
Daisy jam 8.00 pagi
Bunganya menghala ke cahaya matahari Pagi.
Semai semula rose merah dalam jambangan yang baru. Harap-harap hidup dan berbungalah nanti.
Di sudut ini bunga oked tak berhenti berbunga. Memberikan ketenangan teramat sangat.Bunga oked yang lain masih belum kembang untuk di buat tatapan.
Jenguk pulak ke ruang tanaman yang lain pula ya...........
Kawasan rumah ku ini tanah tak berapa baik. Kalau bercucuk tanam kenalah pakai baja dan tanah impotlah jawabnya. Nak sabar menunggu hasil.
Baru sahaja aku menanam Terung.... Kali ini terung " purple ".
Benih asal dari sahabat ku Hamidah Jais...Terima kasih Midah!. Konon-kononnya nak landskapkan kawasan tepi pagar ni..... biar nampak cantik dengan terung-terung "Purple ".
Sudut ini pula ...............ada tanaman Kemangi. Daun Kemangi boleh dibuat ubat untuk merawat patah , terselioh . Pupuk di tempat tersebut untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Boleh juga di campur dalam gulai lemak dan pencuk nenas...orang -orang siam pula menambah daun Kemangi sebagai perisa makanan mereka .
Ini pula cili padi....dan cili merah yang telah berbuah...Alhamdulliah.

Yang ini pula memberi cerita yang lain...alahai gembiranya hingga tak terkata apabila melihat Sayur Ketola ( loghat Muar ) membesar di depan mata. Merasalah hasilnya sekali pun hampir 6 bulan menunggu buah yang pertamanya.

Kangkong kampong memang mudah hidup. Hasilnya kerap sudah ku ambil ketika ketiadaan bekalan sayur dirumah.
Begitu juga daun ubi ..... aku khaskan pokok-pokok tertentu sahaja yang boleh di petik dan di buat sayur. Aku akan pastikan keadaannya kemas daan sentiasa berpucuk baru serta tidak tinggi sambil berfungsi sebagai pokok peredup dan menghiaskan kawasan halaman rumah.
Cerita ini akan di sambung lagi...........tunggu.....

2 Input/Saranan:
Ada sepohon pokok sakti,
Mahkota dewa nama diberi;
Barang larangan di zaman peri,
Penawar sihat kesihatan diri.
Pesan datuk nenek
tanam pokok kayu
pesan datuk nenek
contoh dan ikuti aku.
Pesan datuk nenek
makan buah Korma
pesan datuk nenek
tanam pokok rezkinya percuma...
TQ... Kerana sudi menjenguk ke Blog ni... Salam untuk isteri dan anak2.
Kalau ada masa...jangan lupa ke blog Buai laju2 dan Dib Al Qamary K...
Catat Ulasan