

Akhirnya dapat juga aku Menantap wajahnya. selama ini hanya mendengar namanya disebut-sebut. Didalam hati berbisik dapatkah agaknya aku menemuinya.............
Apabila ibu mertua ku terima panggilan yang menyebut nama kakaknya dia sudah hilang punca. Ibarat kehilangan segalanya dia menalipon suami ku dan anak buahnya. Dengarnya kakaknya sakit kuat dan sekarang berada di Hospital Melaka.
Suami ku tiba-tiba terharu mengenangkan ibunya sebenarnya tercari-cari dimanakah kakaknya tinggal setelah rumah kediamannya dulu diambil oleh kerajaan Melaka untuk di jadikan pusat membeli belah dan perbandaran di situ. Sekalipun hanya beberapa minit suami mula berfikir untuk menemukan dua beradik itu sebelum sesuatu yang buruk berlaku.
Celaru apabila semua kontek tidak dapat dihubungi. Sepupunya Mamat maseh berurusan dengan kanak-kanak sekolah, maklumlah beliau adalah pemandu van sekolah. Jam 7.3o malam masih tak ada berita dari Mamat. Putus harapan. Dalam berputus asa suamiku masih berharap.
Tiba-tiba Mamat menghubungi dia dan memberitahu......
" Aras 2, ICU Melaka". tempat rawatan dijalankan.
Mereka menetapkan untuk pergi bersama selepas Isya'.
Fokus sudah tentu kepada mak Esah kakak Ibu mertua ku yang telah diberikan kepada orang lain sebagai anak angkat. Ikatan dua beradik ini terikat mati meski pun jauh dimata. Saling berdoa sesama sendiri. Di pertengahan jalan dalam perbualan lanjut melalui talipon dengan Sapura yang baru di kenali oleh suamiku sebagai anak saudaranya... barulah mereka tahu yang sakit bukan Mak Esah tetapi sebaleknya anak ke 4 beliau bernama Hasnah. Coma sejak 2 minggu lalu,bagaimana pun sebelum beliau sakit beliau sempat berpesan kepada anak-anak supaya menghubungi saudaramara melalui buku catetan dan nombor talipon yang ada. Dalam usaha mencari saudaramara itulah berlakulah peristewa ini.
Lanjutan dari peristewa ini Mak Esah dibawa pulang ke Melaka oleh anak-anaknya. Maka sudah tentu menjadi suatu saat yang dinantikan oleh ibu mertua ku. Suami ku berazam untuk menemukan mereka berdua. kami berjanji untuk menemukan mereka supaya hilang dukalara dan rindu dendam keduanya.
Seorang kakak kelihatan amat tenang. Ramah mesranya menghilang buku-buku resah di jiwa mertua ku. Dia berjenaka dari satu cerita ke satu cerita. Bercerita tentang pahit getir kehidupan masa lalunya hanya wampat bersekolah setakat darjah satu. Membesar dalam zaman perang dan alam perkahwinan muda juga menjadi topik menceriakan suasana pertemuan dua beradik itu. Dua beradik itu tidak menitikkan sedikit pun air mata...sebaleknya hanya tersenyum dengan begitu ikhlas sepanjang perbualan mereka.

Cerita Seorang Kakak.......
mereka sekarang tinggal berdua.
Abang Sali dan kak long Sarah
sudah lama pergi.....
Apa pun ada beberapa perkara yang diungkapkan oleh Mak Esah menjadi kenangan yang tak mungkin ku lupakan antaranya ialah....
1. " Keluarga Mak Esah, Keluarga Kopi Susu. Ada yang ikut Mak Esah kulit cerah dan ada yang ikut ayah dia orang". Dia memandang kearah ku kerana aku yang memulakan persoalan tentang rupa wajah anak-anaknya seakan-akan peranakan, lalu beliau pun menjawab serta mengakui kebenaran tekaan ku sesungguhnya almarhum suami beliau ada berketurunan India Muslim tempatan.
Lalu aku teringatkan akan diri sendiri...apabila menyedari diriku juga adalah keluarga rojak...Jawa,Pelekat dan Bugis. Dikalangan kami juga menjadi kopi susu seperti mana di ungkapkan oleh Mak esah tadi....Weiiii....terasa nak tergelak sendiri....KOPI SUSU LEMAK MANIS TAMBAH GULA!...
2. " Ingat dik...bukan tak ingat. Ingatan tu berjalan terus kedalam rumah awak dari bilek ke bilek mengikut ingatan akak semasa datang kerumah awak dulu..... kalau teringat akak ingatkan halaman rumah awak, dalam rumah awak. Itulah cara akak menghilangkan rindu...". Jelasnya kepada adiknya secara simbolik sesungguhnya ingatan seorang kakak kepada adiknya tetap berkekalan meski dipisahkan begitu jauh. Temerluh tempat tinggal Mak Esah sekarang bersama anak-anaknya.
3. " Kita orang Bugis dik....Itulah kata abang Sali dulu. Kita berketurunan raja. Tapi diam-diam kita keturunan raja yang miskin. Malu kalau didengar orang. Kenapa raja, tetapi miskin pulak. Nanti orang tanya pulak, Tak pe lah hidup sekarang pun dah cukup baik. Dulu zaman susah....".
Jelasnya kepada adik kesayangan.
Aku lalu teringat sejarah dimana suatu ketika dulu kerabat diraja pun telah dipecah-pecahkan kekeluargaan mereka oleh penjajah demi kepentingan politik mereka. Dan barangkali inilah yang terjadi kepada keluarga ini. mereka merahsiakan identiti mereka kerana takut lupus kerabat dan ahli keluarga mereka dihukum atau buang keluar negeri.
Hakikatnya kami sekarang menerima apa sahaja yang terkudrat. Terima darah keturunan sebenar yang mengalir di badan. Tuhan meletak manusia ini sama disisinya. Darjat dan ketinggian serta kemasyuran bukan ajenda hidup kami lagi.
Aku ingin mengupas dan melanjutkan cerita lagi...Ada banyak perkara yang aku kagum tentangnya. Banyak persoalan yang tersangkut di fikiran tentangnya...
Bagaimana pun pertemuan kali ini aku hanya menyebutkan mukadimah yang ringkas tentang pertemuan ini.
Nama sebenar Mak Esah...........Esah bt Seman@ Timan
Usia 76 tahun.
Mempunyai anak 13 orang,
Hanya 9 orang yang masih ada............
1. Kassim b Tamby Kadir ( Anak Tiri) - Sudah meninggal Dunia.
2. Fatimah bt Tamby Kadir
3. Jamaeh bt Tamby Kadir
4. Hasnah bt Tamby Kadir
5. Azali/Man b Tamby Kadir
6. Zakariyah b Tamby Kadir
7. Khadijah bt Tamby Kadir
8. Jamilah bt. Tamby Kadir
9. Sham b Tamby Kadir
10. Izam b Tamby kadir.
Cukuplah pengisian blog kali ini. Untuk anak cucu Hj. Ali B Husein, sila ambil perhatian, jika kami tidak sempat mempertemukan anda kepada keluarga ini. Sila cari mereka dan pastikan hubungan keluarga ini tidak putus. Berikut gambar kenangan untuk sebuah pertemuan yang dinanti-nanti sejak 30 tahun yang lalu, untuk anda semua mengecam dan set di memori.



0 Input/Saranan:
Catat Ulasan