
Sebak ku belum benar-benar hilang. Ingatan ini benar-benar mencuri hati ku.
Satu persatu datang........
Ketika aku berkemas dan terpandang sesuatu hasil pemberian mereka hati ku tersentap...
Ketika aku memasak teringat peraturan-peraturan memasak yang sepatutnya aku lakukan...seolah-olah terdengar lagi komen-komen tentang rasa masakan ku.
Ketika aku menghidang makanan aku teringat peraturan menghidang yang sering menjadi kelemahan ku.
Ketika aku makan teringat makanan kegemaran mereka dan teguran-teguran tentang menu makanan yang telah ku pileh.
Oh...sesungguhnya aku amat bencikan kerja-kerja dapur yang merumitkan itu. .. tetapi hakikatnya aku terpaksa belajar kerana aku seorang perempuan...
" Pah mesti belajar buat pemanis mulut dari mak, abang nak rasa.... Mesti!". Pesan Allmarhum Abang Mad sebelum balek ke Endau untuk bertugas selepas cuti hari Jumaat ketika itu.
" Baik...jangan lupa balik minggu depan bawak buah tembikai ". Aku minta perhatian. ( remaja berusia 15 tahun ketika itu sangat berlagak ).
"OK...minggu depan abang nak rasa puding Pah tu...". Balasnya sambil sebuah tumbukan dari genggamannya sempat singgah ke bahu ku.
Abang Mat akan pulang setiap minggu kerana desakan dan kerenah ku. Aku mengumpan beliau dengan juadah enak yang ku pelajari dari ibu. Ibu ku pula gembira dengan perubahan ku yang mulai gemar kedapur....Rupanya, kini aku sedar jarak dari Muar ke Endau yang begitu jauh, dikelilingi hutan belentara, begitu sukar dan kuatnya semangat abang Mat hadapi demi aku adiknya yang nakal ini. Aku tidak pernah terfikir sejukkah abang di perjalanan, kena hujankah...dibakar panas mataharikah.....sebaliknya di kotak pemikiran ku ketika itu abang itu seperti "Superman".
Begitulah aku..janji demi janji telah ku buat. Ada yang aku tepati dan selebihnya aku hanya mengakalkan abang-abang itu semula kerana malas dan kenakalan ku..oh dosa-dosa ku..... mudah-mudahan abang-abang sudi memaafkan aku.
"Tidak sesuai !...bubur kacang dan air kopi untuk minum petang". Tegur allmarhum Abang Mail terhadap ku, ikhlas .
" Habis sesuai dengan air apa? ". Aku tak puas hati dengan komennya itu.
" Dengan air teh baru padan...". Balasnya merenung ku geram kerana melawan.

Air Kopi, Nasi goreng, bubur kacang,telur, udang dan Ikan kegemaran...semuanya mengundang aku mengingati mereka. Siapa dapat menyingkap kesedihan sebegini yang menghantui aku....hanya aku yang merasai sunyi dan kosong, lemah , sesak dan bergelodak di fikiran selepas ketiga-tiganya hilang aku benar-benar terasa hilang tempat berpaut. Tiada lagi...tiada lagi, hidup dan kenangan seindah dulu bersama abang-abang ku.
Biar ada lagi abang sepupu yang lain... tak kan sama seperti mereka... kerana mereka bertiga mempunyai sekeping hati yang tulus ikhlas dan kaseh sayang yang tumpah adalah kaseh sayang sejati yang pernah aku mileki. Teguran, nasihat, dan sentuhan itu telah menjadikan aku manusia. Mereka mudah mempengaruhi aku berbanding dengan orang tua ku..barangkali faktor usia menjadikan aku mudah memahami dan mereka telah terlebih dulu makan garam dari ku, telah memandu arah supaya aku tidak terlalu jauh menyimpang dari apa yang mereka mahukan.
Sekejab masa berlalu....Melebih 40 hari sudah abang Sekak meninggalkan aku . Aku begitu lelah untuk memandang semua yang ada di sekeliling ku.
" Rupanya kau semakin tua Pah...ingatkan kau tetap jelita ".
Aku tergamam. Kata luhurnya membuatkan aku insaf , sesungguhnya masa untuk kami bertemu, bergurau dan berbual-bual kosong semakin pendek. Mata yang tepat memandang kepada ku sebenarnya terus menikam ke kalbu..membuat aku tertanya-tanya apakah lagi yang bersarang difikiran abang tentang aku.

