21 Mac 2011

Amboi...Amboi Abang Unos dan Kak Nor oiiii...

Dari Tenggarok 3 kereta kami bergerak berkomboi melalui jalan Mersing Jemaluang. Kereta suami ku jalan dulu di ikuti oleh kereta adinda Miskon Kadam bersama isterinya Siti. Melewati jalan ini yang tepi kiri dan kanannya hutan belentara terasa sangat redup dan di lindungi dari matahari terik tengahari. kami hanya jumpa sesekali kereta berselisih dengan kami. Nampak jalan begitu sepi seperti tidak pernah dilalui oleh kenderaan. Meremang bulu tenguk ku sesekali tanpa sebab. Aku mendiamkan diri tidak memberitahu sesiapa. Teringat pesan orang tua-tua melalui tempat-tempat begitu jangan banyak persoalan. nampak apa-apa yang pelik jangan tegur. Keberanian pulih semula bila ingat perjalanan kami di waktu siang...berdoa agar perjalanan ini selamat. Aku tidak dapat melelapkan mata kerana bimbangkan kalau nanti ce' abang yang sedang memandu mengantuk pula.


Perjalanan ku lancar hinggalah sampai Ke Felda Kahang Timur, Kluang Johor. Perjalanan amat meletihkan kerana jalan yang bangkang benguk dengan selekoh yang teramat banyak. Selepas meletakkan kenderaan kami pun menyusur bukit berjalan kaki ketempat kediaman Abang Muhamad@ Yunus Bin Talib dan Isterinya Normala Binti Samat. Untuk pengetahuan anak cucu abang Yunus adalah sepupu bapa mertua ku Hj. Ali.

Di pertengahan jalan ayah mertua ku sudah ditegur oleh teman lamanya. Berpuluh tahun mereka tidak pernah berjumpa. Selepas beberapa ketika berbual kami pun meneruskan perjalanan.

Alamak terkejutnya aku apabila berdiri di ruang rumah abang Yunus. Aku menoleh kebelakang dan tertanya-tanya. "Betul ke aku berada di rumah abang Yunus?". Ke aku berada di rumah jirannya...

Amboi cantiknya rumah....











Terlanjur dah memblog ni aku sekeluarga ingin merakamkan rasa gembiralah kepada Abang Yunus sekeluarga kerana :

1. Diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Terima kasih banyak-banyak.
2. Tahniahlah kerana menerima dua menantu sekaligus,



Selamat Pengantin Baru
Pasangan Pertama...
Hisyamrizal Muhamad dan Asmah Mohamad
Berpakaian Hijau sedondon.
Pasangan ke 2

Hisyamfarhan Muhamamad dan Nor aina Hj. Sayat
Berpakaian Biru Kundang sedondon.

3. Selamat merasmikan rumah baru diubahsuai , cantiknya rumah.....katanya baru 10 hari siap.










0 Input/Saranan: