jauhnya ku rasakan. Kami keluar dari Pt. Jawa lepas subuh dan cuba singgah di sebuah Masjid dekat PT. Yaani...Alamak, terperasan pula Polis forensik ujud dikawasan itu..kawasan sedang di kepung dan ada kes jenayah.... tidak jadi singgah di Masjid pertama tetapi kami singgah ke Masjid di tengah pekan...harap-harap selamat di situ. rupa-rupanya ada kes rompakan dan perompak bersenjata dapat ditembak oleh polis..sementara 3 lagi perompak sedang diburu. Selepas berehat sebentar di Pt. Ya'ani kami pun meneruskan perjalanan tanpa berhenti . Kg. Ibrahim Majid yang sedang ku cari entah ku jumpa, entahkan tidak.
Dua kali kami berhenti ditepi jalan Renggam ke Benut, tercari-cari arah rumah. akhirnya jumpa juga selepas melewati station minyak BP.
Alhamdulliah sekali gus menemukan adik beradik Kak Mon...Abang hairom, Kakak Rahmah,Anum, Ani yang kira lebih 30 tahun kami tidak bertemu. Aku akui...aku sama sekali tidak lagi mengenali adik-adik Mon, Ani dan Anum. Mudah-mudahan aruah abah.... dapat memaafkan aku kerana kecuaian ini.



Oleh sebab-sebab diatas maka dengan ini aku ingin memperkenalkan, adik-adik ku, anak cucu semua , cahaya mata Almarhummah Kakak Sarijah Hj. Nor dan Almarhum abang Rahmat kepada anak cucu agar mereka tidak jadi seperti ku....kehilangan banyak saudara sebab selalu sibuk.
Sementara itu kami sempat mengabdikan kenangan bersama famili ini melalui beberapa gambar kenangan.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan