26 April 2011

Jejak tanah....oh,darah yang pernah mengalir dan disitu bunga ku

15hb. April 2011 = 12 Jamadil Awal 1432 Hijrah.

Tidak ada di minda ku....entah bila kali terakhir aku jenguk rumah beralamat 4F, Jalan Bakariah dulu-dulu... dan kini 4F lorong Ahad, Jalan Bakariah Muar. Kerap menyusur lalu didepan rumah itu tetapi tidak upaya untuk singgah kerana kekangan waktu. Berkejar-kejar dengan destinasi lain yang lebih penting untuk ku tuju.


Tiba-tiba saja hati ku teringat kembali ketanah tumpah darah ku itu. Disitulah darah kelahiran tumpah dan dibersihkan...dimana kawan serahimku Si Bunga ( Uri ku) ditanamkan . Menurut ibu ku di halaman rumah lamanya bernombor 50 Jalan Bakariah . Rumah itu terletak di belakang rumah rumah 4F pada masa itu. Seribu rasa kesayuan menyentap jiwa ku. Begitu lama tidak ku jejak bumi yang amat bermakna menerima kelahiran ku kedunia di waktu itu.

Di tanah itu juga telah menyimpul seribu kenangan pahit manis hidup ku dari kecil sehingga remaja. Di situlah Atuk Nab membesar dan mendodoi ku, sebelum aku terus meninggalkannya untuk menetap bersama ibu bapa kandung. ..
Babak-babak kehidupan ku bersambung dengan kemeriahan cuti sekolah bersama teman-teman ku Rohaya Ismail, Rubi...Sepupu ku Fahkhirah, Atiah. Zul,Taufik, Sa'adah dan Udin. Aku terus mengingati cina Ang Nge pekedai di ujung simpang...Pak Omar, Abang Hendan, Pak Mail, Pak Abas, Pak Abu dan isterinya mak Nah.......Barangkali ada di antara mereka telah pergi menyahut panggilan Illahi.
Al Fatihah untuk mereka. Mudah-mudahan tersimpan sebagai hamba Allah yang beriman.

Aku dan sepupu-sepupu ku....
Kami tidak terbelenggu dengan kelas-kelas tuisen seperti anak-anak sekarang. kami bebas bermain ditepi-tepi parit, kami bebas memanjat pokok jambu batu, jambu air, rambutan, asam pelam.....yang masam berdenting!. Bagi kami enak semuanya...kami megah dan menunjuk-nunjuk kerana berani mengharungi setiap cabaran yang datang. Kami main pondok-pondok, memasak beras asli di dalam tin susu untuk di makan sama-sama. kami berkenduri seolah-olah ada sepasang pengantin sedang di raikan. Kami menghias pengantin kami hanya dengan ranting daun ubi yang digubah menjadi rantai, gelang dan cincin. Memakai tiara dari daunan dan bunga-bungaan. kami mengubahnya dengan begitu kreatif.... kami menyanyi beramai-ramai ( lagu selamat Pengantin baru). Kami sandingkan pengantin kami dengan begitu meriah....kami bermain tanpa perkelahian.
kami anak seragam..jika si anu boleh...yang si Ini juga tak kurang handalnya. Sifat berlumba-lumba itu akhirnya menjadikan kami manusia berguna. Semuanya tinggal kenangan.

Tanpa diundang aku mendesak suami untuk datang rewang .....sekurang-kurang dapat mendengar helai tawa sepupu-pupu yang ada. dulu kami sangat rapat...moga malam ini kami dapat jadikan kenangan manis bersama. Esuk majlis menjemput menantu pula akan diadakan, harap-harap dapat aku meraikan majlis itu juga. ' Ya Allah kau perkenankan doa ku".


Meleset...rupa-rupanya aku terhadir ke majlis maulud dan kenduri. Tak jadi rewanglah jawabnya...heheh.. hehm, makan nasi Beringin.....
tak ramai sepupu yang balek rupanya...yang ada Atiah, Zul, dan Udin yang lain, pagi esuk baru nak balek...




Atuk Jawa yang ku sayang memang best....di mana pun cucu-cucu buat majlis mesti atuk yang tiba dulu. " atuk Mus love you!.."
Bagitu pun hati ku terhibur kerana akhirnya dapat juga ditemukan sepupu ku dari keluarga Bonda Rafeah Ibrahim - kakak sulong bonda ku Radziah. Allhamdulliallah.

Begitulah kenangan yang menjadi ingatan kami.
"Andai pertemuan ini pertemuan yang terakhir wahai tuhan ku... jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang paling manis di antara kami ".











0 Input/Saranan: