Menyanyi memang menjadi kegemaran ku...sejak dah tua-tua beraleh kepada selawat pulak. Kucing-kucing kuning biasalah memang tak jauh duduknya dari aku. Melepak habis kekenyangan. Kucing-kucing memang penting bagi ku ketika di luar begitu sebab apa sahaja benda asing yang dia nampak dia akan memberi reaksi terlebih dahulu. Kadang kala dia yang lebih awal melompat terperanjat...atau cabut lari . Gerak geri sebegini banyak membantu aku di masa-masa tertentu.
Terpandang aku nun jauh benda putih. Apa benda agaknya?. Tertanya-tanya.
Alamak..... burung botak tersasar ke?... dikawasan lapang tempat sang lembu meragut rumput itu kesiannya mungkinkah tercedera. Aku terintai-intai. sesekali nampak paruh dan pipi yang merah. Kemudian hilang dalam semak-semak itu .Tidak bersuara tetapi keluar lagi kepala berpipi merah itu terangguk-angguk.
Aku fokus merenung. Aku pasti itu perangai itik. Aku pelajari perangai itik semasa aku kecil dulu, abah dan ibu ku memang ada membela itik, ayam, angsa dan kambing..insyaallah jika terdesak rasanya aku maseh ingat lagi.
Aduhai itik siapa pula sesat. Nampak dia keliru, binggung dan macam minta pertolongan.
Oleh kerana reaksi yang begitu aku pun cuba-cuba panggil.....
Ri....Ri...Riiiii...........teringat cara ibu ku memanggil itiknya . Anak ku Khair hairan mengapa aku memanggil dengan irama dan perkataan yang pelek. Dia tak pernah dengar, segera menjenguk ketingkap..
" Mak panggil apa? ".
" Itik " Jawab ku ringkas.
" Ha..ha..ha.." Berdekah-dekah dia mentertawakan aku.
Si Itik nampak macam fokus pada suara aku...dia mengedik-gedik ke arah ku menghala ketepi pagar rumah ku. Setelah hampir dia terbang terus naik ke bumbung rumah ku. Berkejar aku melihatnya. Dia terteling-teling memandang aku yang berada di bawah. Itik Nila Intan jiran ku kali ini aku pasti. Jinak dan nampak memahami bila aku panggil.
Aku letakkan bekas makanan dan air memujuk dia turun dari bumbung. maklomlah rumah aku tepi jalanraya, sudah beberapa kali itik yang terbang mati di langgar kenderaan. Akhirnya dia pun turun sewaktu aku leka menyambung kerja ku semula sdi dalam rumah. Kucing-kucing ku begitu hairan.
Keliling mereka kepong sang itik. Ada yang mencium ekor, dalam berani takut pun ada nampaknya. Itik pula garang mengeluarkan suaranya . Akhirnya aku sibuk melayang kucing dan itik pula tengahari itu. Beri itik air dan makanan kerana bimbang dia terbang lagi. Sementara menanti Intan balek biarlah si itek berada di rumah ku. Itik nampak tak kesah pun buat macam rumah dia sendiri. Nampak tenang sampai petang.
Sekarang aku akan tunjukkan bagaimana tetamu yang satu ini mengemparkan tengahari 4hb Mac yang lalu.
Kucing-kucing semakin bertambah dan merapat....cuba-cuba nak mengusik itik..
itik buat tak tahu sahaja...kucing hairan betul melihat makhluk berlainan jenis dengannya.
Kucing-kucing ku leka dengan sang itik hingga ke petang. Itik kedepan dia ikut kedepan, mana itik coner mesti ada sahaja yang ikut. Aku dan anak-anak berfikir macamana nak tangkap itik untuk pulangkan pada tuannya.
Serkap dengan bakul...
Masuk dalam sangkar kucing maklumlah takut terbang semasa nak hantar dan menyeberang jalan. Mana tahu itik takutkan kereta yang lalu lalang...dua anak-anak lelaki ku dah ready....
" Kita kena tangkap itik lepas ni ya .....pengalaman pertama dalam hidup ".
Kebetulan suami intan balek. Suami ku cepat-cepat beritau tentang itik.
Ya allah...senang sahaja dia selesaikan masaalah itik. itik tu diam sahaja dan kenal tuannya. Mudah sahaja memegang badannya dan pegangkan kaki dia menurut sahaja.
Begitu rupanya itik yang terlatih dan jinak seolah-olah faham bahasa percakapan manusia.
Legalah kami sebab itik dah balek rumah tuannya. Jika tidak tetamu itu benar-benar memberi cabaran kepada aku dan keluarga serta kucing-kucing ku yang jakun itu...hahaha...
Begitulah hidup kami...nampak tak kena gaya...
Aku tak sanggup nak bela itik dan ayam ...memang aku takut sebab dua-dua itu adalah makanan sang ular dan Musang. Tidak tidur malam aku nanti..

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan