26 Mei 2011

Janji Seorang Abah 1


" Abah....bila nanti jika ada sesiapa masuk meminang, abah jangan jual Pah ya mengikut harga yang abah mau...atau mengikut harga katil dan almari ...atau apa-apa ajelah ".

Dia terkejut dan memandang tepat kewajah ku.

" Pah mahukan seorang lelaki yang ikhlas...sekalipun dia seorang lelaki miskin ".

" Pah akan memperbaiki diri dan akan menerima seadanya jika lelaki itu sanggup menjaga pah dengan penuh kasih sayang ".

" Pah akan jadi isteri yang soleha kepadanya insaallah".

Aku cakap cepat-cepat tanpa berhenti.
Abah tidak sempat menyampuk. Dia hanya merenung ku dan terus merenung.
Abah sedar aku sudah besar. Abah juga mula keliru untuk memileh bakal menantu. Abah juga takut jika pilehannya tidak tepat. Abah sudah tidak tahan menerima dugaan menjaga anak perempuan yang seorang ini. Dari umur 16 tahun sudah macam-macam dugaan dia terima. Dia terpaksa bermanis mulut berkali-kali. Kalau boleh di simpan, dia mahu saja menyimpan dara pinggitannya kehutan belantara saja. Dia mula pening.

Aku memandang abah manja. ku memang manja. 100%. Siapa boleh sangkal...tak berani, tak kan ada yang berani mengatakan tidak. Lalala....sangat suka.

Abah terpaku..abah terpaku.

" Yes, abah setuju. Atau tak tau jawaban. Atau kejutan ". Dialog kotak fikiran ku.

" Hahaha..best. kalau dapat pengaruh abah 100% aku bolos,da..dam da...dam...lalala..... leganya...".

" Abah..Pah pun tak tau nak pileh siapa....semuanya okey. Nampak semuanya baik-baik belaka".
Aku cakap cepat-cepat lagi. Aku memang petah bila mulut ku sudah berkicau (untuk orang-orang tertentu sahaja seperti abah).

" SIAPA PALING AWAK SUKA? ". Abah buka mulut.

Aku diam. Tidak ada jawaban. Semuanya aku kenal gitu-gitu. Aku tak pernah "dating" dengan sesiapa pun. Terjumpa atau berjumpa sesekali dalam majlis tertentu sahaja, berhubung dengan talipon pun begitu jika perlu sahaja.
Ada lah seseorang yang mungkin telah merasuk hati ku tetapi penuh berhelah orangnya. Aku rasa aku bakal menghadapi masaalah jika inginkan hatinya.
Satu lagi awal-awal sudah ku pancung kerana takutkan abah marah...
Satu lagi berikutnya suami orng mengejar kemana sahaja aku pergi. Eh.....ada ramai lagi cuba mencuri hati ku. Aku takut... Payahnya menjadi bunga.

" Kalau abah carikan orang kaya nanti awak tak mahu, orang miskin nanti awak salahkan abah sampai bila-bila. Orang tua nanti awak kata boleh panggil ayah. Orang muda daripada awak, nanti awak kata dia tak dewasa....abah tak tau ". Akhirnya abah menjawab.

" Abah jangan jual Pah okey....Tolong ya ".

Yang aku maksudkan adalah wang hantaran, belanja hangus, yang mungkin abah kenakan pada bakal pengantin lelaki nanti....majlis perkahwinan yang terpaksa bergolok bergadai. Kayanya Melayu yang mampu memberikan hantaran banyak-banyak itu...tak berhutang ke dia?.

Hantaran...
Masa itu sudah jadi penyakit orang Melayu mengenakan hantaran ribuan ringgit. Abang A 5,000. Abang B pula 3000, abang C pula 4000...Mahalnya harga seorang perempuan. Aku nanti laku berapa?. Nak jual berapa?. Chesss... budaya Melayu entah apa-apa..ada yang jual tanah, ada yang menanggung hutang sampai bertahun-tahun hingga beranak penak. Begitu kah nanti hidup ku?.

" Hantaran itu lambang kaseh sayang".
" Perkahwinan hanya sekali dalam hidup...biar pehak lelaki bersusah sedikit kerana sebuah cinta...."
Benarkah begitu?.
jika benar mengapa harus berhutang dan selepas majlis perkahwinan pula kena bercekit kerana memjelaskan hutang piutang.

weyyy...aku memang tidak bersetuju. Bagi ku lelaki kalau tak ada duit tak usah cuba-cuba nak pinang-pinang anak orang. Bagi perempuan pulak kalau dah rela untuk menjadi pasangan terima sajalah apa yang ada...jangan "demand". Islam tak mengenakan syarat yang pelek-pelek itu semua. Islam dah beri yang termudah syarat-syarat pernikahan itu. Kita selalu nak lain dari yang lain. Nak katakan budaya Melayu...macam budaya orang lain yang diserap masuk kedalam budaya kita. Sebenarnya dimana kita berdiri.

" Abah pun ada benda nak beritahu. Syarat-syarat menantu abah...". Abah senyum.

" Ala...ada syarat pulak ". Aku bantah.

" Kalau nak pileh sendiri tak apa....tapi memastikan memenuhi syarat-syarat abah". Abah senyum lagi.

" Lelaki tu mesti rajin sembahyang, pandai mengaji, boleh jadi imam,maksud abah ada pelajaran ugama ..hehehe ". Kali ini abah senggih.

Aku pun menilek satu persatu teman lelaki ku. Satu pun aku tak tahu kelebihan mereka, rajin sembahyang ke dia?, boleh ke jadi imam?, Boleh mengaji Ke?. Ah, berat nampak gaya ujian dia bakal dihadapi bila bertemu dengan abah ku nanti. Sudah....akhirnya semuanya tidak tercalun....semua tak jadi jika diambil kira syarat-syarat abah.

" Syarat abah mesti dipatuhi. Kalau syarat-syarat abah dipatuhi, sudah pasti abah tidak akan jual anak abah dengan sesiapa pun, tapi abah hanya akan menghadiahkan anak abah kepada orang yang layak supaya tidak akan disoal di akhirat nanti. Selepas berkahwin nanti dengar cakap suami untuk jadi isteri yang soleha dan mudah-mudahan dapat nikmat Syurga Allah ".

Itu janji abah. Begitu sukar untuk mendapatkan kerusi menantu abah.

2 Input/Saranan:

gayapeneroka berkata...

semua ayah nak kan anaknya begitu...lelaki yang sebegitu 5 ribu dalam satu dimalaysia ini...
segalanya ketentuan Allah...
ujian Allah menentukan kesabaran kita ...
Bukan senang untuk mendapatkan surga Allah tanpa ujian...

Dimana ujian kalau semua sempurna?..

latifahkamarudin berkata...

Pertama,
Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog ini.
Kedua,
Alhamdulliah kerana sudi memberikan ulasan yang berharga.

Benar, siapalah kita untuk menentukan nasib dan rezki. Mudah-mudahan kita dintara insan kesayangan dan diduga dengan sekadar dugaan yang termampu untuk kita harungi.