Anak matanya mengekuri aku kemana-mana sudut sewaktu kali terakhir aku menjenguknya. Aku sudah dapat rasakan kelainan perasaan. Aku sudah dapat mengagak hari itu adalah hari yang terakhir aku dapat memandang wajahnya dan dia juga kelihatan tidak mahu melepaskan pandangan terhadap ku. Matanya sudah pun kabur. Aku pasti dia hanya melihat kelibat warna baju ku. Barangkali tidak nampak lagi senyuman ku dan kesedihan yang ada di hati ku ketika itu. Di ketika itu dia hanya dapat mendengar suara ku dan sesungguhnya di hari itu aku benar-benar mengawal setiap patah kata-kata ku agar tidak melukakan abang.
Semuanya seakan mahu ku sembunyikan sedalam-dalam agar tidak dapat dikesan oleh abang. Benar aku berjaya kali ini memperdayakan abang. Aku sempat berpesan jangan lupa makan ubat dan nakal (Maksud ku tidak mahu makan ubat , barangkali beliau rasa jemu dengan ubatan yang harus di makan ). Aku sedar abang yang ini memang nakal..dan membuat aku juga jadi nakal sepertinya dan sering melawan cakapnya. Aku akan puas jika dapat membantah dan menyakitinya. Di saat yang sama kaseh ku hidup mengunung untuknya, sejuk serta nyaman.
"Maafkan aku abang kerana bersikap keterlaluan itu"......
Untuk anak cucu ku...hari ini adalah hari penutup aku berbicara tentang abang-abang ku. aku mahu mereka tenang disisi tuhan. Sehingga detik ini belum dapat melupakan biar sesaat pun tentang mereka bertiga, aku akan mulai pagi ku dengan 5 kali al Fatihah untuk , ibu, abah dan 3 abang kesayangan ku dan sebelum tidur aku juga terus menghadiahkan sesuatu untuk mereka. Mudah-mudahan sedekah ku diterima, doa ku direstu. Untuk diri yang tinggal ini , AKU ingatlah masa kamu juga akan sampai.......
I'm waiting call from you Allah...
Helang Yang Terbang Pulang
Dedikasi untuk abang-abang ku
(Ahamat, Ismail dan Ishak)
Tiga Helang yang terbang pulang
disenja yang kian sepi
matahari yang berhenti menari
begitu laut membeku
bibir yang terketar
mata yang pedih berpinar
jantung yang berhenti....
kini aku menjadi saksi.
Aku hanya seekur Angsa
yang berdiri rendah
kaki tidak jejak ke bumi
paruh tidak mencapai awan
aku hanya seekor Angsa
terlelah dalam kepayahan
kau terlalu jauh berterbangan
aku tidak lagi terdaya berenang.
Kau terlalu jauh berpergian
sedang aku meratapkan
tentang kasih yang hilang
begitu kau tak mungkin datang...
Tidak inginkah kau bertanya
tentang aku
sedu ku putus begitu
hanya nyawa seekor Angsa Putih
yang tidak henti merintih.
Angsa Putih yang hilang kawan
untuk bermain ombak
Angsa Putih yang hilang kawan
untuk berteriak...
Biar nampak tak sedarjat
aku maseh memahami kamu.
Walau nampak tak sepadan
aku tetap perlukan kamu......
Kini angin berbisik sepoi
aku dingin keseorangan
hanya ombak yang setia
memujuk untuk bersamanya.....
Akan tapi aku ingin mengikut kau pulang.

0 Input/Saranan:
Catat Ulasan