
Sepanjang perjalanan balek aku teringat betapa pekanya seorang insan bernama Zainal....malam semalam, kami terintai-intai mencari tempat letak kereta, begitu lama kami tidak singgah kerumah yang penuh sejarah bagi ku itu.
Tingkap kereta diketuk....
"dia...dia, cepatnya dia muncul ". hati ku berkata.
Nampak balam-balam wajahnya. Pertemuan kedua kami. Aku begitu yakin dialah itu.
Sebaik saja kami berlenggang kangkong menuju kehalaman...Sekali lagi dia mengejar dan mengajak kami masuk kedalam rumah. Ikhlasnya ajakan itu dengan penuh hormat dan merendah diri. Malam itu kami bukan jemputannya...sebaleknya tetamu yang tidak diundang.
Tersenyum sendiri.......Zainal dengan keunikan yang tersendiri. Aku kagumi, itulah suami baru kepada adik sepupu ku Sa'adah. Alhamdulliah semoga dipanjangkan jodoh mereka berdua.
16hb. April 2011 .........
Kami semuanya kebanyakannya sudah mempunyai cucu dan bercicit....
Aku?....masih tertinggal dari segi menambah bilangan keluarga ini..
Aku juga berharap dapat menemui Zaharida Zahari , adik sepupu ku yang pernah ku jaga semasa kecilnya.
Lewat sikit aku sampai. Maklumlah surirumah banyak kerja kena ku bereskan dulu. Aku di sambut oleh Sa'adah dan suami. Sementara itu dengan izin Allah aku dapat memperkenalkan kepada anak-anak ku akan nenek mereka yang tidak pernah mereka lihat itu...iaitu Datin Zainon. Alhamdulliah...anak-anaknya Dr. Fauziah,Abang Zainal Abidin dan Abang Zainuddin ada sama.
Abang Zainuddin Kini seorang peguam...
Kali terakhir aku temui abang Zainuddin ...sekitar tahun 70han. Beliau banyak membantu aku ketika aku menuntut di tingkatan 6 dulu....
'Terima kasih kerana tak jemu-jemu mengirimkan nota-nota kepada ku ketika itu. Nota-nota yang bertaip rapi membayangkan betapa smart dan telitinya insan yang bernama Zainuddin itu. Jasa mu tetap dikenang". Inilah kata-kata yang ingin ku lafazkan buat abang Zainuddin Embong. Siapa tahu ini juga pertemuan kami yang terakhir...semoga dihalalkan semuanya..tenaga, masa dan kewangan yang telah diperuntukan pada ku masa itu serta maafkan aku sekiranya pernah melakukan kesilapan ....
Kesilapan yang dah tentu-tentu....keputusan peperiksaan yang tidak sebaik abang, lalu aku jadi kecut dengan keputusan exam ku........3 prinsipal saja...
Aduhai, begitu banyak pengorbanan, tetapi aku tak boleh nak ikut walaupun sudah di suap begitu kenyang.....malunya...lucu pun ada. Hehmh,betul la...memang aku dilahir tidak secerdik abang agaknya... Sorry...Sorry..Sorry. . Tabik Spring untuk abang..thanks sebab sporting dan sempat melemparkan senyuman pada ku petang itu , tapi kenalkah dia agaknya pada ku?. (Entah-entah dia main senyum aje, dia pun tak kenalkan aku).
Hehehe....Seri......samalah kita...
Maaf ya, hanya mampu tersenyum untuk abang, pada masa itu tak pasti siapa dan , kita lama tak jumpa kan...maaf ya tak menegur tempuhari lagi, sepatutnya aku yang lebih dulu menegur ....apa nak buat akibat lama tak jumpa beginilah berakhirnya pertemuan kita. Baleklah keluarga mak long ke JB. Tak tahu bila kami dapat bertemu lagi...
Tengah aku duduk bersembang dengan Hamidah kawan lama ( Waktu Belajar Jahit di Bangunan Mara) dulu..... tibalah abang Mail ( Ismail Yusof) anak beranak. Kak lily nampak sama aja penampilannya. Awet muda betul. Kejutan buat ku bila melihat anak-anak dara abang Mail cun-cun belaka. Aduh untungnya dia..dengan siapalah jodoh mereka nanti....
"tak pe lah abang Mail oii...yang penting jemput ya masa dapat menantu nanti. kalau sihat, tak ada aral boleh juga terbang ke KL nanti".
Sebut pasal Hamidah teman ku ini....Jodoh benarlah aku ni dengan dia. Tercampak kat mana je..satu saat aku mesti jumpa dia. Kasih sayang kami kuat agaknya. Aku kah agaknya yang penyayang...atau diakah agaknya yang sayang pada ku. Nampak gaya kami macam tak ada apa-apa..biasa-biasa sahaja... Tapi ada keanehan yang kami garap bersama dalam hidup kami. Kami memang telah dipisahkan oleh keadaan......tiba-tiba kami ditakdirkan bertemu semula..
"Midah, biarlah perjalanan hidup dan persahabatan kita berterusan hingga keakhir hayat...berita sakit....berita mati mudah-mudahanan kita saling mengetahui".
Perasaan yang berbaur gembira dan sedih ini sebenarnya kadang-kadang tidak dipahami oleh keluarga. Aku ingin anak-anak ku berada disamping keluarga sebelah ibu lama sedikit...kerana selama ini kami amat berjarak....sedangkan untuk diri ku inilah pertama kali aku menemui anak-anak abang Mail, pertama kali aku menemui anak-anak Kak Long (fuziah Yusof). Aku sudah tidak kenal abang Man suami Kak Long....Aku tercari-cari suami Atiah...Anak-anak Atiah. Aku juga sudah lupa wajah Aishah isteri Zul..tidak kenalkan anaknya Husna. Malah pertama kali aku menatap wajah-wajah anak Sa'adah dan sudah tentu aku mengharapkan anak-anak ku bukan setakat jumpa dan balek....tetapi duduk bersama-sama dan berbual-bual, yang penting bagi ku mengecam wajah mereka satu persatu.
Perjalanan hari ku sepetang itu sebenarnya mengeciwakan. Sesuatu saat yang belum dapat aku maafkan. Detik yang betul-betul menghancurkan seluruh jiwa ragaku. Aku tidak tahu mengapa jauh hati ku terusik......bila teringat membuat aku menangis sendiri. Hakikat kehidupan!. Pasrah!. Sebenarnya kami masih berjauhan dari hati...dan kasihsayang. Tidak ada sekelumit kasih sayang pun ujud dihati anak-anak ku kepada keluarga sebelah ibu ku ini ...aku pasti.
Biarlah....hidup memang sukar untuk adil. walaupun dicuba....Masih lagi ada kepincangan.
Dalam kesayuan perasaan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Sa'adah dan suaminya Zainal kerana sudi menjemput aku kerumahnya. Tak tahu, bila kudrat tuhan untuk aku pula mengundang beliau kerumah ku untuk majlis-majlis serupa itu.
"Entahkan merasa...entahkan tidak...."
Tahniah untuk pasangan pengantin Nor Effa dan suaminya Rashid. Semuga berbahagia hingga ke Surga. Minta maaf Effa. Tidak banyak gambar yang jelas untuk di abadikan disini. Mak long kebelakangan ini cepat lemah jari-jemari....sewaktu merakamkan gambar banyak yang diambil tidak tepat dan gegar.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan