Ah.....wangi berbunga-bunga....
lapangnya jiwa bila aku menjenguk keluar dari mahligai ku. Rasanya macam permaisuri yang bersiar-siar di taman bunga. ada-ada sahaja yang aku jumpa...
Sekarang aku nak buktikan sesuatu pada anak cucu ku.....
lihat dulu gambar-gambar ni ya....
Bunga-bunga tu sudah kembang semuanya. Memang cantik. Bunga ros sentiasa berbunga tidak putus-putus. Rasanya kalau ada sesiapa berhajat mencari bunga ini, insaallah di halaman rumah ku sekurang-kurangnya ada sejenis bunga yang boleh membantu menambah koleksi bunga mereka...untuk bunga rampai.... datanglah kerumah jika memerlukannya.
Orkid-orkid ini berbunga biasanya di musim panas macam sekarang, aku dah biasa dan kenal benar dengan kerenah orkid-orkid serta bunga Ros maklumlah sejak tinggal di Sri. Medan lagi aku cukup rajin menjaganya ...benih yang asal dah mati yang tinggal keturunan orkid-orkid dan ros dulu sahaja. Banyak yang dah mati dan tak dapat ku biakkan mungkin kerana aku kurang pengetahuan.
Sibuk-sibuk aku dengan bunga aku...sibuk lagi kucing-kucing ku berlari-lari kesana kemari, mengekur aku kehulu kehilir. Ada dua tiga ekur memang nakal betul.
Nah tenguk gelagat dia orang yang sempat aku rakamkan...jomlah!
Hey, geram betul..
Ini si kaki Putih dan anaknya tengah tidur atas meja.
Nyaman betul....
Tenguk siapa yang datang?
Ini Si adik Kembang yang dulu masa kecilnya betul-betul buat aku menderita menjaganya . Beri susu tepung penuh cream lagi sebab nampak lemah tercunggap-cunggap. Mungkin sakit paru-paru atau jantung agaknya. Pendek kata banyak tangan aku lah menjaganya sehinggalah besar. Cerewit betul menjaga Si bulu Kembang satu ni..
Tup-tup dia naik atas meja...
Sekejab lagi tenguk apa dia buat.....dia dah tenung dah bunga Daisy aku!...
Lepas tu.... Nah tangan kiri...
Nah.....kanan
apa lagi tertungging lah pasu bunga Daisy aku tu....
Kena selamatkan lagi...entah berapa kali pasu Daisy aku tu berpindah randah asyik diserang Si Adik Kembang ni...geram betul dia dengan bunga merah tu....Nasib baik tak mati bunga i tu, maseh rajin juga berbunga. Nasibnya begitu malang bukan di tangan kumbang tapi di tangan Si Kembang ....
Bunga oh bunga........
ribut pagi-pagi aku menyelamatkan nya.
Akhirnya...
Berdendang lah sang kuncing di atas meja ini....luas untuk bergurau senda...
Sepagi ini aku tak ada kerja lain...terlari-lari dan bercakap-cakap dengan kucing macam orang tak betul pulak .....eh, rosak betul.
Sebenarnya aku maseh ada cerita lagi nak dikongsikan dengan anak cucu....jangan lupa buka blog selalu ya...kita jumpa lagi!.

2 Input/Saranan:
emak... emak nak cucu ke mak? hehehe~
dah ramai cucu saudara sekarang..cicit pun dah banyak. Entah sempat ke tidak tunggu cucu sendiri hehehe....
Catat Ulasan